Adakah aku terlambat Wahai Guru?

Selamat Hari Guru Buat Semua Guru2ku maupun Bukan Guru2ku.. Semoga Kalian dirahmati Allah, maaf kerana kelewatan.. Kerana anak murid mu ini duduk di benua antartika.. (dalam mimpi) Tidak tahu waktu pagi atau malam, setiap hari adalah sama. (hehe)

Maka dengan ini ana menganugerahkan Darjah Kebesaran Iaitu Darjah Semoga Dapat Keredhaan Allah (DSDKA) kerana darjah inilah yang kalian boleh bawa hingga ke akhir hayat kepada semua guru2 yang ikhlas mengajar semua anak muridnya. Khasnya buat : Guru2, Ustaz-Ustazah, Cikgu2, di
PASTI Bandar Tenggara, Kulai, Johor.
SK Bandar Tenggara 2, Kulai, Johor.
SK Bandar Tenggara 1, Kulai, Johor.
SK Durian Burong, Kuala Terengganu.
Sk Kubang Ikan, Chendering, KT.
Maahad Tahfiz Darul Bayan, Kg Pinang Merah, Paka. Trg.
Kolej Sains Dan Teknologi Al-Quran Yt Besut.Trg
SM Sains Agama YT Dungun.Trg
SM Imtiaz Dungun.Trg
DAN
SMA (A) Sultan Zainal Abidin Batu Burok, K.Trg.


Jasa2 kalian amat ana hargai, moga Allah pelihara kalian dan memberkati usaha kalian dalam mendidik kami semua menjadi manusia yang berguna dan mengenal Allah s.w.t.

Bagi ana tidak timbul soal sambutan hari guru atau tidak, kerana setiap hari adalah hari kalian, sehingga hujung nyawa, hatta kalian telah tiada kalian tetap guruku, kalian tetap akan dikenang dan di panggil guru. Dan yang paling penting Ilmu2 kalian akan terus-menerus diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

Ingatlah bahawa apabila mati anak adam maka akan terputuslah segalanya kecuali 3perkara :
1. Ilmu yang bermanfaat.
2. Anak soleh yang mendoakan kedua orang tuanya.
3. Sedekah Jariah.


Kedudukan kalian amat mulia disisi Allah, kalian adalah pewaris para nabi, Kerana sesungguhnya Rasul junjungan tidak meninggalkan kita harta tetapi Ilmu. Maka pergunakanlah ilmu dan pengalaman kalian untuk mendidik manusia mengenal Tuhan pencipta sekalian alam yakni Allah. Jangan sia2kan waktu kalian yang amat berharga.

Didiklah kami, sesungguhnya kami dahagakan ilmu.

TERIMA KASIH CIKGU, USTAZ-USTAZAH!!!

4 komen mengomen :: Adakah aku terlambat Wahai Guru?

  1. doakanlah mereka agar bahagia dunia akhirat..
    Ameen~

  2. ko org bandar tenggara ke..

  3. Haah, org bandar tenggara.. Tapi dulu la, skang dah duk Kajang.. Tapi rumah still ada kat sana lagi..

  4. salam..
    owhh org bndr tggra..
    sy dlu duk BT jgk..
    tp dh pndh dh..
    prnh la jgk skolah kat situ..
    kat taski abim n skbt 1
    umah kat jln pe ek?

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers