Aku kini kembali dari kesibukan duniawi..

Assalamualaikum w.b.t. ana kembali lagi,
Kesian blog ni lama menyepi, sudah bersawang dan berhabuk. Beberapa kali ana terbersin dek kerana habuk menusuk hidung ini. (bukan selsema ba alif ba ya ye..nauzubillah) Ana dengan selambe mengambil clorox lalu menuangnya kedalam baldi, merendam jubah hitamku. (apa yang aku mengarut nih,xde kaitan dengan komputer.haha..)

Hari Ahad
Ye, ari Ahad baru ni ana terkena serangan jantung, dek kerana menerima satu mesej ugutan (bukan ugutan bunuh adun tu yerk..) haha.. Ugutan supaya menghantar borang untuk melanjutkan pelajaran ke mesir esok (hari isnin, ada ke patut bagitau harini nak hantar esok dari Kajang ke Terengganu, satu lawak yang tidak melucukan) Lalu, ana dihubungi oleh seorang lembaga yang bernama Abu bertanyakan hal yang sama. Oleh kerana kami satu negeri, maka kesepakatan itu tercapai untuk naek bas hari isnin malam. Tapi oleh kerana ana berdolak dalih dengan alasan sakit perut, maka tak jadi tempah.

Lepas bincang dengan ayah, ayah kata InsyaAllah esok ayah pun nak ke Terengganu. Alhamdulillah. (jimat duit beli tiket pergi balik RM80+50 duit makan) Jadi ana call la balik lembaga yang call ana tadi cakap kita pergi nek Angsa.(Toyota Unser) Doa naik kenderaan pun dibacalah dalam hati. Moga2 perjalanan ini mendapat redha ilahi.

Hari Isnin
Set, seperti yang djanjikan dia datang esok petang naik komuter. So, kami pun berjalan kaki la ke terengganu. Kami kelewatan kerana ada sedikit hal yang perlu dibereskan. Tepat jam 5.30 kami bertolak ke Terengganu. Ayah dah bising sebab ana lewat kerana Ustaz Abu Bakar Chik menunggu kami di Gombak untuk di ambil lalu dibawa ke Terengganu. Sampai di Gombak kami singgah di Restoran Thaqwa (tak tau la tauke dia bertakwa ke tak,? harap2 ye, amin3) kerana Ustaz mengatakan dia berada disitu. Tanpa disangka2 seorang yang cukup terkenal di arena seni tanah air dalam bidang satera atau dipanggil sasterawan negara Dinsman duduk bersembang bersama ustaz. Rupa-rupanya ustaz datang ke situ bersama Dinsman.

Setelah bersalaman kami memesan roti naan tandoori.. (sedap woo, tapi roti dia manyak besar, tak habis makan sowang) Ayah seperti biasalah, roti canai menjadi pilihan utama. Sambil orang-orang tua bersembang kami duk menelan sahaja roti naan tersebut sambil meneguk air satu jug. Buat2 ketawa seperti faham apa yang disembangkan. yang paling difahami Tentulah pasal berita paling hangat masakini DUN Perak.

Dinsman kata macam main pondok-pondok je diorang ni. (haha, betul jugak.. tapi paling banyak ana dengar "macam kartun") Teruk betul diorang ni ek, gila kuasa sampai gadai maruah dan sebagainya lah. Sanggup guna kakitangan kerajaan, polis untuk jatuhkan Speaker. Ya memang betul speaker jatuh, tapi macam main pondok2 la, tak setuju tarik jer kerusi tu, ganti orang lain. aku lah pulak, ish asik ko jer. aku nak jadi jugak.. (macam tulah kalau men pondok2, gaduh jer tukar org len)

So, maghrib menyinggah lewat dimeja makan kami, lalu kedengaran di pinggir cawan suara2 org mengalunkan ayat2 al-quran menandakan azan maghrib akan berkumandang. Apa lagi, Ustaz seperti biasa membayarkan segala makanan yang kami makan. Burpp.. Alhamdulillah..

Tepat jam 7 petang+malam=maghrib kami pun bergegaslah ke kereta sambil ustaz membawa 4botol air mineral (padahal dalam kereta banyak, hehe.. takpe, bleh ana tumpang sekaki) Tiba2 enjin tidak berfungsi semasa mahu distartkan. Mungkinkah kereta ku menrajuk kerana tidak dapat makan capati? oh.. tidak.. Dia hanya kepenatan membawa kami yang berat dengan pahala ini. Hehe..

Kesian dekat kereta lalu ayah singgah di stesen Petronas Gombak, mengisi perut kereta yang kelaparan tidak dapat makan tosei.. Hahaharu.. Selesai kereta makan. Kami pun bergeraklah. Sambil ustaz memulakan acara yang paling digemarinya iaitu bercakap. Oleh kerana perbualan itu berkaitan dengan kerja, maka kami tidak merakan atau mengambil pot perbincangan antara dua orang itu. Kami pun melayan perasaan melihat keindahan alam (betul ke? hehe) maklumlah dah maghrib, azan sedang berkumandang. Dan mata pun semakin romantik, cukup enak sekali syaitan2 jika ana tido waktu emas seperti itu.

Akhirnya masing2 lena dalam kedinginan hawa toyota. Sungguh nyaman kerana ana tidak perlu memandu setelah perut dipenuhi dengan tepung roti nan dan ayam tandoori. Kecualai Ayah tidak boleh tido kerana sedang memandu, kalau ayah tido alamatnya kami semua masuk gaung melalui lebuh raya karak.

Alhamdulillah, kami tiba di Temerloh, berhenti untuk solat maghrib dan Isyak secara berjamaah yang dimamkan oleh Abu Jihad.. Selepas solat, seperti biasa ana bertanyakan Ustaz Ka(Abu Bakar Chik) apa projrk lepasni? "ana nak tengok la kat kedai makan tu, mana la tau ada kawan2 ana" (hehe.. nak cari kawan ke nak makan ustaz nih?) Seperti kebiasaan ana ikut jer, ustaz makan, ana pun makan, ustaz bayar ana wat tak tau jer.. hehe.. Sedang dduk bersembang sambil meghirup secawan kopi ais. Datang seorang ustaz yang lama tidak ana temui, Ustaz Ibrahim Jamin. Memang tak kering gusi kalau sembang dengan dia. Akhirnya cukup lah 2jam kami berhenti disitu. Lama giler. Ana dah mula start mengantuk, pergi bilik air je dah 3kali. (punya lah lama duduk ditu) Akhirnya ustaz ka mintak izin nak pergi sebab perjalanan masih jauh. (memang lah jauh, tapi ana yang memandu nanti) Maka ayah pun tersangatlah mengantuk lalu terpaksalah ana memandu bertemankan Ustaz Abu Bakar Chik.

Dalam perjalanan itu, kami senyap seketika kerana ketiadaan modal untuk bersembang, Ustaz seperti biasa tertidur kerana keletihan. Sudah lumrah orang berjuang, beramal dengan amal islam, sentiasa bergerak dalam jemaah. Setelah 30minit terlelap ustaz terbatuk2, ape lagi minumla air. dia cakap "sembanglah dengan ana, baru ana tak ngantuk.. Biasalah orang tua memang macam ni."

Jihad yang duduk di belakang tanpa berlengah terus bertanyakan berbagai persoalan samaada hukum dan hal2 yang berkaitan dengan politik semasa. Ana menjadi pendengar yang setia sambil menambah2 dan bertanyakan beberapa soalan.

Banyak pandangan dan ilmu yang ustaz curahkan. Semua berdasarkan pengalaman dan dalil2 al-quran. Alhamdulillah, terisi lah jugak jiwa kami dengan semangat pejuang islam. Ana sempat bertanya tentang beberapa persoalan tentang muktamar yang akan datang. "ustaz tak dicalonkan ke?" Ustaz hanya ketawa.. lantas menjawa Terpulang pada muktamarlah.

Setelah 6jam perjalanan kami sampai di Dungun. Ustaz terkejut kerana kereta yang ana pandu melambung terlanggar bumper dek kerana terlalu laju + ana dah mengantuk + gelap tak nampak bonggol tersebut. ALhamdulillah, kerana itu ustaz terbangun lalu mengajak kami sekali lagi minum. Beginilah bila berjalan bersama ustaz, tidak pernah lapar. Ada saja warung yang akan kami lawati. Ayah dah tak sedar kerana terlalu letih memandu daripada pagi pergi ke shah alam, subang jaya balik semula ke kajang, drive sampai kuantan. Kesian ayah.

Kami minum2 sambil menonton cerita P.Ramle (masam2 manis) kami tegelak besar menonton cerita tersebut walau telah khatam sebanyak 10kali. Setelah setengah jam berehat, kami sambung perjalanan kembali menuju ke rumah Ustaz di Tok Jiring. Alhamdulillah, tepat jam 3 pagi kami sampai di depan rumah ustaz.

Pagi tu ana tak dapat tidur sebab abu jihad diganggu makhluk bernama jin, ditindih katanya. Ana tak terkena pulak walaupun bersebelahan mungkin kerana sudah mengambil wuduk dn baca sepotong 2 ayat al-quran. Ana pun nasihatkan supaya ambil wuduk dulu. Namun masih tetap ditindih, lalu kami mengubah posisi baring kami.

Last2 ana pun kena sekali, sakit terasas seluruh badan, rasa lenguh2, sesak nafas. ana cadang kami tidur dibawah sahaja, tapi jin ni begitu berminat dengan ana. Maka bermacam2 jampi dan mentera kami baca, tak jugak berjaya. Last, ana pasang lah Azan mekah, dan bacaan ayat-ayat suci al-quran daripda surah Al-Bakarah yang ada dalam handfon.. alhamdulillaah, akhirnya kemi lena di bua mimpi.. hehe..

0 komen mengomen :: Aku kini kembali dari kesibukan duniawi..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers