DUN PERAK DIPERKOSA OLEH DURJANA!!! bE eND

BN menjatuhkan maruah rakyat Malaysia...MEMALUKAN..!!




Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.

“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.

Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.

Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.

“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya.

dia koyakkan baju dia sendiri..


Pangkat di bahu baju Dress no 1 saya tinggal 1 sahaja, hilang dalam pergelutan pertahankan speaker




dah nak tido ummi termasuk ke satu laman puak @#&%$& di seberang sinun...terjumpa gambar ni..ayat seperti pernah kudengar..."mata si polan tu lebam sebab dia tumbuk mata dia sendiri.." korang ingat tak kata2 siapa itu...

pikior2 kan lah..sejarah berulang kembali..

Bisikan kontrovasi...


kalau dinilai gambar ini..berbagai spekulasi boleh dibuat...
apalah agaknya tujuan bisikan itu...?

baginda Sultan Perak pernah berkata2 yang memberi harapan...
Raja Muda juga memberikan signal harapan...

Sultan berkata..Allah bersama2 orang yang sabar...

Raja Muda berkata....beta mahu berkerja dengan Pakatan rakyat....

kalau kita bersangka baik....apa yang disuarakan..?

kalau kita bersangka buruk...apa pula ceritanya...?

bukan niat nak menimbulkan rasa gundah gulana..sekadar untuk berhati2...maaf sekiranya ada yang tersinggung...patik mohon sembah derhaka...kerana mencurigai...

wallahualm..

Raja Nazrin bersalaman selepas rasmi DUN..

Raja Nazrin bersalaman dengan ADUN-ADUN setelah habis bertitah

setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

gambar Siva ketika diheret keluar dewan dgn paksa




[sivathehero.jpg]

Foto terkini, penamat Siva sebagai Speaker DUN Perak..perjuangan hingga saat akhir, kemana beliau akan dibawa ?

Raja Muda masuk dewan merasmi DUN

Kelihatan Dato' Seri Nizar dan Dato' Ngeh turun dari pentas Diraja selepas mengadap Raja Nazrin

Raja Nazrin sedang bertitah merasmikan Sidang DUN penuh bersejarah


Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan Berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.

Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.

Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.

Sebelum Sidang bermula sekali lagi DS. Nizar merafak sembaah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak berkenaan untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.

Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.

dewan dimasuki orang yang tidak dikenali

ADUN OKU dari Aulong duduk di meja Speaker bagi menghalang Ganesan duduk di situ

Inilah deretan pendatang yang haram yang merampas kuasa Speaker

Siapakah mereka yang misteri ini?

Siapakah mereka ini?
Suasana tegang di kerusi Speaker

Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.

Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.

Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.

Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.-cinaIslam

Polis angkat Speaker yang sah keluar dewan

SUK cuba halau Speaker
Dato' SUK cuba campur tangan dalam sidang DUN, beliau cuba menghalau Speaker dari tempat duduknya sebaliknya beliau pula yang kena halau oleh ADUN-ADUN PR. Semakin jelaslah sekarang Dato' SUK lah yang jadi dalang dan perancangnya selama ini.
Dia jugalah yang merancang supaya pembesar suara di sebelah ADUN PR dan Speaker tidak berfungsi, sebaliknya di sebelah BN terus berfungsi.

ADUN PR pula cuba tarik keluar Speaker Haram
2 Adun PR cuba menarik keluar Speaker haram dari kerusi, Adun BN pula membantu Speaker Haram. Berlakulah tarik menarik. Tak ada kesudahannya.

Sehingga sekarang belum ada lagi baling kerusi dan baling buku Perintah Tetap. Harap tidak sampai ke situ.

POLIS PULA CAMPUR TANGAN
Polis kini campur tangan, keadaan tidak terkawal. Beberapa anggota polis kelihatan mahu memasuki dewan.

Polis angkat Speaker yang sah keluar dewan
Lebih kurang jam 2.41 petang, sekumpulan orang yang berjaket hitam dipercayai anggota polis memeluk dan mengangkat keluar Speaker dari kerusinya dan mengheret keluar dari dewan. Dalam masa yang sama ADUN PR pula cuba mengheret Spekaer Haram keluar dari dewan. Suasana semakin parah dan kecoh.

Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.

Speaker Haran, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.

sumber misbahulmunir

0 komen mengomen :: DUN PERAK DIPERKOSA OLEH DURJANA!!! bE eND

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers