FRU INSAFLA...



kisah dan teladan buat FRU dan yang sewaktu dengannya.....

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada s

orang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sin

i. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.

Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebe

lah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan ta

wadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa ya

ng dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia?

Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.

Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa t

u?”

“Polis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi.

Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab

salam aku. “Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun!

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!

“Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis.

“Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya.

“Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih!

“Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya.

“Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

“Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?”

“Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang

tan

gkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Ta

k kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja.”

Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!

“Abang ni masih kerja polis ka?”

“Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak

pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-bua

t tau la.

“Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya.

“Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata.

“Nak ambik kat mana?” aku tanya.

Dia diam…

“Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya.

“Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ng

aja

k aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

“Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita.

“Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belaj

or kat unive

rsiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia k

ena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..

dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman.

“Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua ora

ng pasai apa?”

” Dulu dia jaga orang demo…main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang..dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampun

g dia j

ugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi maca

m tu la.” Cerita Hj. Rahman.

“Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?” aku tanya.

“Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal..tapi dia tak pakai. Dulu…bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang…dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata..jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!”

Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. “Mamak Zamree!! Teh tarik satu!”

sumber MSK

2 komen mengomen :: FRU INSAFLA...

  1. Mudah-mudahan tuhan mengampun org tua tu. Saya berharap sangat cerita yang mcm ini sepatutnya dibawa khutbah jumaat, supaya mendapat menafaat kepada umat yang lain. yang masih tak kenal IT.........

  2. InsyaAllah, amin.. Mudah-mudahan.. Ana pun setuju kalau di bawa kisah sebegini ke dalam khutbah jumaat dan ceramah-ceramah agama. Sebagai satu teladan buat ummah yang bekerja dalam bidang yang seangkatan dengannya. Sememangnya memang benar telahan masyarakat umum bahawa mereka ni " an..ng " hanya mengikut arahan. Kesian betul kat diorang..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers