Kisah Seorang Penjual Aiskrim..





Bismillah, walhamdulillah, wassolatuwassalamuala rasulillah..
Pertama-tamanya ana mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana masih mengurniakan ana nyawa dan ruang untuk bertaubat kepadanya.

Masih dibangkitkan dari alam kiamat kecil (tidur) sebentar tadi, setelah kepenatan seharian bekerja di Pissta Computer.

Ana teringin untuk menulis tentang seorang penjual asikrim yang berasal daripada Pakistan tak silap ana.

Asikrim, aiskrim, asikrim.. Kenapa ana pilih tajuk asikrim? Sebab..
Ramai org suka aiskrim.. sebab tu ada penjual asikrim.. ye tak? Kalau xde orang nak beli mestilah xde orang nak jual..

Semalam, selepas solat asar di surau, ana dan Abg Hafiz (boss pissta computer) bertanyakan penjual tersebut tentang bagaimana pendapatan sehariannya menjual aiskrim di sekitar Kajang.

Alhamdulillah, katanya hampir atau melebihi RM100 sehari.

Ana sebenarnya lebih bangga dengan beliau berbanding orang2 yang berjawatan tinggi atau yang bekerja dalam penghawa dingin tetapi mencari harta yang tidak halal untuk keluarga.

Walaupun beliau bekerja sebagai seorang penjual aiskrim yang kelihatan low class, tetapi pendapatannya hampir menyamai pendapatan org yang bekerja highclass.. Yang paling penting pekerjaan yang dilakukannya halal. Solat tepat pada waktunya dan ditempat yang sepatutnya (surau@masjid) secara berjamaah. Itu yang paling ana banggakan dan sedikit cemburu kerana beliau selalu dapat solat berjamaah disurau, berbanding ana yang kadang2 terlepas untuk sama2 berjemaah..

Abg Hafiz dan ana ada juga rasa ingin menjadi penjual aiskrim, yela.. Kadang2 kalau boring, boleh jalan2 bawak motor, sambil2 tu dapat income, ye tak? (hehe) Kalau rasa nak makan aiskrim bleh amek jer kat belakang motor. (ahaha, slurpp.. sedarnyer.. fuhh.. aiscream coklet, strawberry, vanilla.. dimakan waktu tengahari, cukup mengiurkan.. hihi)

Apa yang mengejutkan ana dan Abg Hafiz ialah dia memberitahu, awak orang melayu bagus la kerja ni, boleh dapat RM300 sehari.. (wahh!! Rm300, banyak gak tuh, nak join?, tapi apsal dia xdapat?)

Sedikit menyedihkan, apabila dia selalu diganggu oleh makhluk2 yang tidak berperikemanusiaan, menggunakan kuasa dan namanya untuk kepentingan diri.

Memandangkan dia seorang imigran, atau pekerja asing, beliau selalu diganggu oleh pak polisi dong.. Dia kata kerap kali diminta duit oleh mereka, kadang RM20, RM50 dan begitulah kebiasaannya. Dan yang paling baik hanya sekadar makan aiskrim.. (paling baik makan aiskrim.. halal ke tak? kalau paling baik makan aiskrim, bayar takpe la jugak.. ini tak.. ish3..)

Tetapi itulah realiti yang berlaku di negara kita, 1Malaysia. Bermakna untuk orang Malaysia sahaja. Orang luar "get Out"... Itulah apabila tidak mengamalkan ISlam..

Dia pun kata, ala.. itu polis semua negara pun jahat.. (haha.. terkedu ambe..) Seolah2 sudah biasa dengan perkara ini. Bayangkan, nak cari duit dengan cara yang halal pun di ganggu.. Tak patut betul..

Apa respon ketua Polis negara? Ana pun tak tahulah, dia tau atau buat2 tak tau pasal benda nih.. Apapun aa doakan semoga beliau sihat sejahtera sentiasa. Ingatlah DOa orang yang Dizalimi cepat Dmaqbulkan Allah. (sape2 yang nak mintak doa untuk dapat cemerlang dalam Exam, bleh la cari orang2 ni.. hehe)

InsyaAllah, ana akan usahakan agar perkara ini dapat diselesaikan.. Jangan biarkan kemungkaran berleluasa dilakukan oleh pihak berkuasa, nanti diorang akan gila kuasa..

Sepekara lagi, realiti apabila harta yang diberikan kepada anak2 tidak halal. Maka akan lahrlah insan2 yang rosak akhlaknya. Ini pengalaman ana sendiri semasa di sekolah dulu. Memang sudah tradisi disini, pantang apabila ada mana2 pelajar yang mencuri. Makan akan habis dikerja serta dikendurikan oleh warga asrama.

ana, taknak la cerita bab tu, nanti korang ngat kes buli la pulak. Cuma ana nak bagitau.. Jumlah yang dicuri itu hampir mencecah ribu ringgit.. (sikit je kan.. berbanding orang yang rompak harta negara, berbilion2..ye tak?)

Persoalannya sekarang, apabila diselidiki latar belakang pelajar tersebut, memang ada kes2 seperti itu sebelum ini di sekolah lama dia. Kami selidiki lagi, mengapa dan apa punca dia mencuri? Adakah bapanya menganggur, adakah tidak cukup duit? adakah sudah menjadi hobi beliau mencuri? Jawapannya sudah menjadi hobinya mencuri.. tetapi Tidak dapat dipastikan bilakah hobi itu muncul. Akan tetapi jawapan yang paling tepat mungkin kerana pekerjaan ayahnya sebagai seorang Ef Ar You..

Ana rasa, mungkin ramai yang setuju dengan pendapat ana nih..

Renung2kan dan selamat beramal..

7 komen mengomen :: Kisah Seorang Penjual Aiskrim..

  1. salam, sebut pasal aiskrim, ana teringat satu artikel yang ana baca mengenai makanan yang haram di makan, salah satunya aiskrim yang berharga rm1 ++.

    blh bg pendapat penulis?

  2. Hi to all, hoω is everythіng, I thіnk eνeгy οne iѕ getting more fгom
    thіs web page, and yοuг ѵіews are faѕtіԁious for
    neω νiewerѕ.
    Take a look at my web blog - 1 month loan

  3. Exсеllеnt ρost. Ι was checκing constantly this blοg
    аnd Ι am imрreѕsеd! Veгy uѕeful info ѕpecially the laѕt рart :) I care fοг ѕuch infoгmation much.
    I ωaѕ sеeking this ρагticulаг info fοг a very long time.
    Thank you anԁ good lucκ.
    Stop by my web site loans for bad credit

  4. Wow, supeгb blog layοut! How long hаve
    you been blogging for? yоu make blogging look
    easy. The overall loоk of your web site is
    exсellent, as well as the content!

    Haνe a loοκ at my homepage - payday loans

  5. You have madе some good pοints there.
    I checkeԁ on the nеt for more information about the іssue and found mоst individuals ωill go along with your vіews
    on this ωebsite.

    Also viѕit my web ѕite - instant payday loans
    my web site :: instant payday loans

  6. Рretty section оf content. I juѕt stumbleԁ upon your web site аnd
    in accessіon caріtal tο aѕsert that
    I acquiгe actuallу enjoyed account your blog posts.
    Any ωay Ι'll be subscribing to your feeds and even I achievement you access consistently rapidly.

    Look at my weblog: Same Day Payday Loans

  7. Τhanks on your marvеlous poѕting! Ӏ aсtually enϳoyeԁ гeading it, you're a great author. I will make certain to bookmark your blog and will often come back later on. I want to encourage you to ultimately continue your great work, have a nice morning!

    Here is my blog post New Bingo Sites

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers