Surat dari amin.. hehe..

Salam semua.. Bismillahirramanirrahim..

Warkah ini ku tujukan buat seseorang yang bernama tiitt.. (atas sebab2 keselamatan, arahan daripada kementerian kerja raya afrika) hehe..

Seperkara yang selalu kita berdoa kepada Allah s.w.t ialah perlindungan daripada sebarang bentuk penyimpangan yang bakal menjauhkan kta daripada Allah. Nauzubillahiminzzalik..

Cukup menakutkan, menyedihkan bilamana seorang hamba, atau kita sendiri menyimpang dari jalan kebenaran hingga langsung tidak jumpa jalan pulang kepada Allah. Cuba bayangkan bilamana kita pergi berjalan di sebuah bandar atau tempat yang cukup asing bagi kita, tiba2 kita hilang arah tuju mahupun jalan pulang.. Bagaimana rasanya? Pernah baru-baru ini selesai ana pulang daripada kerja sempana bookfair di PWTC, oleh kerana masih lagi untuk menghadiri makan malam bersama staf2 CESB di the mall. Ingin sahaja tido di tepian jalan. Tapi jam baru jam 12 tengahari.. Kalau nak jalan2 di shoping kompleks pun bukanlah satu kegemaran, kerana paling tidak suka pergi tempat2 yang ramai orang apatah lagi bercampur aduk lelaki dan perempuan. Cukup rimas rasanya.

Lalu, aku mengambil keputusan untuk ke petaling jaya. Ana call kawan yang tinggal disana. memandangkan dia tidak bekerja pada waktu pagi maka bolehlah singgah di rumah beliau.

"Assalamualaikum.. vanekem.. Yenggeporinggel dis afternoon?" (haha..)
"Waalaikumsalam.. vanekem.. just sit at home.."
"If you don't go anywere, i want to visit u now, because tonight i have a dinner, so i dont want to back home, i'm very tired to come again.."
"No prob.. come la..""

Lalu selepas kata putus ana menaiki Star LRT Putra, lalu membeli tiket di kaunter.

"Taman Bahagia.."
"Oh.. Nak pegi sana kena turun di Masjid Jamek, lepastu amek Putra LRT.."
"ok.. Terima kasih, berapa ringgit?"
"RM1.30"

Ana tak rajin nak sebenarnya Start or putra ni..
Buat2 berani jelah.. sesat tanya org..

Sampai masjid jamek jer, call balik member ana td..
"Stesen Putra katner?"
"Belakang STAR tu jer"
"Belakang?"
"haah, turun tangga belok kiri"
"ok.."

Letak jer telefon trus ikut arahan tu.. (macam robot) haha

Pusing punya pusing.. last2 jumpa balik stesen STAR.. ish.. musykil nih..
Kat maner stesennya? Kata blakang ni jer..

Takpelah, jalan lagi.. sambil2 tu beli la jambu sebakul dua..
call sahabat ana blek.. Xbleh pulak..
Chek2 kredit plak habis.. (cuba korang bayangkan korang dah la sesat.. duit takde (bukan ana la) lepastu sesat pulak, kredit abes, bateri dah lemah..)
Macamana nak balik?

Ok lah.. Kena pg KLIA ni, nak sambut rombongan umrah. hehe..
Meriah betul umah ana malam nih.. Mak Ndak, Tok Mak, Mak Long, dan K.A dgn family diorang.. wah3.. best giler..

Bersambung malam karang plak..

0 komen mengomen :: Surat dari amin.. hehe..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers