Tiada Rasuah Tiada Politik Wang Dalam PAS

May 18, 2009

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat hari ini mengesahkan tidak wujud amalan rasuah atau politik wang dan menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang mengaitkan PAS dengan amalan mungkar itu.


"Saya telah mendengar taklimat dari Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Pengarah Pilihanraya PAS PUsat, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan beberapa pimpinan Pusat yang lain.

"Seteleh kita mengumpulkan maklumat dari semua negeri-negeri, kita dapati tidak ada amalan politik wang dalam PAS," kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media selepas mesyuarat jawatankuasa tersebut.

Beliau berkata, PAS memutuskan tiada tindakan yang akan diambil kepada Ketua Dewan Ulama’, Dato’ Ustaz Mohamed Daud.

Katanya usaha pihak-pihak tertentu mengaitkan PAS dengan amalan politik wang ternyata tidak berhasil.

"Sebarang usaha untuk menembuskan bahtera PAS melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal, Kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan amalan politik wang," katanya.

Ustaz Mohamed Daud yang ditemui selepas mesyuarat tersebut berkata beliau telah memberi penjelasan secara menyeluruh kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut sama beliau mengemukan sebarang bukti ataupun tidak berhubung dakwaannya sebelum ini.

"Tiada komen...Tiada komen, kalau saya cakap nanti banyak masalah. Saya serah kepada presiden parti," katanya sebagaimana dilaporkan mStar online

BuletinOnline



0 komen mengomen :: Tiada Rasuah Tiada Politik Wang Dalam PAS

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers