Aku "gembira" gila




Bismillah..

Semalam, 5hb bermakna Muktamar secara rasmi sudah bermula, berpagi-pagian aku bangun mengenakan pakaian Kawandidik yang baru-baru ini dilancarkan bagi kawan Putra Mahkota, dalam Dun Bangi. Hajat ingin perga kesana tidak kesampaian apabila pagi itu aku singgah sebentar di Pissta Computer untuk memaklumkan beberapa perkara yang masih belum selesai kepada Boss..

Namun, sudah ditakdirkan seorang client datang untuk menghantar assignment (write-up from handwriting to computer) sebanyak 16muka surat. Dengan tulisan yang sukar difahami serta dalam Bahasa Inggeris amat memberi tekanan kepadaku.

Dia seorang pensyarah, namun tidak dapatku pastikan dia bekerja di universiti mana.

Dengan broken english yang aku ada, aku cuba melayani kerenah client tersebut. Hanya beberpa minit selepas boss keluar untuk tugasan luar ( outstation ke Jerantut selama 3hari). dan sebelum pg dia ada pesan aku boleh cuti pada hari jumaat untuk ke Shah Alam, menyertai muktamar tersebut. Namun, apakan daya. aku takde transport. So, aku bercadang nak pegi selepas jumaat.

Allah lebih mengetahui perjalanan hidupku. Oleh kerana assignment tersebut hendak dihantar pada hari isnin. aku terpaksa menyiapkannya segera agar aku boleh bercuti. rancangan ingin ke muktamar bersama beberapa orang sahabat KUIS terpaksa aku batalkan.

Aku, bermati-matian menyiapkannya segera agar aku dapat mengambil cuti. tepat jam 1.20 tadi aku berjaya menyiapkannya. namun lecturer tersebut masih ada beberapa perkara yang perlu disiapkannya, memandangkan dia mahu assignment tersebut sekurang2nya 15mukasurat. setelah ditaip, hanya dapat 10 muka surat. menyebabkan aku masih terikat. duit pun dia belum bayar lagi.

Mujur la semalam, Maklong ada buat BBQ dekat rumah beliau. dapatlah jugak aku mengisi perut yang tidak menjamah makan tengahari sekaligus jamak makan malam. Dapat jugak aku melupakan seketika kerja tersebut. Gembira dapat bermain dengan anak2 sedaraku yang comel lagi aktif, walaupun pada malam hari. so, aku ambil keputusan nak tutup kedai lebih awal. sebelum maghrib aku dah tarik pintu besi kedai. abis citer. pastu aku mesej lecterur tersebut dan maklumkan kedai tak bukak malam ni. takyah datang.. (huhu)

Lepas maghrib, aku, ibu dan kakak sama2 pergi ke rumah maklong di Dengkil.
Setelah habis majlis BBQ tersebut, aku dah keletihan kerana seharian menyiapkan assignment tersebut. lupa pula aku nak snap picture handwriting dia. kalau korang tengok pun gerenti tension sebab payah nak baca.

So, aku dah bertekad, lepasni hari cuti tak nak bekerja. kalau ada write-up lagi. aku tak sanggup nak terima walaupun bayaran utk satu muka RM3.00
Aku jgk nak mtk komisyen atas setiap muka surat tersebut RM1.50 drpada bos. kalau tak aku tak nak terima dh write-up.

Aku terlelap hingga jam 5pagi. aku mohon kepada Allah moga dipermudahkan segala urusanku. Ya, Allah sudah permudahkan urusan dengan dapat menyiapkan assignment tersebut. Namun, masih juga ada perkara yang belum selesai. Ya Allah, aku mohon padamu berikanlah aku kesabaran dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini. Ya Allah, aku lemah Ya Allah..

Aku letih dan penat,

Aku nak berehat..

Bila agaknya aku dapat pergi ke muktamar?

1 komen mengomen :: Aku "gembira" gila

  1. Org penah bace kalo mintak ditambah kesabaran maka Allah akan menambah ujian setaraf dgn kesabaran yg dibekalkan so sbaik2nya mintak la moga diberi kekuatan... Moga sentiasa diberi kekuatan... "Allah tidak akan memberi ujian melebihi kemampuan seseorg hambanya"...

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers