Dimana Sikap Kita Sebagai Muslim?

Pembunuhan demi pembunuhan


Diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya, yang bersumber dari Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W ber sabda:-

"Tidak akan terjadi kiamat, hingga munculnya banyak kekacauan.
Lalu para sahabat bertanya: Apa yang dimaksudkan dengan 'harj' (kekacauan) itu,
wahai Rasulullah? Nabi S.A.W menjawab: Pembunuhan demi pembunuhan."

Memang terbukti menjadi kenyataan apa yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W.
Tiada hari yang kita lalui tanpa berita tentang korban pembunuhan.
Apa yang dah jadi dengan pembunuhan di Narathiwat? Semoga roh mereka dicucuri rahmat.. Mati dalam keadaan tengah bersembahyang.. Bertapa untungnya mereka..

Namun, dimanakah sikap kita sebagai seorang Muslim terhadap saudara kita di Narathiwat? adakah sekadar pemerhati sahaja? Aku mengutuk keras tindakan tersebut. Mana mungkin kerja ini dilakukan oleh orang Islam atau pejuang2 pembebasan ISlam kerana pejuang ISlam yang sebenar mereka tahu adab2 dalam peperangan. Tidak boleh membunuh sesiapa yang berada dalam rumah ibadat. Perempuan, kanak2, Orang Tua, Haiwan Ternakan dan Tanaman.

Aku yakin dan pasti kerja2 ini dilakukan oleh kafir laknatullah yang mahu melihat Islam hancur. Namun mereka silap. Dalam surah Assaf ke 8 Allah berfirman :
Mereka hendak memadam cahaya Allah dengan mulut2 mereka. dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci.

Alfatihah untuk para Syuhada.. Takbir! Allahuakbar!

0 komen mengomen :: Dimana Sikap Kita Sebagai Muslim?

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers