Hari Yang Memenatkan Di Pissta Computer

Bismillah..
Fuhh.. lame xmenghapdate blog ni dgn post..
Al-maklumlah bizi..

Semalam hari kurang memenatkan kerena banyak komputer yang dihantar bermasalah dirumah masing2, tapi bila sampai kat klinik ni jer semua ok. Ish.. Takut jumpa doktor gamaknya.

Tapi dekat nak balik semalam (Rabu) ramai pulak yang datang nak hantar baiki. Dua2 Notebook Acer.. Satu Windows dia Corrup. Yang kedua lak, keyboard dia rosak sbb anak dia buat main game. Mmg hancus la keyboard tu. Kalau nak tukar mau kena ada RM300 woo.. Last tak jadi nak tukar. Abg tu call bini dia tanya macamana. Pastu dia bagi aku cakap. Aku kata komputer ni mesti rosak sound(audio) dia kan? Haah.. betul2.. Hee.. Pastu dia cakap lagi Windows Media Player dia takde. So, tu je la, problem dia.. Xde la teruk sangat.. Setel hari rabu..

Malam tu aku datang lagi kedai lepas balik solat Isyak dekat surau sebab ayah bagitau ada org nak hantar kayu dekat kedai baru ayah. Nak buat partition. So, naseb baik dah bawak kunci, jadi terus g kedai dengan jubah, ayah dengan kain pelekat jer. Sbb Abg Sukiman kedai sebelah call suruh datang terus.

Ana, apo laei.. g klinik komputer la... Hajat nak men tenet xkesampaian sbb tenet takde.. Huhu..

So, service la komputer or notebook yang belum siap..

Hari ni (khamis) Perghh.. Banyak giler komputer, nak mengajar kelas komputer lagi.. aduyai.. seb baik le aku ni penyabar jugak orangnye.. Haha.. Ye la, hari ni je ada 6 komputer kedai repair, ada yang nak format la, nak install jawi(arabic), nak repair, macam2 la.. tak menang tangan dibuatnye.. Aduss.. naseb baik la Abg Shahrul praktikal tu ade. kalau tak mampus aku.. huhu..

Nak dijadikan cerita, satu notebook acer yang nak format semalam tuh, dah nak siap format. aleh2 mouse or coser(yang gambar anak panah tu tak keluar) Aduss.. camne nih? Abes la aku dgn Abg Shahrul. Customer tu bru je call td.

Dia cakap dia nak datang dalam kul 3ptg.. Last2, Call Abg Hafiz tanya macamana. Abg Hafiz selmaber derk jer jawab.. Enta install guna yang satu lagi la.. (Manyak cantik, ingat kejap ke nak format balik?) Aduyai.. Seb bek la customer punya. Kalau tak wat tak tau jer.. kena la format balik..

Lepas sejam lebih dekat 2jam Alhamdulillah siap. Tengok jam dah dekat kul 2. Ade plak customer datang nak repair Cpu, adeh.. Tak makan dari pagi lagi nih.. Tengok abg Shahrul nak keluar. Last2, aku cakap kat dia kita break kul 3 la, lepas notebook tu siap. Seb bek abg shahrul cool jer. ade gak teman aku. Dah siap tu format, dalam kul 3.30 jugak ar dia datang, hampes sungguh. aku tak makan lagi nih... Gitu gini, dah suruh dia bawak Cd driver notebook tu td. Tak kena plak dengan laptop tu sbb cd tu bukan yang asal untuk windows XP, tu untuk vissta.

Pastu aku bgtau kalau nak suruh kami cari driver lambat lagi la nampaknya.. Last2 dia cakap Install vissta la.. (Perghh.. gua dah berasap nih.. xmakan lagi, nak solat plak) Ok la... Bagi masa 1jam lebih insyaAllah siap... Ok pun, ape lagi, Format balik guna vissta trus blah balik umah makan lepas solat kat kedai. Sampai kat kedai... alamak!!

bersambung...

2 komen mengomen :: Hari Yang Memenatkan Di Pissta Computer

  1. adoiii byk yerr lptop n notebook y nk kene dibetolkan...ishh..mesti penatkan...cepat laaa sambung lg..nk tau nie...

  2. ape ko ni SPA pon xtau...ish3

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers