Mana GERAK? Pemuda UMNO? Adakah sudah Kaku?

Kejadian Stadium Sultan Zainal Abidin yang runtuh 3 jun lalu senyap tanpa sebarang berita atau kenyataan akhbar daripada pengerusi Gerak dan Raja Kotak.


Dimanakah GERAK? Raja Kotak DLL lagi? Mengapa tidak di buat laporan dan kenyataan akhbar kepada SPRM? Media dan sebgaianya?


Mungkin wujud penyelewengan dalam pembinaan tersebut kerana pembinaan stadium ini menelan belanja RM270 juta dan tidak munasabah boleh roboh selepas setahun ia dirasmikan. Dalam berita baru2 ni menteri Kerja raya ada mengeluarkan kenyataan bahawa struktur tanah yang tidak selamat. Kalau macamtulah keadaannya. Mengapa hanya bumbung sahaja yang roboh? Bahagian bawah tidak mengalami sebarang keretakan dan kerosakan?

Selang beberapa hari selepas itu, timbul pula Kolam renang retak menyebabkan air kolam melimpah kebahagian bawah. Aku rasa la, kalau tak kerana Stadium runtuh, kompem berita pasal kolam ni ramai yang tak tahu. Mungkin disebabkan peniaga disekitar kolam renang tersebut terlalu bimbang kejadian yang sama akan berlaku. Maka, keluarlah kenyataan media.

Riuh rendahlah pejabat menteri besar dan Jabatan Kerja Raya. Selepas itu, timbul pula keretakan pada jejambat/susur naik ek stadium tertutup. Mungkin selepas ini ape lagi ek? Tu, bangunan yang pejabat Mb duduk. Bertahun2 tidak apa2. Masih utuh dan kukuh tanpa sebarang kerosakan.

Memang tidak dapat disangkal, Kalau Allah kata "Kun Fayakun" bala itu boleh datang bila2. Namun, secara logiknya, bagaimana bangunan yang baru dibina boleh mengalami kerosakan yang begitu teruk?

Siapa yang hendak dipersalahkan?

Mengapa perkara ini begitu lama untuk dipastikan punca sebenar ia berlaku? Dan sudah tentulah kerana Kerajaan Terengganu diperintah oleh Barisan Nasioanal. Aku gerenti, kalau negeri Terengganu diperintah oleh Pakatan Rakyat, Pagi runtuh, Tengahari dah Heboh dan riuh rendahlah isu Rasuah, Penyelewengan dan sebagainya. Berjuta-juta laporan kepada Polis dan SPRM dibuat oleh mereka2 yang kononnya pejuang membanteras Rasuah dan penyelewengan seperti Gerak dan Pemuda amno.

Jadi, dimana Nazri si pengerusi Gerak? Dimanakah Raja Kotak? Dimana Pemuda Amno? Kalau sebab Kereta Toyota Harrier dan Beberapa Ekor Lembu yang hanay beberapa juta mereka boleh riuhkan. Mengapa peojek yang menelan ratusan juta ringgit ini tidak dibuat satu laporan pn? Hah.. Jawab la nazre oi..


2 komen mengomen :: Mana GERAK? Pemuda UMNO? Adakah sudah Kaku?

  1. Salam,..
    Entri yg best. Btul la apa yg nta kte tu..em, x sbr nk tggu berita ttg punca sbnr, angkara penyelewengan siapa? Huhu..

  2. Ye.. mmg tu hakikatnya.. mane la pg mamat nazrie n raja kotak ezam nih? kata nak lawan rasuah dan penyelewengan? Ish.. dayus betul diorang nih..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers