Musafir Ke Terengganu Bahagian I..



Malam isnin yang syahdu.. Aku dan Kakak ku menaiki Kereta kedua orang tuaku menyusuri Lebuhraya (Tak tau nama) menuju ke Bandar Baru Bangi, destinasi yang dituju adalah Hentian Kajang, tempat dimana BOS2, menaiki limosin masing2 menuju ke tempat yang dituju.. Ayah yang memandu tenang tanpa banyak bicara, ibu sesekali bertanyakan tentang itu dan ini.. Uda duduk di belakang tempat pemandu senyap tanpa bicara.. Aku dan akak masing khusyuk menghayati keindahan lebuh raya.. Menyaksikan lampu2 neon beratur ditepian jalan. Kenderaan lain ada yang mendesup laju dilorong sebelah kanan, ada juga yang makin angin seperti aku, dilorong paling kiri..

Kedinginan penghawa dingin kereta membuatkan aku berasa mengantuk.. Mahu saja tidur rasanya. Aku masih berfikir dan bermonolog dengan diriku sendiri, betulkah aku mahu meneruskan perjalanan ini? Tidakkah masih terlalu awal aku bertolak ke sana yang sepatutnya bermula 3hari lagi.. Ah, lantaklah.. insyaAllah, ada hikmah disebalik semua ini.. Aku masih teringat lagi, selepas mandi dirumah tadi, aku kelewatan untuk solat berjemaah di Surau As-Syakirin bersama Ayah dan Abang.

Lalu ibu memanggilku, bertanyakan adakah aku sudah solat maghrib.. aku menjawab baru selesai berwudhuk.. lalu ibu menyuruhku untuk menjadi imam solatnya.. Dengan mengalunkan surah2 lazim.. kami selesai solat maghrib bersama. Aku mencium tangan ibuku yang lembut menghulur.. Ku tatap wajah ibu yang redup. Bermain2 difikiran, mengapa kali ini ibu menyuruhku menjadi imam solatnya? Adakah ini kali terkahir aku bersamanya? Adakah ini kali terakhir aku menciup dan menatap wajah ibu? Sayu rasa hati.. kerana bukan ini kali pertama aku kelewatan solat berjemaah disurau.. Tapi mengapa kali ini ibu menyuruhku? Siap menghamparkan sejadah buatku.. seolah2 ada sesuatu.. Namun aku berdoa dalam hati moga2 ini bukan kali yang terakhir..
0
Syahdu rasanya, sudah lama tidak solat bersama ibu, aku masih teringat kali terakhir mungkin semasa aku di sekolah rendah.. Selepas ke sekolah menengah di SMA(Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Aku tinggal di asrama, jarang sekali dapat balik rumah. Walaupun aku selalu curi2 balik, namun tidak berkesempatan untuk solat bersama. Aku selalu memilh untuk solat bersendirian atau berjemaah disurau. Memandang bilik tidurku terletak di tingkat bawah. aku lebih suka menghabiskan masa didalam bilik berbanding menonton televisyen di tingkat atas. Selepas maghrib biasanya aku menghabiskan masa membaca al-quran, berkhayal sendirian, berehat2 atau membaca buku/majalah ilmiah.



Majoriti kawasan kejirananku, dihuni oleh warga pencen, aku jarang keluar rumah bergaul bersama rakan2. Aku rasa kali terakhir aku bermain bersama kawan2ku pun semasa darjah 6 di SK Kubang Ikan, Chendering. Selepas masuk sekolah menengah aku jarang sekali bermain bersama mereka. Bertemu pun sekadar di surau semasa solat... Remaja disini memang tidak senaluri atau sekepala denganku. Aku lebih suka bergaul bersama orang2 tua dimasjid dan rakan2ku di asrama. Bukhari, Hafiz, Jihad, Shuk, dan teman2 sebilikku yang lain sentiasa dalam fikiran. Tidak lupa teman baikku Muzani, Kamal, Ulwan, Nabilli dan ramai lagi yang sentiasa memberi teguran dan nasihat.. Hari2 kami lalui penuh ceria, gelak tawa, tangis sedih dan bermacam2 lagi kami lalui bersama.


Itu dulu, setahun lepas. Malam ini, aku ke Terengganu berdua dengan Aishah (akak aku ler).. Menaiki limosin yang sudah siap menunggu kami di Hentian Kajang.. Wawawa.. Macam Bos la plak.. Setelah memberi tips kepada driver limosin tersebut, aku n akak pun pergi la duduk di kerusi yang telah disediakan khas buat kami.. Pergh.. Macam VIP la plak bunyinya.. Haha..

Aku pun duduk la sambil mengedjas kerusi dan air cond limosin tersebut.. Limosin ni 2tingkat.. Fuuyoh.. Mewah tu.. Hehe..

Kami memilh untuk duduk di kerusi single, kerana ia lebih selesa dan tak perlu risau kerana tidak perlu berkongsi tempat duduk jika ada yang bukan mahram. Aku buntu apa yang perlu aku lakukan. Aku terduduk kaku dikerusi, menyerap hawa dingin limosin tersebut. Kesunyian membuatkan aku rasa begitu selesa. Perjalan dari Hentian Kajang menuju Terminal Putra, Kuala Lumpur hanya memakan masa 45minit. Kemeriahan kota metropolitan yang di simbahai cahaya lampur yang pelbagai warna sangatindah dipandangan mata, namun pada hakikatnya ia hanya sedap dipandang mata, namun bila disentuh hanyalah objek kaku yang tak mampu berkata2 apatah lagi menentukan arah tuju hidupnya.

Perjalan yang sunyi selama 45minit membuatkan aku cukup tenang, sambil sesekali membelek handphoneku, melihat kalau ada mesej yang masuk. Lalu aku mula menekan2 kekunci telefon bimbitku. "Salam man, enta ada dimana? ana on da way ke Terengganu nih" sekeping mesej ku hantar kepada aiman.. Selang 2,3 minit. Mesej berbalas, "Wasalam, ana ada dirumah tok di losong, enta nak mari bagus la.. Boleh ana ambik esok, sampai call la.." "Ok" jawabku ringkas. "Sijil yang ana fax petang td dah sampai belum?" Tanyaku.. "Xde la sheikh" Balanya.. "La.. kan ana dah tanya masa kita cakap petang td, dah sampai ke belum, sijil2 tu semua ana xbawak. ada dekat rumah. Enta ni, kan ana dah cakap maklumkan cepat.. Ish3.." Marah bunyi mesejku.. "sori la min, ana xperasan.." aiman seolah2 minta simpati. "Tu la, kecik2 taknak belaja kat pondok, dah besar senduk" Balasku geram bercampur gembira kerana dapat mengenakan aiman. Senduk istilah yang kami gunakan di sekolah bagi sesiap yang dunggu atau lembab.. Banyak jugak mazhab2 yang menafsirkan maksud lain baginya. Bagi orang luar, mungkin pelik bunyinya.. "Sendukpun ada?" La, nak heran ape nye, mangkuk pun ada orang panggil apa.. haha.. Geli hati memikirkannya.. siapalah yang mula2 menggunakan istilah tu..



Masa berjalan pantas, Limosin kami antara yang terawal tiba di Terminal Putra.. Legang kawasan mengambil penumbang, biasanya limosin yang aku naik diletakkan dibelakang limosin2 lain yang lebih awal sampai.. kali ini awal pula. Aku tanpa berlengah terus menuju ke surau berdekatan, hanya beberapa meter dari limosin, biasa jauh dan aku lebih memilih untuk solat di kuantan. kali ini dapat jugak peluang solat isyak awal.. Alhamdulillah..


Selesai solat witir, aku bergegas ke tempat limosin berhenti. alhamdulillah masih seperti tadi. tidak berganjak.. Suasana yang aman damai tadi, jadi riuh apabila penumpang berbangsa cina berbondong2 masuk... Suasan jadi hiruk.. Aku mula rimas.. Dengan pakaian amoi yang hanya mengenakan seluar pendek membuatkan aku kurang selesa. mujurlah aku dapat tempat duduk single. Nmun masih tidak dapat lari dari kalangan mereka kerana ada yang duduk dikerusi yang sebaris denganku.. Aku terus bersabar dengan kaeranh mereka kerana masih terlalu awal untuk aku menegur mereka yang riuh bersembang tanpa menghiraukan penumpang yang lain yang mahu beristirehat.. Aku suara menjerit, gelak ketawa.. aku semakin geram.. bercampur letih bekerja seharian di Klinik Komputer.. Aku nekad lepasni kalau diorang bising lagi aku nak marah.. Namun ada dikalangan mereka yang meredakan keadaan..

itupun hanya untuk beberapa minit.. Riuh kembali menguasai suasana.. aku mula panas n geram melihat gelagat remaja berbangsa cina ini.... Aku merenung tajam pemuda disebelahku.. Di perasan aku sedang memerhatikannya..

Bersambung...

1 komen mengomen :: Musafir Ke Terengganu Bahagian I..

  1. Sambung la cepat no...

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers