Musafir Ke Terengganu bahagian II..

Aku menegur remaja lelaki cina disebelahku.. Shhh... "Bro, can u slow your voice, i'm to tired, please respect others, this is not your bus.. give us chance to rest.." Bro tesebut cakap : "Okay2, sorry aa.."

Aku pun lena dibuai mimpi, kadang2 tejaga kerana masih ada suara2 yang galak bersembang.. tentunya remaja cina tersebut.. Tiba2, ada dikalangan mereka bangun, aku rasa mungkin ketua rombongan mereka, menurut apa yang aku dengar dan faham melalui pertuturan mereka, mereka dalam perjalanan menuju ke Pulau Redang, ingin bercuti, namun ketua mereka marah kerana ada dkalangan mereka yang tidak memberikan kerjasama, bising dan mengganggu orang lain.. lama jugak la si ketua berceramah. namun ada segilintir yang mencemuh, mencarut dan sebagainya.. malas aku nak memikirkannya. akhirnya aku mengambil handfree yang beradandalam bag galas lalu hanyut dalam bacaan Ayat suci Al-Quran alunan Sheikh Saad Said Al-Ghamidi..

Tepat jam 1,20 pagi kami berhenti di R&R... Terlupa plak nama tempat tersebut, padahal sudah banyak kali aku singgah disitu. Aku memang tidak suka makan disitu tetapi memandangkan itulah satu2nya hentian yang akan kami singgah. aku turun juga. Lalu, aku Terus menuju ke Bilik air, membuang sisa air yang berlebihan..

Yang aku geram, bayaran yang dikenakan walaupun 20sen tetapi khidmat yang diberikan tidak memuaskan.. Aku tawaf gerai2 yang ada disitu, mencari sesuatu yang enak untuk men'senyapkan' perutku yang cepat sahaja kosong.. Mungkin ada cacing besar dalam perutku agaknya.. haha..

Akhirnya, aku memesan segelas Teh O Ais dan sepinggan Kuey Tiaw Goreng Minyak.. (sebab mee tu banyak sangat minyak..)

Selesai makan, aku bergegas kembali ke limosin yang setia menanti. Perjalanan diteruskan, 10minit kemudian kami telahpun melepasi sempadan negeri terengganu iaitu Kemaman. Bandar yang penuh dengan Tax(Cukai).. Akhirnya ia diberi nama Bandar Chukai. Aku kembali meneruskan rutin harianku, iaitu tidur.. Entah berapa lama aku terlelap, yang pasti bila aku buka mata, aku sudah sampai di Seberang Marang.

Jam 4.45 pagi kami tiba di Jambatan Kuala Ibai, lalu driver tersebut menurunkan kami disitu. Alhamdulillah, akhirnya kaki ini menjejak kembali bumi Terengganu. Baunya tidak ubah seperti dulu, bau air laut.. Aku gembira sekali.. Kembali ke tempat lamaku.. Disini banyak kenangan aku tinggalkan. 9tahun tinggal dibumi Terengganu bukanlah suatu jangka masa yang panjang, namun sepanjang masa itulah aku terus mengukir sejarah disini..

Aku terus menelefon Along, mungkin dia sedang nyenyak dibuai mimpi. Tapi apakan daya, takkan aku nak tidur tepi jalan sampai pagi? Aku sudah tiada siapa2 disini.. Hendak telefon kawan mustahil sekali.. Kerana rumah mereka jauh.. 15minit kemudian Along tiba dengan hyundai Getznya.. Mungkin kerana mamai langsung tak nampak kami yang berada ditepi jalan. terpaksa aku berlari mengejar.. huhu..

Sampai dirumah, sikecil masih ketiduran.. Aku terus merebahkan diri dalam bilik yang sudah disiapkan Kak Su buatku, manakala Kakak dibilik sebelah..

Namun entah mengapa, sukar sekali untuk aku melelapkan mata.. Aku mengambil wudhuk dan sujud menyembah rabbi.. Belum sempat aku tertidur, Azan subuh berkumandang. Tanpa berlengah, aku selesaikan dahulu kewajipan tersebut sebelum aku tak sedarkan diri. Yang lucunya, aku tersalah kiblat, keesokan harinya baru aku tahu yang aku sudah melencong 45darjah dari arah yang sebenar.

Sedang asyik menonton Tv, handfonku berdering.. "akim jin.. bisikku.." "assalamualaikum, ya sheikh, ada dimana?.." "ana ada disekolah" "Dah, mai le amik ana kat rumah ni" "Enta nak masuk mesyuarat sekali tak" "Ah, malas la, lepas abis mesyuarat enta datang la ambik ana.." "ok, enta tunggu, nanti ada la orang datang ambik.." "Sape?" "ada la.., ok salam" "Ok.." Talian terputus..

bersambung..

9 komen mengomen :: Musafir Ke Terengganu bahagian II..

  1. ~cam drama je asyik bersambung..kisah hidup mmg panjang kan?

  2. Haah.. betul2.. kisah hidup ni mmg tak kan habis selagi hayat dikandung badan..

  3. salam.. jgan lupe masukkan nta nok g ambek barang kat umoh along nta tapi tertinggal kunci... hahahaha'

  4. nok g main bowling tapi dah penuh..
    huhuhuhu

  5. Yup.. terima kasih atas ingatan mu wahai amir sahabatku.. huhu

  6. jgn lupa masukkan skali y ana tsesat cari umah along nta n ttinggal topi...huhu

  7. ok2.. haha.. lawak la antum nih.. ada sape2 lg nak tambah? hehe

  8. jgn jgk masukkan aper2 pon yg kita lakukan kita sume akan menemui mati..huhu

  9. *jgn lupe jgk masukkan aper2 pon yg kita lakukan kita sume akan menemui mati..huhu

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers