Sudikah kau menjadi isteri keduaku...?



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
(buat keluarga, ibu dan ayah, aku teramat sayangkan kalian, aku juga ingin memohon ampun dan maaf segala khilafku selama ini, namun jangan terkejut bila membaca postku ini. Aku tidak pernah membelakangkan kalian, teruskan membaca dengan hati yang lapang dan terbuka)

Aku kurang pasti adakah korang terkejut ataupun tidak bila aku mengemukakan tajuk diatas. Sudikah kau menjadi isteri keduaku..?


Ya, aku memang sudah beristeri. Dan kali ini aku nekad untuk tinggal bersamanya. Walaupun rumahku di Kajang. Aku sanggup berpindah ke Terengganu, walaupun aku pada mulanya hanya ingin tinggal selama dua hari. Namun kerana kecintaan dan tanggungjawabku, aku nekad untuk terus tinggal disini. Moga2 Allah permudahkan segalanya.. Moga2 ia mendapat redha Allah. Walaupun aku banyak derhaka kepada-Mu ya Allah. aku mohon ampun dan taubat kepada-Mu.

Sesungguhnya aku hamba-Mu yang miskin lagi Hina. Fakir segala-galanya yang setaraf dan yang lebih hina daripadanya..

Aku sanggup tinggalkan keluarga, kerjaya hanya keranaNya dan Dia. Ya Allah, thabatkanlah hatiku ini. Peliharalah keimananku.. Jauhkan aku daripada maksiat kpd-Mu.



Aku cuba sedaya upaya untuk menghabiskan masa untuknya semata2, sebelum aku pergi jauh ke bumi Kinanah yang penuh barakah. Aku tidak tahu sampai bila umurku, aku tidak tahu adakah aku mampu dan masih setia dengannya sekembalinya aku dari sana.. Ya Allah peliharalah rasa cintaku kepada-Mu dan kepadanya..


Wahai isteriku, aku sanggup gadaikan nyawa, harta dan segala-galanya demimu dan demi-Nya. Kau pergunakanlah aku semaksimamu agar aku mudah menjawab dihadapan Allah kelak. Aku tak mahu mensia-siakan usia mudaku ini untuk perkara yang sia-sia. Hatiku ini hanya untukmu.. namun entah sampai bila..

Wahai isteriku, adakah aku seorang suami yang terbaik untukmu? Aku percaya aku bukanlah yang terbaik mahupun yang terhebat.. Aku lebih hina dan lemah daripadamu. Detik berganti waktu, zaman terus berlalu, kau tetap utuh mempertahankan maruahmu. tiada siapa yang bisa menggoyahkanmu. namun aku begitu lemah, seringkali aku tidak dapat mempertahankan maruahku, apatah lagi untuk mempertahankan maruahmu.. seringkali aku menangisi. megapa aku selemah ini..

Wahai isteriku, didiklah aku menjadi seorang pejuang berani mati, didiklah aku menjadi mujahid sejati. Bantulah dan sedarkanlah bahawa diriku akan mati. Hanya amal yang akan kubawa pergi. maka suruhlah aku menginfakkan seluruh hartaku untuk fisabilillah.



Wahai isteriku, Andai jasadku rebah menyembah bumi, pastikanlah aku melahirkan zuriat buatmu. Yang ku mahu zuriat yang mampu meneruskan dan mengganti tempatku. kerna aku tahu Tuhanku telah berfirman Apabila aku mati terputuslah aku dengan duniawi kecuali pada 3 perkara : Ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan anak soleh yang mendoakan kedua orangtuanya.

Wahai isteriku, aku tahu aku kefakiran ilmu. Dan itulah yang aku sedang usahakan. Dengan saki baki hidupku, aku berazam untuk bermusafir ke bumi kinanah yang penuh barakah. demi sebutir mutiara berkilau yang mampu menyinari alam kuburku nanti.. aku takut tempat yang gelap, aku takut seorang diri. Andaiku pergi, redhailah pemergianku..

Nukilan ini khas buatmu isteriku.. Aku amat mencintaimu. Namun imanku yazid wayankus.. Adakalanya aku teramat mencintaimu, adakala juga aku mengabaikan dirimu. Ampunilah daku..

Teringat sewaktu dulu, sebelum aku mengenalimu. aku selalu melarikan diri daripada mendekati mu. Walaupun peluang terbuka luas, aku hampakan peluang itu. sekarang baruku menyesal zaman silamku penuh dengan noda dan sia-sia. Namun itu dulu, sekarang aku sudah mengenalimu. aku mencintaimu..


Wahai bakal isteriku, ketahuilah bahawa. kau bukanlah isteri pertamaku. Kerana aku lebih mencintai isteri pertamaku. Isteriku lebih bermakna dari seorang manusia. kerana dialah aku dimuliakan. kerna dialah kita menjadi mulia. kerana dia jugalah ummat manusia mengenal siapa pencipta kita. Andai suatu hari kau bertanyakan kepadaku siapakah yang aku lebih sayangi? aku akan menjawab Sesungguhnya aku lebih mencintai dia "Islam". Perjuangan menegakkan kalimah Allah.. perjuangan mengakkan syiar islam.

Namun perlu kau ketahui, kita diciptakan berpasangan, ada jodoh yang telah ditentukan. Mungkin aku terlalu muda ketika ini, namun perjalan seribu batu bermula dengan satu langkah. dan telah aku mulakan langkah kearah itu.. walaupun belum ku pasti bila akan tiba ke destinasi. aku yakin ia pasti menjadi realiti, InsyaAllah.

Isteri solehah, Perlu kau tahu.. Kaulah pendamping dikala aku disisihkan. Kaulah penolongku ketika aku lemah, Kaulah penawar dan penyejuk hatiku tika amarah. Aku tidak mendambakan isteri sehebat Khadijah keranaku tahu, aku tidak sehebat dan semulia nabi untuk memilikimu. Namun bagi orang yang beriman, pastilah mereka memilih untuk beristerikan seorang wanita yang solehah. Kerana ia sunnah dan sesungguhnya seindah hiasan didunia ini adalah wanita solehah. Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang soleh lagi bertaqwa. kerna ku tahu, Isteri yang solehah untuk suami yang soleh.. amin ya rabbal a'lamin. Wahai isteri, adakah engkau sudi menerima diriku yang hina ini andai kata kita dipertemukan suatu hari nanti? Hanya Allah yang maha mengetahui..

Kepada para pembaca artikel ini, mintak berikan komen yang membina. Moga sama2 mendapat manfaatnya. Jazakallahu khairan jaza'.

3 komen mengomen :: Sudikah kau menjadi isteri keduaku...?

  1. SELAMAT BERJUANG SAHABATKU...Setialah pada isteri pertama..cintailah dengan sepenuh hati isteri kedua..kerana dialah pembantumu untuk terus thabat 'setia' kepada isteri pertama..

  2. "Ya Allah, kurniakan aku seorang suami yg bisa aku jadi sayap kirinya agar dia akan terus berjuang untuk agamaMU"

    Assalamualaikum..

    Syukran atas komen nta dalam blog ana. Isteri kedua susah nak dicari tapi utk setia pada isteri pertama pun sgt mencabar...agar dapat satu kerjasama di antara kedua2nya, perlulah cari isteri kedua yang memahami...

    Ana ada postkan satu cerita ttg isteri kedua dalam blog ana, ..banyak cabaran tuh...(",)...sebb terkadang bakal isteri kedua tu tak dapat terima...

  3. salam ziarah..air mata aku mengalir tika baca penulisan kamu..Aku manusia biasa, aku sedang berdoa semoga aku menjadi seorang yang solehah..boleh kah aku mendapatkan suami yang baik sedangkan aku bukan la seorang yang baik ketika dulu..doakan aku, supaya aku kekal kuat dlm keadaan begini..aku sedang berjuang untuk berubah, aku sedang meninggalkan masa silamku..doakan aku untuk terus teguh..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers