aku tahu aku siapa..



Assalamualaikum...

Huu.. Setelah lama aku tinggalkan rumah, perkiraan aku kira-kira sebulan setengah, hampir2 dua bulan la kiranya. Hidup berseorangan memang payah, namun itulah hakikat yang telah aku tempuhi bagi mengislah diriku ini. Aku sanggup tidur di pejabat selama hampir 2bulan. Alhamdulillah, aku pasrah dan redha. Jiwaku lebih tenteram disana. Aku lebih seronok dengan program2 tarbiyah, usrah dan menadah kitab dengan ust-ust di surau2 dan masjid. Alhamdulillah, ibu dan ayah memahami. Dan jalan yang aku pilih ini bukanlah sesat dan menyesatkan. Tetapi ia adalah satu penjuangan bagi menegakkan syiar ISlam. Hanya orang-orang yang berada disamping yang memahami. Aku sedar siapa diriku dulu, walaupun dulu aku memegang jawatan di sekolah, namun itu hanya penghinaan buatku. Kerana Allah telah berfirman "Kamu semua adalah pemimpin, dan kamu akan dipertanggungjawabkan ke atas kepimpianan kamu" Dan aku mengaku aku tidak menjalankan tanggungjawabku dengan amanah dan ikhlas. Banyak perkara yang tidak aku lakukan dan yang tidak sepatutnya aku lakukan.



Buat sahabat-sahabatku atau orang yang mengenaliku sewaktu zaman persekolahan dulu, sememangnya aku seorang yang teruk, korang lebih mengetahui kerana sahabat/orang sekeliling lebih mengetahui peribadi kita berbanding kita sendiri, sehingga timbul istilah "Kawan itu cerminan peribadi" Hanya kawan yg lebih mengetahui peribadiku. Aku mengaku aku dulu mmg teruk. Namun adakah adil untuk kalian menghukum aku dewasakini?

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan merekalah yang mengubah diri mereka sendiri"



dan aku telah menyahut seruan itu. Adakah aku masih seperti dulu? "Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?"

Tentunya tidak. Begitu juga kita, adakah sejak kita lahir kita terus pandai? Tidak.. Kalian juga jahil dan tidak mengetahui apa yang baik dan buruk. Namun setelah dewasa barulah korang mengenal apa itu halal dan haram, dosa dan pahala, syurga dan neraka. Namun mungkin aku lambat sedikit berbanding kalian, mungkin aku bebal sedikit berbanding kalian. Namun aku ada hati dan perasaan. Aku juga ingin berubah menjadi seorang yang baik dan soleh. Namun adakah adil kalian menghukum aku masih seperti dulu??? Namun masih belum terlambat buatku..

Terpulanglah keatas kalian. Dan Allah lebih mengetahui apa yang kalian tidak ketahui. Sempena Ramadhan kali ini. Aku menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf diatas segala dosa dan kesalahanku sebelum ini. Terpulanglah kepada korang untuk memaafkan atau sebaliknya. Aku dah berubah dan dalam proses mengubah diriku kepada yang labih baik. Namun berilah aku masa dan waktu.

Nabi s.a.w. bersabda "Ramadhan awwaluhu rahmah, waawsotuhi maghfirah, wa akhiruhu itqun minannar" "Ramadhan awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan dia akhirnya pembebasan daripada api neraka"

Allah, pencipta sekalian alam ini, pencipta kita, pentadbir sekalian alam ini maha pengampun lagi maha penyanyang. Adakah korang ingin mengatasi kebesaran dan keagungan ALlah?? Adakah layak korang untuk menghukum seseorang disebabkan zaman silamnya?? Semua orang ada masa silam sendiri. Tiada yang maksum kecuali para nabi. Aku tahu aku hamba yang hina lagi miskin berbanding kalian yang sering ditarbiyah. Aku tahu dosaku melaut luas berbanding kalian yang seperti malaikat. Namun aku sedar siapa diriku. Aku tau aku tidak thiqah.. namun aku ada usaha untuk berubah...

Tanggal 1 Ramadhan, hari yang paling bermakna buat diriku. Sememangnya Allah itu maha pengasih lagi maha pemurah. Hanya Allah yang tahu apa maksud 1 Ramadhan kali ini buatku.

Berbalik kepada kisah perjalanan aku tadi.

Walaupun terkenangkan susah payah ibu dan ayah yang menguruskan perniagaan sendirian. Kerinduan yang tidak terhingga. Sepatutnya aku yang membantu mereka, tapi apakan daya. Ada perkara yang lebih perlu diutamakan. Akhirnya pagi ini aku menjejakkan kaki kerumah. Adoi.. rindu giler kat ibu dgn ayah. Kali terakhir jumpa haritu 1 Ogos. Tu pun 10minit jer sebab ibu dgn ayah nak balik johor dan aku pulak nak meneruskan perjalanan ke Terengganu setelah penat berdemo... HUhu.. Alhamdulillah, semua adik beradik aku ada kat umah kecuali Along yg tinggal di Terengganu.

Kali ni, mungkin sekejap sahaja aku balik, untuk 2,3 hari. Sebelum meneruskan perjalananku yang masih belum selesai. Iaitu membuat persediaan bagi mengharungi liku-liku hidup di bumi anbiya'. Entah bila pula aku akan pulang ke Malaysia.

Ya Allah, andai ini Ramadhan terakhir buatku.. Kau ampunilah dosa2ku.. Moga2 aku tergolong dari kalangan orang-orang yang beriman.

Buat orang yang mengenaliku, maafkanlah aku.. Jika aku tahu ini akibatnya, pastilah aku akan menjadi lebih baik dari itu. Namun masa sudah berlalu. Tidak mungkin dapat diputar kembali. Siapa yang mahukan keburukan dan kelemahan? Namun itulah hakikat seorang insan. Aku tahu aku lemah, aku tahu aku miskin, aku tahu aku fakir, aku tahu aku hina. Namun janganlah kalian menghinaku. Namun andai ada juga yang mahu mencela. AKu pasrah dan redha. Itulah hakikat kelemahan diriku. Aku tidak sebaik kalian.

Ikhlas dari hatiku, aku cemburu pada pemilik sebenar namaku ini. Andai ku pelajari Fiqh Sirah terlebih dahulu sejak ku lahir, mungkin natijahnya tidak sebegini. Andai aku seorang yang berilmu sedari kecil sudah tentu aku dapat membezakan yang mana haram yang mana halal..

Nabi s.a.w ditarbiyah oleh Allah s.w.t. Sejak kecil tidak pernah mengenal siapa ayah.. Setelah lahir, baru mengenal dunia, diambil pula ibunya.. Muhammad kini yatim piatu. Diserahkan pula kepada datuk baginda. Namun itu tidak lama, datuknya pula pergi menghadap ilahi.. Diserahkan pula kepada bapa saudara baginda. Juga tidak lama... Itulah tarbiyah daripada Allah. Untuk menghindar Muhammad daripada segala unsur-unsur pemikiran jahiliah.

Pernah suatu ketika, nabi pernah bersama kawan-kawan yang mengembala kambing untuk ke suatu pesta. Namun Allah lebih menyayangi baginda. Ditidurkan Muhammad agar Muhammad s.a.w tidak lalai dengan keasyikkan duniawi itu. Nabi tidak pernah minum arak, nabi tidak pernah menyembah berhala, Nabi tidak pernah melakukan maksiat. Untuk apa??

Sudah tentulah Allah mahu melatih baginda untuk menjadi seorang pemimpin yang berintegriti, berwibawa dan tidak akan dipertikaikan pada masa akan datang. Natijahnya, mmg tiada satupun isu untuk mengaitkan baginda dengan sebarang keburukan. Nabi tiada trackrecord yang buruk, malah berkepiribadian mulia, amanah, cerdik dan sebagainya.

Andai itu yang aku pelajari sedari kecil, seudah tentulah aku akan menghindarkan segala perkara-perkara maksiat. Sudah tentulah aku tidak akan melakukan semua itu.

Nabi s.a.w pernah bersabda mafhumnnya.. "Seseorang itu tidak akan mencuri ketika mana ia mencuri itu ia beriman, tidak akan berzina seseorang itu ketika mana ia berzina itu ia beriman.." Begitu juga aku.. Begitu juga aku.. Begitu juga aku.. Harap kalian memahami... aku tahu imanku lemah. Mengapa kalian tidak mahu membantu?? sedangkan aku sedang berusaha untuk ke arah itu??

Maafkan aku.. Ya Allah, aku mohon ampun dan taubat-Mu..

0 komen mengomen :: aku tahu aku siapa..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers