Sekadar Influenza Like Illness.. Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim,

Malam tadi aku pergi ke Klinik, bukan apa.. Sekadar langkah berjaga-jaga. "Mencegah itu lebih Baik daripada Mengubati" Almaklumlah sekarang ni musim selesema Babi. Maka pergi jugalah aku untuk mengechek kesihatan diri ini. Kalau ikutkan hati malas nak pegi klinik. Haha.. Selalu kalau sakit biorkan jer.. Hehe.. Bukan apa, sakit itu nikmat, bagi aku la.. Rasa tuhan masih sayangkan diri ini, mungkin sebagai kaffarah dosa2 aku yang menggunung tinggi, melaut luas..

Masa pergi chek tu daftar la kat kaunter, lepas daftar, sebab ramai orang, terus keluar pergi makan. Satu kejadian yang tak disengajakan, masa aku nak keluar tu, ada seorang budak kecik yang diriba akak dia ni duduk dekat pintu. Aku pun tak perasan dia ada kat situ, lepas keluar tu cakap2 dengan kawan, pastu paling belakang nampak ada budak kecik tersepit kaki dia. Ya Allah.. Astaghfirullahalazim.. Aku cepat2 lari pergi tengok. Huhu.. Alhamdulillah takde pape. Cuma menangis jer.. Lepas mintak maaf, gosok2 sikit kaki budak tu ayah dia kata takpe2, sikit jer. Huhu.. Takut jugak aku. Yelah, tersepit kat pintu.. Sapa la yang tak sakit..? Tapi aku memang tak perasan, nasib baik terpaling belakang. Kalau tak tengok memang wat dono jer.. Huhu.. Mintak maaf yer dik.. Abg tak sengaja..

Pasal penyakit aku tadi tu.. Apekenama ntah.. ILI? Ape tu? Korang tau ke idak ni? Ish3.. Tak patut, tak patut. Kena tau la.. Aku pun baru jer tau semalam.. Hehe..

1.Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?

Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu

  • Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)

    1. Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran
    2. Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI)
    3. Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini
    4. Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes, penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.
    5. Nak bace lebih lanjut lawatlah Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia
Aku ni, selalu jugak demam, tapi kali terakhir, dah lama jugak la, mungkin dah 2,3 bulan tak sakit( esp. demam)., Hehe. Alhamdulillah. Lepas chek semalam, dengar Doctor tu membebel.. Bla.. bla.. bla.. Aku pun keluar.. Malas nak duduk lama2 dalam tu dengar lecture. Sbb Doctor Perempuan, kalau Dr. Lelaki leh gak sembang lama2 sket. hehe.. (bukan nak kondem Dr. Muslimah, cuma tak berapa selesa duduk lama2, yela bukan tak boleh, sekadar yang patut je la, abis chek keluar la terus).. Tak gitu?

Dr. tu kata ambik antibiotik dengan ubat selsema la. PAstu Dia ada tanya gak, nak ubat demam ke tak? Mula2 aku cakap nak, tapi lepas fikir2 balik, membazir jer. Ambik ubat nanti kena cas lagi.. Huhu.. PAstu aku cakap takpelah ubat demam tu.. Lupakan je.. (hehe, biar takde duit nak bayar pun) Hahaha.. Gaji tak masuk lagi.. Semalam dah abis beli bateri kereta. Lagipun bateri tu mmg dah expired. Nak tak nak kena ganti juga..

Lepas tunggu kejap.. Nurse tu panggil.. Micheal Jackson!! Aik? mana dia tau Nama glamer aku ni? hehe.. Lepas berceramah tentang ubat yang perlu ditelan setiap hari, dia pun mintak la duit RM24.00. Aku kata, "RM24 jer?? Apsal murah sangat??"" Haha.. (Dalam hati, ngata bukan main.. kureng sungguh klinik ni, jumpa 5minit je, pastu bg ubat 2jenis, mahal nak mampos, haha)

Aku pun balik la ke Hotel Five Star aku ni.. Lepas solat isyak terus tido.. Tak larat dah. Tapi sampai sekarang tak makan2 lagi ubat yg Dr. bagi.. Hahaha.. Membazir sungguh aku nih.. Ish3.. Ape la nak jadi budak sorang nih..?

Allah telah berfirman : AYAT 41 Surah Ar-Rum (30:41) yang bermaksud: “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).”

Maka, jelaslah bahawa setiap mudharat yang berlaku diatas muka bumi ini ada disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang jahil lagi degil. Kerana Allah telah menggariskan tiap-tiap sesuatu itu ada yang baik dan buruknya kepada manusia. Kerana Dia-lah Tuhan Sekalian Alam, Yang menciptakan langit dan bumi.. Dia Maha tahu apa yang baik dan buruk kepada manusia. Wallahua'lam.

Renung2kan dan selamat beramal.

1 komen mengomen :: Sekadar Influenza Like Illness.. Alhamdulillah

  1. assalamualaikum...

    emh, ramai pulak yg demam pas pergi BTN ni ea...adek2 yg lepas pergi BTN terus ke program pun semuanya demam berjangkit2..semuanya yg pergi BTN..risau pulak..program 200 lebih org...mudah2an Allah memudahkan...dengar cerita dari seorang ustaz yg uruskan jenazah h1n1, tak leh nak uruskan macam biasa sebab tak leh nak bersentuh...kene seal terus...

    sedihnye pengurusan jenazah camni...moga2 semuanya ambil beratlah iktibar penyakit ni...

    akhi pun jgnlah amik ringan ea..ana rasa nta pun nak berangkat ke tanah arab tak lama lagi, kan...sebar2kan ttg mudharat h1n1 ini...dan banyak2lah minta pada Allah mudah2an dijauhkan...

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers