Semalam berlalu penuh dgn dosa dan noda..

Usai tadarus di Masjid Al-Azhar, Hamzah termenung seketika..

Bermuhasabah tentang hari-hari semalam yang penuh dengan noda dan dosa.

"Ya allah, adakah amalanku diterima selama ini?" Hamzah bermonolog sendirian.
"aku melakukan ketaatan kepada-Mu, namun dlm masa yg sama aku juga melakukan maksiat kepada-Mu, malah aku fikir, maksiatku lebih banyak berbanding ibadatku kepada-Mu. Astaghfirullahalzaim. Hamba jenis apa aku ini agaknya disisi-Mu Ya Allah?"


Perkarangan Masjid Al-Azhar mula lengang dari kelibat manusia. Hanya mereka yang benar-benar ingin memanfaatkan dan menghidupkan malam Ramadhan masih beri'tikaf didalam dewan solat dan sekitar masjid Al-Azhar.

Hampir setiap malam akan diadakan tadarus al-quran yang akan dipimpin oleh pensyarah2, dan malam ini dipimpin oleh Ust Umar. Hanya beberapa orang yang menyertai haloqah ini termasuklah Hamzah. Sekitar 10 orang. Namun ia sudah memadai untuk menghabis satu juz setiap malam, dengan setiap orang membaca sehelai.

Hamzah teringat kata-kata seorang Ust yang menyampaikan tazkirah usai 4 rakaat solat terawih sebentar tadi.

"Ramadhan awwaluhu rahmah, wa awsotuhu maghfirah, wa akhiruhu itqun minnar"

Ada sesetengah pendapat mengatakn ia hadith dhoif, namun bukanlah salah. kerana ia mampu menjadi pendorong untuk seseorang meningkatkan ibadahnya dibulan yang penuh barakah ini.

Dalam hadith lain Nabi s.a.w pernah bersabda "Man sooma ramadhanan imanan wahtisaban ghufirolahu ma taqaddama min zabik" yang bermaksud "Barang siapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan, akan diampunkan oleh Allah dosa-dosanya yang telah lalu"

MasyaAllah, Maha Pemurah Allah yang telah mengurniakan manusia khususnya ummat Islam bulan yang penuh barokah, penuh dengan keampunan dan rahmah.

"Sesungguhnya apabila ramadhan tiba, akan dibuka segala pintu syurga dan akan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan akan dibelenggu"

Disini menunjukkan bahawa Allah membuka seluas-luasnya pintu taubat dan keampunan, serta dibelenggu syaitan-syaitan laknatullah, kerana apa? Tidak lain, semata-mata untuk manusia beramal ibadah tanpa sebarang gangguan dan godaan syaitan. Pada waktu ini barulah kita nampak, adakah kita termasuk daripada golongan yang telah ditarbiyah oleh syaitan atau orang-orang yang sentiasa bermujahadah untuk menundukkan nafsu mereka. Sedar atau tidak memang itulah hakikat, hatta kita merasa sendiri kurang untuk melakukan maksiat pada bulan ini. Terasa perbezaan dengan 11bulan yang kita lalui, seakan-akan ada sesuatu yg mempengaruhi kita untuk melakukan maksiat.

Namun dibulan ini, lihatlah betapa ramai umat manusia yang berbondong-bondong ke masjid dan surau untuk menunaikan solat terawih. Jika kita fikirkan, mengapa hanya di bulan ramadhan mereka boleh hadir ke masjid, malah solat yg dilakukan lebih banyak daripada solat isya' yakni 4rakaat dibulan2 yg lain? Tidakkah kita pelik?

Hamzah cuba merungkai persoalan ini. "Heran aku diorang nih, time bulan pose boleh plak dtg masjid solat, tapi, time lain, haram batang hidung pun tak nampak. Padahal same je malam2 ni dgn mlm2 lain, pelik2?. Kalau macam ni tiap2 malam kan bagus. Malam lain lg ringkas, solat Isyak 4 rakaat jer. Tp tak datang plak. Ni dahla Solat Isyak 4rakaat+Terawih 8+Witir 3. Kalau campur 4+8+3, adeh.!! tak reti nak kira lah plak. kena amik kalkulator nih. Aku ni dahla keturunan tak pandai matematik. Lembap skit. tapi yg aku tahu lg banyak dari solat malam2 biasa. Hehe.. Ha.. baru dapat 15rakaat. Fuh.. banyak tuh. huhu.."


"Dahla fikir pasal orang, baik fikir pasal aku ni." Huhu.. macam dah banyak jer amalan fikir pasal orang. macam sheikh kata haritu la. Sebab apa kita perlu berkhalwat/mengasingkan diri daripada orang ramai.? Bukan sebab takut kita terkena virus2 orang, tetapi takut kerana virus kita ni terkena pada orang lain.

"Tengok orang sebelah kiri, hekeleh, kerek siot mamat sebelah ni. macam bagus jer."
"Tengok orang kanan, eee.. selekehnya. Tak khsusyuk solat aku. Pakaila cantik sikit nak solat. Kan nak mengadap Allah."
"Eh, apa orang depan nih, semayang pun nak gerak2. Takde adab langsung."
"Alah, tok imam ni, panjang la pulak baca. Alamak, assingment aku tak siap lg, exam lg"


Itulah hati kita ni. Sentiasa bersangka buruk terhadap orang, sentiasa berfikir tentang dunia dan yang seangkatan dengannya. Tidak pernah/jarang sekali nak fikirkan tentang akhirat. Aku la tu. Astagfirullahlazim.

Ulamak kalau tak silap aku ada membahagikan tingkat2 puasa.
1. Puasa orang awam (Orang yg berpuasa hanya menahan diri dari lapar dan dahaga)
2. Puasa orang Khusus (Org yg berpuasa dan menjaga anggota mereka drpd melakukan perkara2 yg ditegah oleh syarak)
3. Puasa Khususul khusus (yakni puasa para nabi dan wali2 Allah, mereka betul2 menjaga anggota dan hati mereka drpd perbuatan mungkar. dan langsung tidak terdetik untuk berfikir tentang dunia)

"Sheikh, ana tengok enta ni makin lagho la. bukan ana nak kata ana baik sangat. Tapi sebagai sahabat ana dengar macam2 pasal enta. Enta ubah la sikit perangai. Ana tak nak la sebut apa yg enta dh buat. Enta lebih tahu apa yg enta dh buat. Jadi harap berubah la ye" Nasihat Akmal kepadaku waktu persekolahan dulu.

Waktu tu, aku rasa seperti dikongkong dan sentiasa diperhatikan. Alah, diorang ni. Menyibuk je hal orang. Macam la diri tu baik sangat. Getus hatiku. Orang lain ramai lg yg lebih teruk daripada aku. pegi la nasihat. Aku tau la apa yg aku buat.

Kini baru ku sedar, semua nasihat tu tanda mereka sayang dan prihatin terhadapku. Syukran Akmal, kalau aku tahu la dulu yg segala nasihat tu kerana kau nak jaga aku. tentu aku ikut. tapi yelah, masa tu aku tak matang lagi. Sekarang baru aku sedar bahawa setiap nasihat dan teguran daripada sahabat bukan untuk menjatuhkan tetapi sebagai satu anjakan dan bimbingan untuk aku mengislah diri.

"Hamzah, jom turun solat. Orang dah azan tu. Kita solat kat surau la. Bukan jauh pun." ajak Faruq.
"Ala, aku solat kat surau bilik kita ni jer. Bukan tak sah pn kan?. Penat ar. Ko pegi la dulu. Nanti aku turun."Balasku geram.
Faruq sekadar menggeleng dan terus beredar.


Hampir setiap hari aku solat di "surau" bilik. al-maklumlah. ada geng yang seangkatan. Jadi, takdelah janggal pun. Kadang2 aku jadi imam, ada time solat nafsi2 jer. Lagi khusyuk la orang kata. Itulah alasan2 yg sering diberi bila orang ajak ke surau.

Padahal bukan tak tau, "Solatul jamaah khairun min solatil fazzi bisabah wa isyrina darajot" "Solat jemaah itu lebih afdal drpada solat sendiri dengan 27darjat" Tapi yela, bila hati telah Allah hijab, tiada siapa mampu memaksa.

Hatta nabi pun tidak dapat mengislamkan datuknya. Allah ada berfirman "Innaka la tahdi man ahbabta, walakinnaAllaha yahdi mai yasya' "Sesungguhnya kamu(Muhammad) tidak dapat memberi hidayah kepada orang yg kamu cintai, tetapi Allah lah yg memberi hidayah kpd sesiapa yg Dia kehendaki"

Begitu jugak aku yang tak suka orang yg merokok. Puas dah perli dan nasihat tak menjadi jugak. Sampai tahap aku pernah ambil kotak rokok diorang, curi la dalam 2,3 batang. Pastu buang. Hehe.. kira ada la usaha untuk menghabiskan rokok mereka daripada dihisap. Walaupun aku bukan la baik sangat. Tapi aku tak merokok. Diorang ni mmg pandai bab2 hukum.

"Eh, rokok tu kan majlis fatwa dah kata haram, memudharatkan diri. Nak hisap jugak ke?"
"Memang la ada pendapat kata haram, ada pendapat lain kata makruh jer."
So, diorang pakai yg makruh tu la. huhu.. Itulah manusia. Selagi ada dalil, selagi itulah nak pertahankan apa yg mereka nak lakukan walaupun jelas benda tu tak elok.


Macam tu jugak lah aku ni. Time kena kat orang best sangat kata itu haram itu halal.
Tapi bila time kita, eh ini boleh. Bukan haram pun. Takpe.. dan sebagainya..

Ya Allah, jahilnya aku. seolah2 mempermainkan hukum Allah. Astagfirullahalazim.

Pastu, dah insaf sikit baru la pegi surau. Ajak la geng2 pg surau. Eh, jom ar pg surau. Kan lebih baik solat jemaah kat surau.

"Alah, malas ar aku nak pg. Nanti mesti kena tazkirah. Pedih telinga ni dengar." Luah sorang geng aku ni kepanasan.

"Ala, kita g solat je. PAstu blah ar.." Cuba memujuk.

"Dah2, ko pg dulu. Karang masbuk plak. Aku follow la nanti"

Pandai plak dia bab masbuk2 nih. Tp surau tak pg. huhu..

Tp mmg itulah hakikat sesetengah drpd kita ni. Nak berdakwah, tapi nak terus menghukum. Kurang berhikmah hinggakan mad'u lari dari kita.

NAbi pun nak sebarkan Islam, ambik masa 3tahun berdakwah secara rahsia. Dah mantap aqidah para sahabat. Barulah dakwah secara terang-terangan. Kita ni tak, nak sekali cakap terus berubah. Mana boleh macamtu. Huhu..

"Assalamualaikum zah."

Terkejut Hamzah dari lamunan. Rupanya Hafiz, budak pengajian Islam datang menjengah. Menengok aku termenung daripada td.

"Apehal ko ni, termenung daripada td aku tengok. Ko ingat sape ni? Awek ek? hehe.." Hafiz mengacah.

"Eh, mana de. Tak main dah awek2 ni. Aku sekarang dah insaf beb. Tak main la awek2. Nak kawin terus. Hehe.." Balasku spontan.

"Fuh, hebat. Dah ada calon ke? hehe.. Dah, ko fikir apekebendanya? Nak kata dah ada anak. Anak kucing jer ko ada. Nak kata dah kahwin, masih single available lagi. huhu"


"Aku teringat masa aku sekolah dulu la. huhu.. Macam2 aku buat. Lompat pagar, ponteng kelas, solat kat bilik, langgar disiplin, ponteng usrah, main awek. Macam2 la.. teruknya la aku dulu. Rasa kalau masa tu boleh reverse balik, nak aja aku reverse. Tak nak buat benda sia-sia nih. Sedih rasa. Penah sorang bdk perempuan@ ustazah kelas kita la, tegur aku. Eh, enta ni kan. Nama jer baik. Tapi perangai macam *(^&$. Huhu.. Takde thiqah langsung. Pelajar agama apa macam ni."

Bisa teguran yg diberikan. Seperti terkena tembakan meriam ke dada. Nak aje aku tengking. Tp, sabar je la. Walaupun mmg aku terasa hati dengan dia. Aku mengaku memang aku buat semua tu. Tapi tu la, mana ada orang nak jadi jahat dalam hidup ni kan? Semua orang dan semua agama ajar penganut masing2 untuk jadi baik. Tapi masa tu aku jahil lagi. Mana la tau yg semua ni akan jadi satu liabiliti kat aku. Sekarang baru aku sedar.


Tak lama lagi, nak kawen. Kalaulah muslimat tau perangai aku dulu. Komfirm diorang takkan terima aku jd suami diorang. Huhu.. " Luahan hati Hamzah membuatkan Hafiz sedikit terharu.

"Takpelah, redha je. yang lepas tu lepas lah. Nak buat macamana. Kalau kita sesal pun tak guna. Bukan boleh patah balik. Yang penting kita sekarang ni. Gunakan masa depan kita untuk menjadi yg lebih baik.

Ingat tak kisah seorang pemuda ni yg telah bunuh 99 orang. Bila jumpa pendeta/rahib tanya adakah dosa dia akan diampunkan. Pastu rahib ni cakap tak. lalu dia pun bunuh rahib ni. Genaplah 100 orang. Tapi bila jumpa seorang ulama'. Ulama' kata "sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penerima Taubat" dengan syarat kau mestilah berhijrah dari tempat asalmu.


Dalam perjalanan dia mati. Lalu malaikat rahmah dan malaikat maut/izrail dtg untuk tuntut pemuda tersebut. Malaikat rahmat kata dia milik aku kerana dia telah bertaubat. Malaikat maut kata dia milik aku sbb dia dh lakukan banyak maksiat dan kejahatan. Lalu dtg seorang malaikat mencadangkan agar diukur jarak antara tempat asal lelaki ni dengan tempat dia nak berhijrah. Maka tempat yg dituju untuk berhijrah lebih hampir walaupun sejengkal. Maka dia dimasukkan kedalam syurga Allah.

Kau tengok luasnya rahmah dan pengampunan Allah.

Sayyidina Umar pun sebelum Islam dia pernah bunuh anak perempuan dia. Tapi lepas Islam antara sahabat yg telah dijamin syurga oleh Nabi s.a.w. Kalau ko nak kawin tak dengan umar? Mestilah nak kawin kan. Jangan hanay kesalahan silam, kita nak hukumkan dia macamtu selama-lamanya." Panjang lebar Hafiz cuba menenangkan Hamzah.


"Ye, tu aku tau, tapi masalahnya orang dah cop aku ni macam2. Bukan senang diorang nak terima aku." sayu Hamzah bersuara. Hampir2 mengeluarkan air mata.

"Mana lebih penting, pandangan Allah ke pandangan manusia??" Balas Hafiz.

"Tentulah pandangan Allah, tapi orang2 ni nak buat macamana? AKu tau la aku tak sebaik ko, sebaik kawan2 kita yg dah layak digelar ust tu. Ramai akhowat minat kat diorang. Aku ni sape la nak terima?" Luah Hamzah.

"Dah, bab tu tak payah fikir. InsyaAllah. Ada la tu kalau dah jodoh. Hehe.. Biarkan jelah diorang nak cop kau cap ayam ke, kambing ke. Yang penting ko dah berubah sekarang. Itu yg lebih baik. Mulut manusia ni mmg macamtu. itu tak kena, ini tak kena. Kalau nak ikut je cakap orang maan boleh. Yang penting kita sedar kesilapan kita, dan kita berusaha untuk perbaiki diri. Isteri yg baik kan untuk suami yg baik. Ko dah insaf ni, insyaAllah dapat isteri solehah nanti. hehe.." Gurau Hafiz.


"yela3..kau menang" hamzah kembali ceria.

"Okeyh, jom aku belanja ko makan kuey tiaw kungfu, nak?"

"Kuey tiaw kungfu? Ape tu..? pelik2 la ko ni. Eee.. kungfu? Kan apek cina tu. Kuey tiaw silat takde ke? Bakso ke.. Pizza hut ke. Ada gak kelas skit. haha"

"Eh, ni sape nak belanja sape nih? Aku ke ko? Banyak songeh plak budak ni!" Hafiz geram.

"Yela2, ko yg blanja. Aku ikut je. Hehe..Tenkiu2"

Dalam hati Hamzah, benar juga apa yg Hafiz kata. Manusia ni mmg sukar diduga. Namun ramai yg menghukum berdasarkan sejarah silam seseorang. "Ya Allah, aku ini hamba-Mu, Engkau lebih mengetahui siapa aku. Maka golongkanlah aku dikalangan orang-orang yg beriman. Allahumma ikhtim alaina bihusnil khatimah, walatakhtim alaina, bi suu'il khatimah" Sebab tu kita berdoa agar Allah matikan kita dalam keadaan yg baik bukan permulaan yg baik. Kalau Allah ukur kita berdasarkan sejarah silam kita, berapa ramai orang yang rugi dan akan dihumban ke dalam azab api neraka. Nauzubillahiminzalik.

4 komen mengomen :: Semalam berlalu penuh dgn dosa dan noda..

  1. Salam..

    Wah, makin hebat nampaknya akhi menulis..ish, ni yang ana pulak nak tunggu novel hasil tulisan aminmenulis nih..hi3..

    emh, kisah ttg seorang yang bunuh 99 org ni pernah jadi ayat memujuk ana pada suatu hari oleh seorang sahabat ana..

    bila akhi lihat dari kesinambungan cerita itu, manusia akan berubah melalui dua keadaan, sekeliling dan keinginan hati yang benar2 kuat nak bertaubat..

    ustaz yang mengatakan tak boleh bertaubat atau bertaubat itu adalah faktor sekeliling manakala keinginan lelaki itu utk berubah adalah keinginan dari hatinya...

    kenapa kita kene berubah tempat sebab tak nak terpengaruh dengan faktor sekelilinglah...jadi..hati2 dalam melihat persahabatan...sahabat yang baik adalah faktor sekeliling yang baik...itulah yang susah kita nak cari...

    sebenarnya, dalam setiap kisah2 semasa zaman dahulu ini ada kesinambungan dgn kehidupan kita..kalau kita bijak berfikir, kita akan jumpe mutiara kehidupan itu...

    insya Allah...(",)

  2. fuhh, bab rokok tu mmg la mereka nk berdalil 'makruh'.

    nikotin da naik kepala. mana tdknya? lgpun, kalau penagih dadah pun boleh lg kata dadah tu makruh. ni soal addiction nih.. =)

  3. min, ana nak perasan jap boleh tak? hehe..

    Syukron krn jd shbt ana selama ni..ntalah shbt tbaik yg prnh ana ada..mekasih ats segala teguran pd ana selama ni ye..

    bila nk jenguk ana di cni?ana da lame tunggu ni..huhu

  4. To Ukhti Thirah... Astaghfirullahalazim..
    Tulisan ana tu copy pastel jer. huhu.. Xpandai nak tulis. Huhu..

    Tp mmg betul la, al-Quran tu kalau nak ikut buku lama, kalau kat muzium org panggil artifak. Tp benarnya janji allah yg akan memelihara al-quran(kalamnya) sampai sekarang masih kita gunakan walaupun telah diturunkan 1430 tahun, mungki lebih.

    Dan benarnya Islam itu sesuai digunakan/diamal/dipraktik/diaplikasi dalam kehidupan manusia. Menunjukkan benarnya kesyumulan Islam sebagai addin.

    "Sesungguhnya agama yg diredhai Allah adalah Islam" Ingat. Berhenti dekat islam. Takde islam hadari belakang dia.. Huhu.

    Tapi ada juga manusia nak amal separuh dan bunag separuh. Solat, tp xnak tutup aurat. Nak puasa tapi xnak bayar zakat. dan sebagainya.

    To Chan:
    Haha.. mmg betoi.. Kalau dah addict tu, kompem jawapan dia pun baik punya cilok...

    To Nasih :
    Nak perasan sekejap? Huhu..
    selama-lamanya pun takpe.
    Enta mmg sahabat ana insyaAllah dunia akhirat.
    Harini pose ke tak ni? Hehehe..
    ana pun ucap jazakallahu khairan jazak dkt enta kerana sudi mencurahkan segala ilmu dan nasihat kpd ana.

    Bila plak ek, kita nak wat kuar majalah? Poster? Rindu rasanya.
    Nasih,
    Bila nak bukak kedai design ni?
    Tak pun kita rompak jer kedai Attibyan. hehe.. Pastu kita culik fakhrul. Suh dia wariskan kedai tu kat kita. hehehe..
    Amacam? Setuju?
    Tapi bulan pose ni tak baik, line tak clear.
    lepas raya kita wat ek.. hehe..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers