TGNA mengaku tersilap guna perkataan...


MACHANG – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menjelaskan beliau bukan bermaksud untuk tidak membantah tindakan sebilangan pemimpin DAP yang menghina Islam seperti mana yang disiarkan di akhbar semalam.

Sebaliknya beliau berkata, beliau telah tersilap menggunakan perkataan ‘tidak salah’ dan perkataan yang sepatutnya dinyatakan ialah ‘tidak pelik’.

“Memang saya kata tidak salah pemimpin DAP menghina Islam. Tetapi maksud saya ialah tindakan pemimpin DAP itu tidak pelik kerana mereka bukan beragama Islam.

“Perkataan tidak salah yang saya sebut itu sebenarnya bermaksud tidak pelik perkara itu berlaku kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang Islam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Jambatan Konkrit Kampung Kelaweh ke Kuala Sat, di sini semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, perkara tersebut juga bertitik tolak daripada sikap umat Islam yang tidak menyebarkan Islam atau berdakwah kepada kaum lain melainkan kaum Melayu sahaja.

“Macam mana mereka nak reti (tahu) mengenai Islam kalau semua orang Islam hanya berdakwah kepada Orang Melayu sahaja dan tidak kepada kaum-kaum lain di Malaysia ini.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita (orang Islam) untuk berdakwah kepada semua tanpa mengira siapa mereka. Kita perlu rajin berhujah atau bersoal jawab dengan mereka mengenai agama seterusnya menarik minat mereka mendalami Islam,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas persiapan menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas bertekad akan lancarkan kempen besar-besar bagi mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Permatang Pasir walaupun pada bulan Ramadan.

Beliau berkata, Ramadan tidak akan menjejaskan perjuangan Pas malah akan lebih kuat berusaha demi mengembangkan syiar Islam.

Katanya, Bulan Ramadan adalah satu kelebihan dan tidak akan menimbulkan masalah kepada Pas.

“Apa salahnya bulan Ramadan, Perang Badar pun pada bulan Puasa dan Rasulullah telah membuktikannya. Kenapa kita nak takut. Inilah peluang yang patut kita rebut bagi mendapatkan lebih pahala sempena bulan Ramadan .

“Sebab itu Allah menggalakkan kita berpuasa walaupun bukan pada Bulan Ramadhan iaitu setiap dua hari seminggu , Isnin dan Khamis untuk melatih kita sentiasa bersedia dalam apa keadaan sahaja terutamanya dalam memperjuangkan Islam,” katanya.

sumber sinarharian

seperti bidalan..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata badan binasa...begitu juga dengan kenyataan TGNA yang lepas bila tersalah guna perkataan.. nak katakan 'tak pelik' guna 'tak salah'...apa lagi memang salah le jadinya..kenyataan yang menjadi kontrovesi kepada umat Islam...

tapi yang ummi nak highlightkan adalah pengakuan TGNA tersilap tu yang kita puji..dah tersilap ngaku tersilap..ye lah TGNA juga manusia biasa apa nak heran kalau tersilap pun..yang herannya bila dah silap tapi tak nak ngaku silap..egonya tinggi melangit sangat..

teringat dulu arwah atok ummi pesan..." kalau nak bercakap pikir dulu..apakah yang mendengar tu paham ke tak cakap kita..sakit hati ke tak bila kita bercakap..jangan ikut sedap kita je ...nanti orang marah..." ini adalah pesanan arwah atok ummi yang sampai sekarang ummi ingat dan ikut..tapi kadang 'TER'lepas gak... peringatan ini untuk ummi dan semua..

Sumber : UmmiAnni

1 komen mengomen :: TGNA mengaku tersilap guna perkataan...

  1. “Macam mana mereka nak reti (tahu) mengenai Islam kalau semua orang Islam hanya berdakwah kepada Orang Melayu sahaja dan tidak kepada kaum-kaum lain di Malaysia ini." - Nik Aziz



    benar sungguh kata beliau.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers