Ujian di awal ramadhan..

Saiful sedang bermesyuarat...

"Assalamualaikum, ni no Saiful ke?"

Tiba-tiba sekeping mesej singgah di telefon bimbitku. Aku berasa tergganggu kerana sedang bermesyuarat.

"No sape pulak ni??" aku kehairanan. Sudah lama aku tidak menerima mesej daripada org yang tidak di kenali.

aku biarkan seketika kerana perlu menumpukan mesyuarat yang sedang berlansung. memandang aku seorang setiausaha. Perhatian yang lebih perlu di berikan untuk mencatat setiap perkara yang dibincangkan. Sudah menjadi rutin, setiap kali selepas solat jumaat. Jam 3 petang. Akan diadakn mesyuarat persatuanku.

Aku keluar seketika untuk mengambil kertas laporan yang tertinggal dekat meja komputer. Sempat juga aku membalas mesej yang tidak diketahui asal usulnya.

"Waalaikumsalam, ye no ana la ni. Kenapa? Sape ni?"

Dihantar mesej tersebut kepada empunya nombor. Lantas mempercepatkan langkah menuju ke bilik mesyuarat semula.

Handsetku bergetar lagi, sekeping mesej masuk.

Sempat juga aku curi-curi melihat mesej yang baru memenuhi inboxku.

"Takde apa-apa. Ana nak tanya kabo je. Result mcm mana? Ok? Study kat mana sekarang?"

Aku semakin hairan.. Sedikit bengang kerana jawapan yang aku mahu tidak berjawab. "Siapa punya no la ni ek..?"" Ish3..

Lantaklah.. Taknak bagitau sudah. Aku pun malas nak layan. Getus hati kecilku kegeraman.

Handsetku bergetar lagi. Membuatkan aku geram. Namun kemarahan itu reda apabila mesej yang diterima bukanlah daripada individu yang sama. Daripada seorang Sheikh yang tinggal di Mesir. sekadar ingin mengucapkan salam Ramadhan dan memberitahu keberaddanya di Malaysia pada 24 Ogos ini di Putrajaya dan akan kembali ke kairo pada 26 Ogos dan berada di Malaysia sekarang demi untuk melaksanakan misi dakwahnya menyebarkan agama Allah. Beliau memang seorang yang giat mengajarkan ilmu diserata dunia. Semalam sempat aku berchatting dengannya.

Syeikh : salam
Saifullah : wasalam sheikh
Syeikh : ahlan
Saifullah : sheikh nak balik bila?
Syeikh : balik ke mana?
Syeikh : ana skrg nak ke jakarta
Saifullah : ooo..
Saifullah : sekarang sheikh dimana?
Syeikh : di singapor
Saifullah : oo..
Saifullah : bila kembali semula ke malaysia?
Syeikh : 24 hb ogos ni ana ada di mlysia
Syeikh : tapi hanya 26 sahaja sebab nak terus ke kairo
Saifullah : oo..
Saifullah : insyaAllah sempat ana belikan utk sheikh keropok nnt
Syeikh : jangan susah2
Saifullah : tak susah sheikh
Syeikh : sukron jika ketemu itu dah bagus, jangn bawa apa2pun
Saifullah : ana kan sekarang ada di terengganu
Saifullah : insyaAllah akan balik ke rumah di bangi hujung minggu ini
Saifullah : jadi boleh bawa utk sheikh sedikit
Syeikh : kher,(Khair) jangan susah2 bawa apa2 yah
Saifullah : baik sheikh
Saifullah : sheikh
Saifullah : bagaimana hukum doa H1N1 yang bertawasul dgn saidina ali dan fatimah?
Syeikh : tawasul kepada siapapun boleh
Saifullah : jadi dibolehkanlah?
Saifullah : sbb ada orang kata ia syirik
Saifullah : dgn alasan bertawasul hanya dgn nabi sahaja
Syeikh : gpp (ngak papa = Tak apa)
Syeikh : kalu memang syirik, ya dg nabi pun syirik lah
Saifullah : oo..

Perbincangan terputus kerana waktu maghrib sudah memasuki waktu.

Mesej terus bertalu masuk tanpa meminta izin. Ku buka sekali lagi peti inbox ku..

"Maaflah kalau sms ana mengganggu"

Sayu bunyinya, namun tidak aku pedulikan. Fokusku kepada mesyuarat dan aku memang tidak suka bermesej dgn insan yang tidak ku kenali.

Mesyuarat terus berjalan seperti yang direncanakan.

"Booomm!!.. " Terkejut semua yang hadir. bunyi bedil tanda esok sudah memasuki 1 Ramadhan 1430 Hijrah. "GedeBooomm!!" Sekali lagi bunyi kedengaran. "Hah.. dah Raya dah!!" Bunyi suara2 nakal dalam bilik mesyuarat. Bunyi itu berlangsung selama beberapa saat. Mungkin sebagai isyarat esok puasa dan mungkin juga percubaan untuk memastikan hari-hari yang mendatang tiada masalah.


tepat jam 5.55 minit mesyuarat selesai. Alhamdulillah. Majlis di tangguh dengan tasbih kaffarah dan surah al-asr. Kami berhenti dan solat asar berjamaah di surau.

Selesai solat aku di makluman oleh Mohd yang kami perlu ke Maras untuk menjadi imam solat terawih disana. "Hah? Apsal pulak kta yang kena? Bukan ahmad ke?" Balasku spontan.

"Dia tak tau jalan nak pergi ke sana" Balas mohd.

"Alah, bukan susah pun. Alasan jer tu" Ujarku sedikit geram.

"Takpelah, kita bersiap-siap dulu. Lepasni kita pergi makan. Lepastu terus ke sana" tenang mohd menjawab.

"Ok, takpe. Enta jadi imam kan? Hehe" sengaja aku menguji.

"Ala, imam senang jer. Takpe, ana imam enta bagi tazkirah yer?" Balas mohd mengenakan aku.

"Eh, apsal pulak? Biasanya orang yang jadi imam la kena bagi tazkirah"

"Eh, takde masalah la kalau orang lain bagi tazkirah, bukan haram pun"

"Yela2.. tapi enta study dah buku tazkirah ramadhan. Jadi kira lagi baik enta la yg bagi, hehe"

kami terus mempersiapkan diri masing2.

Jam 6.30 kami bertolak ke surau yang dimaksudkan. Jauh juga perjalanan.

Dalam perjalanan tu. Mesej tadi kembali menghantuiku.

"Maaf kalau ana ganggu anta. Ana sebenarnya junior anta. Maaf banyak-banyak sebab selama ni ana ada simpan perasaan sayang terhadap anta." Berderau darahku. namun aku terus membaca sisa-sisa mesej tersebut. Rupa-rupanya seorang akhowat.

"Ana dah puas halang rasa hati tapi lumrah manusia yang tak dapat halang rasa sayang. Doakan ana supaya ana dapat lupakan perasaan ini. Capailah cita-cita anta di bumi anbiya' sana. Assalamualaikum" Noktah.

Lantas aku beri kepada Mohd untuk turut sama berkongsi mesej yang aku terima. Sudah menjadi lumrah. Aku akan memaklumkan kepada sahabat2 tentang perkara-perkara sebegini. Kerana aku bimbang akan timbul fitnah jika aku berseorangan menghadapi situasi ini.

"Jangan layan sangat mesej-mesej macam ni, mungkin dia, mungkin sahabat2 kita sekadar nak menguji menguji enta" kata mohd selamba.

"Ana mmg tak layan pun mesej2 macam ni. Ntah tiba2 dia hantar kat ana mesej tu. Geram jugak rasa. Sape la yang hantar ek?" aku kelu seketika. Namun prinsipku teguh. Aku takkan layan mesej2 sebegini. Pengalaman mematangkan aku. Aku sedar aku kini siapa. Aku sedar, mesej2 sebegitulah yang akan menghancurkanku kelak. Kalau benar dia ikhlas. Mengapa tidak diguna saluran yang betul. Aku biarkan sahaja mesej tu tidak berbalas.

AKhirnya kami tiba di sebuah masjid, untuk menunaikan solat maghrib. Walaupun perut sudah menari-nari meminta makanan.

Usai solat, kami mencari restoran mana yang akan menjadi sasaran. Lalu kami sepakat untuk makan roti naan di restoran Barbush. Baru minggu lepas kami makan disitu. Juga kerana perlu memberi kuliah maghrib di surau kg. maras.

Kami tidak lalu makan, kerana masing2 gugup dan berdebar untuk menjadi imam pada malam pertama ramadhan kali ni. Roti naan yang sememangnya sedap, lembut menjadi kurang enak. Kelakar juga rasanya. Padahal bukan ini kali pertama kami menjadi imam. Entah kenapa kali ini pula kami menjadi gementar.

Waktu isya' semakin hampir. akhirnya roti yang kami tempah itu tidak habis kami makan. BUkan kerana kufur nikmat. Tekak kami tidak dapat menerima. Walaupun hakikat perut masih lapar.

Sampai di surau, jemaah sudah menanti. Penuh ruang solat. Kami jadi kaget. Namun memberanikan diri juga. satu yang pelik mengapa ramai jeaah berkumpul diluar. Akhirnya barulah kami sedar, kami yang terlewat dan mereka sedang menantikan kehadiran kami.

Cikgu Man, seorang ajk masjid yang bertanggungjawab membawa kami ke mari kelihatan lega melihat aku tiba. Lantas aku terus meluru ke tempat imam. Namun baru hendak melangkah ke sejadah imam. Seorang ust sudah naik ke tempat imam. Mungkin kerana kami terlalu lewat. 10minit.

Usai solat isya'. Aku meluru mendapatkan Mohd. "Mad, ana tak bersedialah. Walaupun ana ingat. Enta naiklah ye. InsyaAllah ana sebagai munabbih"

Solat terawih pun berlangsung diimami Mohd. dengan suara yang merdu dan penuh dengan lagu-lagu burdah. Kami hanyut dalam solat. Walaupun ada ketika berlaku kesalahan dalam bacaan mohd. Aku sekadar mendengar, kerana hukumnya sah jika surah2 yang dibaca salah. Takut juga sekiranya aku menegur boleh mengganggu imam. Sebab mad ada nyatakan bahawa dia tak ingat sangat.

Alhamdulillah. Berjaya juga solat terawih disempurnakan. Sempat juga tazkirah diberikan berkaitan fadhilat bulan ramadhan.

Dalam perjalanan pulang kami memutuskan untuk terus pulang. Walaupun diajak Cikgu Man untuk makan dikedai.

Handphoneku kembali dihujani mesej individu yang tak dikenali tadi. Aku geram. Namun bersabar dengan sikap kurang matang sebegini.

"Salam, anta marah ana ke? Maaflah, tapi ana nak beberapa nasihat or pesanan daripada anta untuk ana ubah diri ana."

Pening juga aku memikirkannya. Aku hilang kata-kata. Walaupun perkara sebegini kerap kali menghantui mudi mudi zaman sekarang, dan tidak kurang nasihat yang aku berikan.Entah kenapa, bila terkena padaku, aku tiada jawapan untuk menoktahkannya? Kubiarkan sahaja mesej tersebut. Biarkanlah, orang begini kalau dilayan makin menjadi-jadi.

Mesej yang sama dihantar sekali lagi. Aku buat dono jer.

Malam itu aku nekad untuk menamatkan riwayat mesej tersebut. Lantas aku membalas

"Sedarlah, kita ada tanggungjawab yang lebih besar. Dan ada nasihat yang lebih baik dan agung daripada ana. Iaitu nasihat daripada allah dan rasul. Perbanyakkanlah membaca Al-quran. Lebih2 lagi dalam bulan ramadhan ni. INsyaAllah perasaan itu akan hilang. Ana bukan yang terbaik. Lupakanlah. Tumpukan pada pelajaran. Ana sarankan bacalah buku "Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul" karya Fatimah Syarha. Sesungguhnya cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah, RAsulullah, Ibu Ayah dan Suami. Janganlah mengejar cinta murahan manusia ini. Hanya merugikan. Ingatlah nikmat Allah yang telah mengurniakan kita dengan pelbagai nikmat yang tidak terhingga. Dan nikmat yang sedang kita nikmati, iaitu bulan ramadahan. Ingatlah, itulah bukti cinta dan kasih sayang Allah kepada kita. Mengapa kita melupakan cinta-Nya?. Sedarlah!!"

Namun, apa yang kuharapkan tidak menjadi. Mesejku berbalas.

"Tq, ana harap anta akan terus bagi nasihat pada ana yang selalu lalai dan alpa. ana tak silap pilih orang untuk beri ana nasihat. Terima kasih banyak-banyak. Ana hargai nasihat anta"

Aku semakin geram. Rupanya masih tidak sedar dan tidak faham maksud mesejku.

"Tolonglah, hentikan hantar mesej kat ana. Ana bukan yang terbaik. Ingatlah Allah. Enti sedar tak ni?? Cukuplah setakat ni. Ana sudah berpunya... Sesungguhnya kita telah melakukan maksiat kepada Allah. Noktah"

Lega hatiku. Ya allah, jauhkanlah aku dari fitnah wanita dan fitnah dunia.

Selang beberapa minit inboxku dikejutkan lagi

"Ok, hanya 1 yang ana pohon dari anta. Doakan kejayaan ana di dunia dan akhirat. Maaf atas segalanya. Moga bahagia di bulan mulia ini. Assalamualaikum"

Alhamdulillah, lega rasanya. Akhirnya aku terlepas dari fitnah ini. Terima kasih ya Allah.

Kau peliharakanlah aku dari fitnah ini. amin ya Rabbal alamain. Akhirnya aku lena dalam alunan zikir. Saifullah tertidur Hingga terlupa untuk membeli makan sahur hari pertama ramadhan kali ini bersama MOhd. Namun itu bukanlah halangan baginya. Lebih nikmat apabila dia terhindar dari melakukan maksiat kepada Allah.

Di lubuk hati kecil Saifullah berdoa dan berazam "Sejarah lama tak mungkin ku ulang kembali. Moga2 ini yang terakhir. aku nekad, bulat untuk tinggal semua ini kerana Allah taala. Moga2 ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang telah berlalu dengan penuh sia-sia Selamat tinggal semua. Akan aku mulakan hidup baru di tempat baru. InsyaAllah, 1 Ramadhan 1430H ini menjadi saksi penghijrahanku. amin ya Rabbal alamin"

9 komen mengomen :: Ujian di awal ramadhan..

  1. Salam sahabatku..hehe
    eh amin mcm pernah kualami cerita ni..hehe
    kasar bahasa gna nme ayah ana..ke sindir ana ni..huhu

  2. This comment has been removed by a blog administrator.
  3. This comment has been removed by a blog administrator.
  4. hehe.. sori2. dah takde dah. ana dah edit. sori yerk.. kahkahkah..

  5. mabruk..mabruk..hebat tulisan akhi...segan ana dengan nta..

    emh..untuk kes begini, sebenarnya dengan membalas sekalipun "salam" sahaja itu dah membuatkan ianya berbunga-bunga bagi seorang wanita..ingat tuh...ana jamin yang wanita itu masih lagi mengharap pada lelaki itu..membalas msg itu memberi ruang kepada dia sebenarnya...seelok2nya..biarkan sahaja kerana manusia terkenal dengan sifat jemunya...bile dah sampai masanya dia jemu, dia tetap akan jemu...:)..

    kerana apa..sebab landasannya bukan kerana Allah untuk menawan lelaki ini..

    ana selalu berpesan pada anak-anak murid serta adek2 yang mengenali dan bertanya pada ana.."minat tak salah..minat untuk memotivasikan diri tu tak menjadi kesalahan kerana fatimah juga meminati Ali sebegitu lama sehinggakan tiada siapa yang tahu...tetapi sekiranya minat untuk berniat bercouple..lupakan..jangan kerana perasaan cinta itu menyebabkan kita tak dapat redha DIA"..

  6. salam semua,

    cerita ini hanyalah rekaan. sekadar ingin mengasah gaya penulisan.

    Syukran to ukhti athirah. Ana banyak belajar gaya penulisan beliau..


    ana setuju sangat dengan langkah begitu. mmg kalau kita sendiri pun akan fedup/jemu.

    penantian itu satu penyeksaan. hingga satu saat kita akan teruskan perjalanan dan tidak akan terus menunggu. andai perkara yg ditunggu itu umpama pungguk rindukan bulan.

    Namun rahmat dan kasih sayang Allah kita tidak boleh berhenti mengharap, kerana itulah adab kita sebagai seorang hamba dengan penciptanya.



    Moga sama2 mendapat manfaat. Salam ramadhan kareem..

  7. Allahu Akhbar...ana tak ajar ape2lah..nta tu yang mmg dah hebat penulisan tuh..masya Allah..cantik penulisan akhi..(",)..

    dah nak berangkat ke mesir ea..emh, same lah dengan adek2 satu program dengan ana..minggu depan semuanya akan berangkat...

    semoga keberadaan nta di bumi anbiya' akan menjadikan nta seorang lagi nabi musa di sana..

    org kate..pelajar2 yg berada di sana kata..bumi anbiyak ni mengajar orgnya di sana jadi dua orang je..sama ada jadi firaun atau nabi musa...jadi..berusahalah di sana..ingat keadaan islam di sini...semua menanti pelajar2 di sana untuk mencurahkan ilmu ke bumi tanah air ini...(",)

  8. yang baik itu datangnya daripada Allah, segala yg lemah, miskin lagi fakir ini dari diri ana sendiri.

    InsyaAllah, doakanlah yg terbaik buat ana disana.

    Wallahua'lam

  9. huh...tu la..pelik plak bile baca cite ni..mcm real ade tp mcm x real pn ade...bile masa plak ade org mengurat dia ni??dia ni mcm kura2...x nmpk pn....hehehehe...

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers