Air mata cinta..



Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillahirabbil alamin,
Selawat dan Salam, Kata-kata Cinta, Kerinduan yang tidak tertahan sesinggah mengalirkan air mata kecintaan kepada Penghulu para Nabi, Habibuna Mustafa, Sayyiduna Muhammad Sallahu alaihi wasalam..

Bersyukur kepada Allah, tuhan sekalian alam.. Malam tadi aku merupakan salah seorang insan yang bertuah yang telah diberi nikmat yang tidak terhitung iaitu satu hadiah daripada Allah dengan meletakkan aku dalam sebuah "Hadiqah, min Hadiqatul Jannah" "Taman di antara taman-taman syurga.." Bustanun min bustanin Ilmi" Kebun-kebun dari kebun-kebun ilmu" iaitu para Ulama'.

Buat sekelian kalinya mata ini menitiskan air mata cinta dan kerinduan kepada Nabi kita Muhammad Sallahualaihi wasalam..

Dalam seumur hidupku, inilah kali pertama aku bertentangan mata dengan Syeikhuna Syeikh Dr. Ali Jum'ah. Sheikhul Kabir, Mufti Mesir.

Alhamdulillah, malam tadi semua peserta Majlis Pembacaan Hadith Kuttub Sittah, telah menamatkan sebahagian Hadith daripada Kitab Sohih Bukhari, sampai kepada Kitab Al-Hajj iaitu sebanyak 1772 Hadith yang telah dibacakan Oleh Al-Muhaddith Syeikh Muhammad Ibrahim Ba'is Al-Kattani.

Bertempat Di Dewan Utama Nadi Riyadhi, seramai hampir 700 orang peserta, dan 10 orang Masyaikh.


Syeikhuna Muhammad Ibrahim Ba'is Al-Kattani ketika memberikan taujihat dan bilah-bilah ucapan yang bisa membelah mata-mata manusia hingga menitiskan air mata.


Sheikh Muhammad Ibrahim Ba'is Al-Kattani bersama Sheikhul Kabir Dr. Ali Jum'ah.



Sheikh Dr. Jamal Farouq menerima Cenderahati drpd Syeikh Dr. Ali Jum'ah.


Sheikh Usama Syed Mahmud Al-Azhari


Syeikh Dr. Yusri Rushdi Al Sayyid Jabr Al Hasani


Prof. Dr. Syeikh Saad Saad Jawish..


Sheikh Ali & Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani


Ketibaan Sheikh Dr. Ali Jum'ah


Sheikh Dr. Ali Jum'ah menerima cenderahati daripada Presiden PMRAM. (Pengawal Syeikh Ali, berkot dan seluar warna cream.. Cucu cicit keturunan Sayyidina Umar al-Khattab)


Saf Masyaikh Al-Azhar, Ulama' warisatun anbiya'.


Prof. dr Saad Jawish, Dr. Yusri Rushdi, Syeikh Muhammad Ibrahim, Sohibussamahah Syeikh dr. Ali Jum'ah, Dr. Jamal Farouq, Dr. Usamah Syed Al-azhari.


Para peserta Majlis Pembacaan Kutub Sittah (IKhwah, tekun mendengar hadith2 yg dibcakan)


Selepas solat Isya' yang diImamkan Oleh Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani


Al-Fadhilah zaujah Syeikh Yusri Hafizahullah (kalau tak silap)


Masyaikh Al-Azhar


Menyambut ketibaan Syeikh Dr. Ali Jum'ah. Aku berjubah putih, berida' Hitam sebelah Ust Nazrul Nasir. Betul2 dihadapan pentas. Sempat jugak Ust Nazrul melawak, mengomen tentang individu yg memakai kasut converse. hehe.. (hanya aku yg tahu apa yg dikata..)
Kata Ust Nazrul lg, Syeikh Ali Jum'ah pernah bertemu dengan Nabi Sallallahualaihiwasalam sebanyak dua kali.. SubhanaAllah.. Allahuakbar!!


Mengalunkan Qasidah dan Selawat ketas Junjungan Tercinta Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasalam.


Peserta Akhowat khusyuk mendengar bacaan Hadith.


Peserta yang akan menerima Sijil dan Sanad Akhowat mendengar taklimat daripada urusetia.


Antara penerima Sijil dan Sanad daripada Masyaikh Ikhwah.

Sementara menunggu ketibaan Syeikh Ali Jum`ah yang merupakan ulama besar di Mesir yang merupakan guru kepada para guru di Mesir (Syeikh Sayyid Syaltut, Syeikh Muhammad Sultan, Syeikh Usamah, Syeikh Yusri al-Hasani, Syeikh Amru al-Wirdani, Syeikh Ahmad Hajin dan lain-lain), kami terpaku dengan bilah-bilah ucapan para guru yang meminta kami agar tabah dalam menjunjung ilmu yang merupakan warisan dan harta pusaka dari al-Habib al-Mustafa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Aku sangat sedih, sedih kerana tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh Syeikh. Alangkah beruntungnya mereka-mereka yang dapat memahami apa yang diperkatakan oleh Masyaikh ini, namun dalam ketidakfahaman itu, hati bergetar hebat.. air mata mula bertakung lebat..

Aku lihat beberapa orang peserta sebak dan menangis apabila Syeikh Saad Saad Jawish berucap. Antara mereka yang berada dekat dengan aku Ust Hairul Nizam, Ust Hanafi (YDP Kedah), Ust Nazrul, sebak. air mata tidak dapat dibendung. Beliau membawa kepada kami satu hadith bahawa Rasulullah pada satu hari telah diperlihatkan oleh Allah dunia seluruhnya dari timur hingga ke barat. Beliau menyatakan bahawa berkemungkinan mata Rasulullah juga telah melihat Malaysia yang akhirnya menerbitkan semangat juang untuk mempertahankan Islam dan mencintai Rasulullah dalam jiwa anak-anak Muslim di Malaysia.

Subhanallah. Malam tadi air-air mata itu berguguran laju apabila hati-hati pemiliknya diketuk agar mencintai Rasulullah. Syeikh Usamah sendiri menangis apabila cinta Rasulullah dilahirkan. Aku langsung tidak dapat menyeka dan menahan mata ini dari terus menangis, ayat demi ayat yang keluar dari mulut Syeikh Usamah yang penuh bersemangat membuatkan aku menangis seperti anak kecil kehilangan ibu.



Tuhan. Saya rindu pada Baginda.

Akhirnya selepas solat Isyak, Fadhilat al-Mufti Syeikh Ali Jum`ah tiba. Aku seperti tidak percaya bahawa beliau ada di hadapan mata kami. Semua yang hadir berdiri menghormati ulama besar ini yang telah melahirkan ramai para ulama Mesir yang pakar dalam bidang yang pelbagai. Usai solat, aku mengambil kesempatan untuk mencium tangan dan pipi para masyaikh.. Sebak didada, rasa terharu dan seakan-akan tidak percaya.. Anta mereka yang sempat kukucup tangan dan wajah mereka Sheikh Toha, Shikh Yusri, Syeikh Usamah, Sheikh Saad Jawish, Syeikh Muhammad Ibrahim.. Namun belum sempat mengucup Sheikh Dr. Ali Jum'ah walaupun menunggu dengan penuh setia disaat sahabat2 lain pulang ke rumah masing2. Namun demi sheikh aku sanggup balik sendirian, walaupun terpaksa membayar 8Genih menaiki teksi.

Syeikh Ali dalam ucapan beliau menceritakan guru-guru beliau. Antaranya adalah Syeikh Yasin al-Fadani dan Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari. Saya sempat menoleh ke arah Syeikh Yusri al-Hasani. Aku dapati beliau menangis apabila Fadhilat al-Mufti menceritakan kepada kami kisah al-Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari. Aku dapat rasakan betapa Syeikh Yusri yang pernah belajar daripada Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari merindui guru beliau yang sudah tidak ada lagi hari ini.

Subhanallah. Malam tadi malam yang cukup mengharukan. Setiap bilah kalam para ulama yang hadir menggamit kami untuk mencintai Rasulullah serta mempertahankan pusaka Rasulullah. Subhanallah. Al-Azhar -demi tuhan Kaabah- telah memupuk jiwa kami untuk rindu dan cinta pada Rasulullah. Air mata ini mengalir lagi.



Ya Allah. Berkatilah para masyaikh kami. Lapangilah hidup mereka. Berkatilah mereka. Tanamkanlah dalam jiwa kamu cintakan Nabi dan cintakan para ulama. Jadikanlah kami orang yang bersungguh-sungguh menggali ilmuMu dari dada para ulama. Jadikanlah kami manusia yang akan meredah jahiliyyah lalu kami kotakan Islam dan kamu junjung serta kami mahkotakan Islam.

Ya Allah. Kami menjadikanMu, para malaikatMu dan makhluk seluruhnya bahawa kami mencintaiMu dan mencintai NabiMu.

Terimalah Ya Allah.

**************



Tahniah buat PMRAM dan seluruh individu yang telah bercekal dan berlelah dalam menjayakan program ini. Teringat dengan apa yang diucapkan oleh Syeikh Yusri pada kami sewaktu majlis berenti rehat "Kamu telah mula menghidupkan kembali sunnah pembacaan Kutub Sittah ini, maka kamu jangan menutupnya".

Semoga PMRAM akan terus tabah dan bersemangat untuk memimpin tangan-tangan anak-anak Melayu di Mesir ini agar serius dalam menuntut dan menjiwai ilmu. Tahniah buat semua.

Satu Fikrah Satu Amal,
Kita PMRAM.



(sebahagian kata-kata diatas diambil daripada Blog Ust Hairul Nizam, gambar di ambil dari Laman Blog Rasmi Kutub Sittah)

Alhamdulillah, pagi tadi dapat menghadirkan diri di Masjid Asyraf untuk menadah ilmu dari Syeikh Dr. Yusri Hafizahullah. Walaupun badan sakit dan mata bengkak, mungkin sebab menangis dan tak cukup tidur. Namun Demi Ilmu aku kuatkan jasad yang Allah pinjamkan ini. Terlelap seketika ketika Syeikh membacakan kitab Tuhfatul Ahwazi, mujur ada Ust Syukri disebelah yg menyedarkan aku.. Jazakallahu khairan Ust Syukri kerana telah mempertemukan aku dengan Masyaikh disini.

0 komen mengomen :: Air mata cinta..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers