Akad Nikah..

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, malam tadi majlis akad nikah selamat diadakan dengan suasana penuh ceria dan mahabbah.

Atmosfera Hayyu Asyir, Toob el-Ramly, begemerlapan dengan para malaikat kerana Satu lagi masjid telah terbina.

Terpekik terlolonglah syaitan2 laknatullah kerana tidak dapat menggoda anak adam untuk melakukan maksiat..

Di kesempatan ini, hadiah dariku, sekalung doa warisan Rasulullah Sollallahualaihiwasallam lebih mahal dan berharga dari dapur gas dan toto empuk. hehe.. (bior takde hadiah pun, haha.. sori Ust Syafizi)

Doa yg diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah rahimahumullah.

بارك الله لك وبارك عليك وجمع بينكما في خير

“Semoga Allah memberkatimu di saat rumah tanggamu dalam keadaan harmoni, semoga Allah memberkatimu di saat rumah tanggamu terjadi kerenggangan, dan semoga Allah mengumpulkan kalian berdua di dalam kebaikan”.


Amiiinnn.

ucapan dan doa kpd mantan bos KPT. Wahai artis-artis nasyid dan pesilat-pesilat KPT, bersedia untuk beraksi!

Eh, lupa nak bgtau sape yg nikah? haha..

Ust Syafizi Ismail dan Umi Masmira.

gambor ni je ada. hehe.. ni la Ust Syafizi yang hensem lagi bergaya.. tapi dah berpunya.. akan datang Ust Fahmi pulak.. sama2 kita tunggu... coming soon...

p/s : Wahai Ust Fahmi, kami sudah bersedia
kompang dan nasyid pastilah ada,
hanya menunggu kalian berdua,
bilakah tarikh hari bahagia?
hehe...

2,3 kucing berlari,
berlari2 dalam kuali,
kami sudah kelaparan nasi,
bila nak buat kenduri nasi beryani?

balas2..

Naik motor di aidifitri, sambil makan pulut dan lemang,
yang dibelakang ust Fahmi.. sape nak taqdim silakang.. hihi..

0 komen mengomen :: Akad Nikah..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers