amin memasak.... ke main masak2?

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya' wal mursalin, wa ala aalihi wasohbihi ajmain.. amma ba'da.

Sudah dua hari, internet di asrama rumah Terengganu terputus. Hampir semua penghuni yang hantu internet mati kelaparan, kerana tidak dapat melayarinya. hehe.. Terima kasih kpd Ust Rauf yang telah bersenang lenang membaikinya..

Semalam, hajat dihati nak masak kari, tapi pedas gile berapi, sampai naga pun kalah kalau main polis entri.. haih.. ape nih... ish3.. hihi.. Semalam, aku masak kari daging, lepeh tu wat la cam biasa, tumis bawang, masuk rempah, masuk santan dan segala yang ada dalam peti ais aku bubuh. Kerisek, cengkudu, pes tomyam, kuih koci.. haha.. melampau ah tu.. kah3..

Dipendekkan cerita, setelah semua ramuan siap sedia, aku masukkan la dua batang lada hidup, aku belah jadi cam bentuk bunga tu.. hehe.. Dengan comfiden aku masukkan la semua. Sebab dah masak sebelum ni.. Mula2 memang sedap, fuh.. macam makan kat hotel 100bintang.. hua3..
Lepas makan tu rasa cam nak nangis pun ada, cam nak fire orang pun ada, rasa nak terjun dalam sungai nil pun ada. hehe.. Sebab pedas giler.. Kesian Ulwan n Jihad yang sudi menemani aku makan. Kui3.. Padan muka korang sebab malas nak masak.. hehe...

Dimana silapnya? Semua dah betul.. Sekali Ust Idham tanya, "Lada buang bijik tak?" Aku cakap "tak..""hah! Patutla, lada arab ni mmg pedas.. Kui3.." Sesedap rasa je dia ketawakan aku. huhu..
Xpe2.. Dalam rumah ni dia la yang rajin masak, n masakan dia mmg sedap.. Huhu... Bukan puji ni, nak bgtau jer. Sape2 yang berkenan leh la nak taqdim, rasa macam invisible lagi.. ngeh3..

Takpelah, belajar daripada kesilapan. Aku duk sini rasa seronok plak masak, kejap2 masak, kejap wat itu wat ini. Sampai da takde bahan da kat dapur.. Huhu.. Kalau kat rumah dah ramai tukang masak. kakak aku ramai, ada 3orang.. So, aku jadi supervisor and pengarah je la. Order nak makan ape. haha (Alasan jer, padahal malas nak masak.. Hehe..)

Kat rumah ibu selalu jer suh aku masak, tp rasa cam xde idea plak. Ayah plak mmg hebat bab masak, kadang2 dia reka jer. Tapi sedap, takpe2 balik nnt kita lawan masak ek? hehe.. Menu makanan aku ni kadang2 berubah, tapi ibu tau aku suka makan Bakso dengan Cendol. Hehe.. Kalau ada pasar malam mesti tak miss.. Wuu.. Tapi sedap makan ayam masak sate lagi. Time raya biasa ibu la tukang masak kat kampung. Setiap taun mesti masak ayam masak sate punya. Ape lagi ek aku suka makan? hmm.. Banyak la, tapi paling suka makan buah la.. yeke? Ye la kot.. hehe..

Sampai sini selalu masak yang simple2 jer, masak kari, sup, nasi goreng, jemput2 sayur, ape lagi ek? sup sayur.. Yang biasa2 la.. Lepeh ni nak reka plak menu baru... tunggu dan lihat hasil air tangan dan kaki aku. kah3. Lama aku tak menulis camni, rasa cam hepi plak. Walaupun saki baki selsema Unta masih ada dekat hidung aku.. Semoga aku cepat sembuh.

Kat sini ayam dipanggil (Firah, bahasa ammi) itu la yang aku tau. Daging(lahm kot) lupa nak tanya seniorita.. Huhu..

Pagi tadi masak sup Hj Sernan, fuh.. power.. aku masak, sampai tak cukup. Ingatkan nak makan serumah jer, tp ramai plak yang datang. Kat sini mmg camtu, kalau masak kena masak banyak, sebab sape2 jer lalu kat bilik pasti akan diajak makan dan ada yang tak diajak pun makan. Biasa la, ukhuwwah kami mantap. Hehe.. Kepada ahli beyt dan jiran2 aku. Nanti aku masak banyak2, cuma korang kena la beli firah banyak sket. Baru leh wat kenduri.

Aku nak cerita ceriti benda lain sebenonye tapi dah masuk bab makanan plak.. Huhu.. Takpe teruskan2.. Cuma yang paling tak tahan, kat sini banyak lipas. Tapi lipas dia kurus2 jer. Hampeh sungguh, lipas dah dikira macam semut. Tak takut orang dh, selamber dia je jalan2 kat dapur. Dah bersih2 pun memang ada jugak. Lipas arab, memang degil sikit. Huhu.. So, setiap peralatan kat sini kena basuh dulu sebelum diguna, sebab dah dipijak oleh makhluk halus ni. Hampes betul..

Kat sini mmg takde da orang nak take care kita, hidup betul2 kena berdikari. Sebab tu org pesan nak datang sini kena bawak sekapal sabar, seinfiniti redha, selaut tawakkal, dan tidak dilupa sekargo rempah ratus beratus2, dulu pelik jgk. Nak pegi blaja ke nak pergi makan nih? haih.. musykil2.. skang baru aku tau. Bahawa betapa pentingnya hidup dengan rempah ratus. Memang kalau malas, berlapar la maknanya, tapi ada alternatif lain kalau tak malu, pergi la menumpang makan dibilik senior. Diorang mmg terer ar bab masakan nih. huhu.. Dan tak segan silu mempelawa sesiapa yang tak malu. hehe..


12 komen mengomen :: amin memasak.... ke main masak2?

  1. salam..
    nak skit antor la ke cnie.....
    ^_^

  2. Salam..
    Maaf,tumpang tanya,yang ayat...

    'Dimana silapnya? Semua dah betul.. Sekali Ust Idham tanya, "Lada buang bijik tak?" Aku cakap "tak..""hah! Patutla, lada arab ni mmg pedas.. Kui3.." Sesedap rasa je dia ketawakan aku. huhu..
    Xpe2.. Dalam rumah ni dia la yang rajin masak, n masakan dia mmg sedap.. Huhu... Bukan puji ni, nak bgtau jer. Sape2 yang berkenan leh la nak taqdim, rasa macam invisible lagi.. ngeh3..'

    ~aii..macam mana la orang nak taqdim,seram sejuk jadinya,mana tidaknya,invisible??
    ghoib??masyaAllah..
    =p

  3. Salam ya akhi..

    Wah, ada peningkatan sedikit, dah pandai masak..Hi3..Alhamdulillah..Banyak belajar, banyaklah pengalaman..

    Semoga ada manfaat setiap nya..

    wsslam..

  4. Salam,

    cili 2 kene wat blk la ckit...
    nk test...
    wat sambal tauchu musti mengancam...

    try la blaja makan makanan arab br bley duk kat arab...

    =)

  5. amin,lupe nk bgtau..rumah 502 & 501 masak sekali.memang dari dulu lagi.ukhuwwah katakan..huhu..nk jimatkan tenaga masak.&kalu kumpul duit pun memang gabungkan sekali.cume skrng ni,duit tengh pokai..tu xde yg kutip..huhu.. - 501 & 502 -

  6. pedas laa best.... baru mencabarr................

  7. Salam.
    bagus,elok la tu kalau dah pandai masak. Pasni belajar benda lain pulak,asalkan bermanfaat..

  8. salam.min bljr memasok sdap2 eh.bleh ana tmpg skaki..huhu

  9. 1. To bp : bp nak skit? alamat? nak anto guna pos laju ni.. hehe..

    2. To AJ : Mmg la, dia slalu ghaib ke alam ghaib.. menghaibkan diri menjadi ghaib.. haih... pape je la.. huhu..

    3. to Ukhti Athirah, yup.. hidup adalah pelajaran dan pengajaran. Alam itu qadim.. sentiasa baru.. tiada hari yang sama, setiap saat dan detik berlalu adalah pasti berlainan.. Hrbat sungguh Allah..

    "Tolibul ilmi minal mahdi ilal lahdi" tuntutlah ilmu daripada lahir sampailah ke liang lahad..

    Ilmu Allah itu luas..
    Setiap ilmu adalah ilmu Allah..

    Andai lautan itu menjadi tinta untuk menulis kalimah2 Allah, pasti tidak cukup, walaupun ditambah dengan sebanding dengannya..

    Memasak itu juga ilmu. dugaan itu juga ilmu.. setiap perkara andai dilihat dari sudut ilmu pasti ia menjadi ilmu..

    Teringat plak kisah Sayyidina Ali dengan seorang budak.. Hanya mengajarkan kepadanya cara untuk membuang duri daripada kaki, lalu diangkat budak tersebut menjadi guru..

    MasyaAllah, sampai begitu sahabat memuliakan ilmu. Walaupun sekecil itu..

    Kita bagaimana agaknya ye?

    Kita hidup dalam masyarat. tidak boleh tidak saling bergantungan. Tidak ada yg boleh hidup sendirian. Maka Allah kurniakan dengan kelebihan masing2. Ada yg pandai memasak, ada yg pandai mengaji, mengajar, mereka cipta dan sebagainya..

    Lihat saje komputer atau laptop yg kita gunakan.. Siapa yg menghasilkan plastik, komponen2 didalamnya, screen kaca..perisian, dll?

    Belum lagi dilihat, dari mana datangnya elektrik, dari sumber apa? siapa yg menghasilknanya?

    Namun yg pasti semua itu Allah yang punya.. Eh, terpanjang la plak.. huhu.. sori2. nak komen jer sbnarnyna..

    4. to Kak Hakimah tersayang, walaupun comel, amin lebih lg comel.. haha..

    Ala, cili tu sama jer.. saje wat gempak letak nama cili arab... keh3..

    Watper blaja makan? bace bismillah, bukak mulut, kunyah,Telan jer la, xyah belajar2 dah.. hehehe..

    5. Oo.. baru ku tahu wahai ust muzani. Enta masak lg sedap. hehe.. tengahari nnt enta masak yer.. ai? duit pokai? Kuat simpanan masa depan nampak.. haha..

    6. Yela tu, mmg mencabar.. nak kena cili mulut budak capik ni.. hehe..

    7. InsyaAllah, lepeh ni nak blaja bawak kapal selam di sungai nil plak..

    8. Ewah3.. banyak comel muka ana.. Sesedap rasa suh org masak, dia tau makan jer.. huhu..

    G la makan kubri, suq sayyarah, ala gambe billaban. keh3.. tumpang sekaki je ye. Kaki je la.. yang lain xleh.. badan, kaki sebelah lagi, tangan, mulut semua xleh tumpang.. hahaha..

  10. Aiwah..benarlah yang akhi katakan. Ilmu itu tidak diukur melalui sijilnya, melalui diplomanya, melalui degreenya, atau pangkat Dr nya, atau pangkat cikgunya..Tetapi selagi mana ianya dimanfaatkan untuk semua manusia, ia akan bertambah-tambah sahamnya di akhirat.. ini pesan tok guru ana..."saham akhirat, kene juga fikirkan"...:)

    dan untuk sahabat-sahabat yang merangkumi tok-tok guru ana, ana hadiah kan satu kata2..

    "seorang guru yang jujur hendaklah bercita-cita mengajar muridnya supaya lebih pandai darinya dan anak murid yang jujur hendaklah mengakui kepandaian gurunya..."

    (",)..salam menuntut ilmu...semoga istiqomah dalam perjuangan...

  11. aiwah. ahsanti..
    tp mmg ilmu itu tidak diukur dengan sijil, degree dan sebagainya..

    Tetapi janganlah dipandang ringan saje sbb zaman seakarang org melihat kepada sijil.

    Andai kita sbgai pejuang islam, mahu menegakkan islam. tapi tiada kelulusan, tiada degree dan sebagainya.. manusia akan mempertikaikan peribadi kita. Kata nak perjuang islam, tapi sekolah exam tak pernah nak score. Masalah jugak.

    Jadi perlulah ada jalinan yang mantap antara ilmu dan amal. Andai tiada salah satu maka cacatlah ia.

    Walaupun belajar sampai tahap Phd. sekalipun peribadi akhlak dan aqidah tidak betul. Tiada guna.

    "Manizdada ilman, lam yazdad huda bu'dan minaAllah"
    Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah hidayah, maka dia semakin jauh daripada Allah.

    Imam Syafie ada meriwayatkan andai kita mahu menuntut ilmu maka perlu lakukan 3 perkara :

    1. Mengasingkan / khulwah, megasingkan diri untuk taqarrub dgn Allah.
    2. Kurangkan makan.
    3. tinggalkan bergaulkan dengan orang2 yg bodoh/jahil dan org yang berilmu yang mana nak ilmu semata2 kerana dunia.

  12. benar..kesinambungan itu perlu agar tidak menjadi manusia yg lupakan akhirat, mengejar dunia seolah2 hidup selama2nya...

    Ya, utk mendapatkan resepi lauk yg enak juga perlu ada beberapa petua, kalau tidak diaplikasikannya, lauknya tetap ada, tetapi mungkin tidak seenak mana..

    begitu juga dengan ilmu, kalau petuanya tidak diikut, ijazahnya ada, tetapi ilmunya hilang semasa paper terakhir di dewan peperiksaan..jadinya resepi itu nampak sedap, tapi tiada rasa...ijazahnya ada, tapi tidak berkualiti..

    perkongsian yg bermanfaat..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers