Berita terbaru Pelajar Baru Tajaan Yayasan Terengganu

Salam,

Td masa aku nak pergi solat jumaat td. Ternampak la En. Kamal Abdullah n the geng. Dan ada sebuah lori. Nampaknya mereka sedang memunggah barang2 untuk di bawa ke Asrama Rumah Melayu Abbasiyah (ARMA).

Astaghfirullahalazim..

Mengapa sampai begitu sekali puak2 ni buat kepada pelajar2 baru? Sedangkan Kompleks Rumah Terengganu masih ada ruang untuk pelajar2 tersebut tinggal. Aku bersemangat sekali malam td mengemas bilik bagi menyambut dan memastikan sahabat2 yang akan tiba berasa selesa. Kerana dijangka tiba jam 3 pagi. Kesiannya..

Namun sampai ke subuh aku tunggu di surau, tidak sampai2. Dan berita terbaru mereka telah dibawa ke ARMA.

Zalim sungguh mereka ni. Sudahla ARMA tu penuh dengan pelajar2 tajaan MARA, ditambah pula dengan pelajar Yayasan Terengganu seramai 37 orang..

Zalim, Zalim...

Sedih rasanya sahabat2 diperlakukan sedemikina. Dan ada dikalangan akhowat menangis dan juga sahabat yang menghantar sms mengatakan bahawa mereka begitu tertekan.

Ya Allah.. doa orang yang dizalimi itu tiada hijab dihadapan Allah hatta orang kafir sekalipun.

Ya Allah, kami serahkah puak2 zalim ini kepada Mu.

7 komen mengomen :: Berita terbaru Pelajar Baru Tajaan Yayasan Terengganu

  1. salam.....sabaq banyak2...ujian tu...ingat... jgn kita menzalimi orang...doakan mereka...mg2 Allah tiupkan hidayah........sbb Allah yang masih memegang hati2 mereka...tapi kalo dah tak tahan tu pi ja.....(kalo tak leh ngan hati..cakap...kalo tak leh cakap...buat ngan perbuatan....ketuk...ke..tumbuk ke...kuat lagi belasah2...)apapon...smoga tabah dan dikuatkan...

  2. banyak2 berdoa....doa orang dizalimi dimakbulkan Allah.....

  3. smoga Allah menjaga mereka....doa aku pada mereka....wassalam

  4. smoga Allah menjaga mereka....doa aku pada mereka....wassalam

  5. salam... guane sek2 mu chat.. sian sek2 ni.............. mudah mudahan mereka selamat dan tabah menghadapi ujian.... celaka umnoooo.. ISMAAA.. moga Allah menetapkan hati mereka di jalan yang benar. aminnn

  6. DOH SEK2 YAYASAN DUK ASING AH NGAN SEK2 MU. KE GUANE? SEK2 DIA ADA PROGRAM AGI KO?? mU GUANE BEST DOP makang sane.. answer in arabic plezz..huhu

  7. Sabar la ni.. Kalau tak sabar dh lama dh .... Hehe..

    TO Syafiq, Alhamdulillah kami semua sihat kecuali kamal dgn abu jihad yang selsema sikit.

    Makan kat sini ok jer. Masak sendiri. Kalau malas2 dkt Rumah selangor ada restoran. Takpun makan aruz billaban atau ammu ali..

    Banyak la makanan kat sini. Tp stakat ni tak makan lagi nasi2 arab..

    Nak jawab dalam arab? Huhu.. baru 2,3 hari kat sini.. Maalish ya akhi.. insyaAllah ba'dal an. Takkalam ma'a' bilughah arabiah ammiyah.. hehe..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers