HPS, Imtihan Qobul dan Gejala Kek Gulung.

Bismilahirrahmanirrahim..

Musim sejuk semakin menghampiri, bayu sejuk semakin terasa.. andai baru keluar bilik air atau mengambil wuduk pasti terasa seperti dalam bilik berhawa dingin suhu pada tahap 20darjah celsius..

Semalam telah selesai Program Hari Pengetahuan dan Silaturrahim bagi pelajar-pelajar tahun satu yang bernaung dibawah Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) walaupu hakikatnya aku bukan anak negeri Terengganu Darul Iman..

Namun seperti ucapan Mantan YDP sebelum Mesyuarat Agung Tahunan KPT (MAT KPT), beliau kata Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang boleh bercakap arab, dia orang arab" lalu mengkiaskannya kepada sesiapa yang boleh bercakap terengganu, maka dia orang terengganu.

Kesimpulannya aku boleh cakap Terengganu, boleh la jadi orang terengganu. Hehe..

Program HPS kali ini adalah antara yang paling meriah pernah di anjurkan sebab ada aku yang menyertai.. Hahaha..

Program setiap tahun diadakan ini telah dirasmikan oleh Pemangku Presiden PMRAM, Ust Shahrizan b. Mohd Hazimi. Sebelum merasmikan pembukaan progam, beliau sempat menasihati para peserta agar mementingkan ilmu dan dalam masa yang sama tidak meminggirkan gerak kerja dalam persatuan. Objektif Hari Pengetahuan dan Silaturahim ’09 pada kali ini adalah untuk menyatukan anak Terengganu di bawah lembayung ilmu melalui temanya “Seteguh Thaqafah, Seindah Mahabbah”. Ahli Jawatankuasa Pelaksana HPS pada kali telah menyusun pelbagai aktiviti yang menarik untuk para peserta, antaranya pembentangan kertas kerja bertajuk “Mahasiswa Mesir Mendepani Alaf Baru” yang telah dibentangkan oleh Ust Mohd Firdaus b. Mazlan. Pihak penganjur juga sempat mengadakan slot diskusi kitab “Ukhuwah Islamiah” karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan, yang telah disampaikan oleh Ust Azrol b. Ismail.

Slot pembentangan kertas kerja

Bagi meningkatkan lagi prestasi kecemerlangan anak-anak Terengganu Mesir, pihak penganjur telah mengadakan slot khusus iaitu slot “Bicara Siswa” menampilkan penerima anugerah Mahasiswa Mithali KPT iaitu Ust Ahmad Fahmi b. Che Nordin dan Dr Baihaqi b. Hasan. Kedua-dua ahli panel ini telah mengupas secara mendalam jalan sebenar menempuh kejayaan di bumi Mesir tidak kira mahasiswa/wi perubatan mahupun pengajian Islam. Majlis diteruskan lagi dengan slot “Talk Show” menampilkan ahli panel Ust Rafzan dan Ustzah Amirah yang dipengerusikan oleh Ustzah Hasanah bertajuk “ Jamiah, Jam’iyyah dan Jami’ ”.

Bicara Siswa

Sebelah malam pula, para peserta didedahkan dengan slot “Sejenak Bersama KPT”. Slot ini diadakan khusus untuk menerangkan objektif penubuhan dan perjalanan KPT dibumi Mesir . Dalam slot ini juga, diselitkan pengenalan dan fungsi sebenar Unit Bait Muslim & Unit Hisbah KPT. Ia telah disampaikan oleh Ust Mohd Asri b. Md Arof selaku ketua Unit Bait Muslim KPT merangkap pemangku Ketua Unit Hisbah KPT. Tepat pada pukul 9.00 malam bermula majlis persembahan peserta HPS ’09, yang telah menampilkan persembahan menarik dan bermanfaat buat penonton.

Saf AJKT KPT di dalam slot "Sejenak Bersama KPT"

Majlis perasmian penutup HPS ’09 telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Keluarga Penuntut – Penuntut Terengganu Ust Mohd Riduan b. Abu Bakar. Majlis di akhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta cemerlang HPS '09, yang telah dimenangi oleh Ust Ahmad Ulwan dan pemenang bagi kategori pengumpul tandatangan kreatif yang dimenangi oleh Ust Mohd Azarul Aiman. Bagi sebelah akhawat pula, peserta cemerlang telah dimenangi oleh Ustzah Siti Aishah dan pemenag kategori pengumpul tandatangan kreatif dimenangi oleh Ustzah Siti Norul Aini. Majlis bersurai tepat pada jam 11.00 malam.

Persembahan peserta
Hasil kreatif peserta

Dalam kemeriahan HPS tiba-tiba debu pasir sahara membawa berita adanya Imtihan Qobul kepada semua pelajar tahun 1 Univesti Al-Azhar.

Apekebenda imtihan qobul tu? Qobiltu nikah tu aku tau la. hehe...

bersambung..

1 komen mengomen :: HPS, Imtihan Qobul dan Gejala Kek Gulung.

  1. smart..................... gambo....bukan mu...huhuu... best ngat duk sane jumpe ulama.................... sedih je muke sorang sorang........\

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers