Iklan Air Asia berunsur Lucah?


KUALA LUMPUR, 23 Okt: Bulan ini sahaja sudah beberapa kali iklan Air Asia yang berunsur lucah itu, menggambarkan susuk tubuh pramugarinya disiarkan di stesen-stesen TV swasta namun tiada sebarang tindakan diambil oleh Kementerian Penerangan berhubung hal tersebut.

Malah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga dilihat tidak sensitif dengan eksploitasi yang dilakukan oleh syarikat penerbangan terhadap wanita dalam iklan itu sehingga tiada sebarang reaksi balas kementerian sehingga kini.

Lebih mendukacita, iklan terbabit menggunakan seorang kanak-kanak lelaki sebagai subjek atau watak utama untuk 'menghayati' bentuk badan pramugari wanita sebagai galakan untuk naik dan menggunakan khidmat syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Ramai pembaca dan penonton telah menghantar email dan serta menghubungi Harakahdaily memberi reaksi marah atas siaran iklan tersebut yang dianggap begitu memalukan dan telah mencemarkan minda masyarakat khususnya kanak-kanak yang menonton bersama kaum keluarga.

Tinjauan Harakahdaily juga mendapati sejak minggu lalu, sudah begitu banyak blog, web dan pengguna internet yang mengkritik iklan tersebut dan kesal kerana tiada sebarang tindakan drastik untuk membendung unsur lucah yang mengeksloitasi wanita dan merosakkan minda kanak-kanak di bawah usia.

"Sungguhpun filem dan drama tv telah banyak memaparkan unsur yang tidak elok, tetapi kini berjangkit pula kepada iklan. Ini mesti dikaji semula," kata seorang pemanggil yang mahu dikenali sebagai Bakhtiar Musa.

Bagi Rozaili Sidin, sepatutnya iklan penerbangan Air Asia tu bercirikan idea tempatan, adab sopan dan budaya berbanding menonjolkan susuk tubuh wanita untuk meningkatkan promosi jualan.

"Malu jika ianya ditonton ramai terutama kanak-kanak. Ini bukan budaya kita," katanya melalui email yang dihantar baru-baru ini.

Iklan Air Asia itu memaparkan pengalaman seorang kanak-kanak bersama neneknya menaiki pesawat tersebut dan antara rakaman pengalamannya ialah melihat susuk tubuh pramugari yang digambarkan seolah-olah mengghairahkan dengan istilah 'Hot', seperti yang dinyatakan dalam bahasa latar iklan tersebut.

Dalam maklumanbalas yang diterima, ramai yang mahu, syarikat penerbangan tersebut dan stesen tv swasta memohon maaf sekaligus dikenakan tindakan oleh Kementerian yang berkaitan.

(Sebarang respons atau pandangan bolehlah dimajukan kepada saya di urespons@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau azaminamin@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )

__________________

KOMEN PEMBACA

__________________

1.Depa ni lebih berminat menunjukkan ketelusan dalam mengambil tindakan pada insane yg lemah saja. Dengan itu depa dapat menunjukkan depa ni iklas mengambil tindakan tak kira pada siapa walaupun sebenarnay hanya berani pada org tua atau org miskin seperti yg terjadi pada makcik jual belacan yg kurang protin tempohari. Memang marah saya rasa sbb hanya makcik tu yg dikenakan denda padahal ia Cuma penjual bukan pembuat. Mengapa tak di saman aje kilang yg buat belacan tu..inilah satu tanda ,,,,rakyat diutamakan seperti sologan 1Malaysia maksudnya rakyat yg diutamakan kalau nak didenda bukannya kilang2 besar atau syarikat2 besar seperti Air Asia.- AITI KOMPUTER>

2. patutla saya tgk pelik je iklan airasia tu ...no wonder semua x setuju iklan tu ditanyangkan. dah laa...saya sokong kalau nk memprotes iklan tersebut. -harif.

Sumber : Harakahdaily

P/s : Apa tindakan Ibuk Menteri Pembangunan Wanita yang haritu berdegar2 cakap pasal keadilan wanita, nak laksana hukum Islam, nak perkasakan Institusi Kehakim Syariah? (respons dari isu sebat peminum arak)

0 komen mengomen :: Iklan Air Asia berunsur Lucah?

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers