Isu ni dah selesai ke?

Salamualaikum semua..

Hmm.. Alhamdulillah, aku rasa gembira dapat bertemu dengan sahabat2 dan adik2 Medic pinjaman Yayasan Terengganu yg baru tiba lepas maghrib td...

Ahlan Wasahlan,
Dr Abdullah Azahari Al-Hafiz, Ust Abdullah Amir Zabudin, Adik2 medic Uni Mansurah Dr Zahir, Dr Hafiz, Dr Mamat, Dr Saifullah, dan ramai jugak td..
Yang masih tinggal di ARMA adik2 akhowat medic dan sahabat2 pengajian Islam.

Tak lupa kepada Sahabiah, Ustzh2 Pengajian Islam.. Ahlan wasahlan..

Dan Alhamdulillah, mereka kini sedang berehat di penginapan masing2 selepas jamuan yang disediakan oleh Al-Fadhil Ust Abd Hakim bersempena rumah terbuka beliau lepas solat jumaat td.

Dan InsyaAllah, jika keesokkan hari tiada halangan, bolehlah dibawa untuk melawat universiti Al-Azhar dan kawasan disekitarnya seperti di Abbasiyyah, Husain dll..

Apapun Alhamdulillah, kerana mereka semua selamat sampai dan masih kepenatan dek angkara makhluk2 yang berasakan diri mereka lebih hebat dan lebih besar drpd pencipta alam ini.

Terdapat banyak rungutan daripada sahabat2 dan adik2 kerana mereka sampai disini tidak diberikan rehat yang cukup dan tidak diberi tempat penginapan yang sepatutnya. Memandangkan mereka penuntut2 terengganu, maka mereka sepatutnya tinggal di kompleks darul iman. Tetapi telah dinafikan hak dan dibawa lari ketempat lain. Dengan alasan konon2nya senior2 tidak mahu keluar dari kompleks ini. Walhal, masih terdapat kekosongan dan runag untuk adik2 mahasiswa baru untuk menginap disini.

Licik sungguh perancangan mereka. Dan apa yang paling aku tidak setuju adalah adik2 dan sahabat2 dibawa melawat Piramid.

Mengapa di bawa ke piramid dulu? Sedangkan tempat itu tempat yang Allah laknat. Tempat di mana manusia mengaku dirinya tuhan yakni Firaun. Jadi mengapa mereka dibawa kesitu, sedangkan mereka kemari adalah untuk menuntut ilmu dan mencari keredhaan Allah. Bukan laknat. Nauzubillahiminzalik..

Andai mahu mengambil semangat Nabi Musa a.s. sekalipun, cukuplah sekadar membawa mereka ke Semenanjung Sinai. Kemudian balik. Ini seolah2 membawa mereka bersiar2, melancong. Persoalan disini, siapa sebenarnya mahu ke tempat2 itu.? Adakah pelajar2 ini atau pegawai2 yang membawa mereka. Andai kata pelajar, tiada seorang pun yang menyuarakan mahu ketempat2 itu, dan mereka langsung tidak tahu selok belok perjalanan untuk kesana. Seolah2 Mahu melancong atas nama program pengenalan kepada pelajar.

Wallahua'lam. Itu hanya andaian aku. Namun sudah menjadi kebiasaan mereka(UMNO) mengambil kesempatan untuk melancong. Dan sudah banyak kes2 sebegini berlaku.

Apa yang baik itu datangnya daripada Allah, dan segala yang buruk itu datangnya daripada UMNO dan Barisan Nasional. Isu ni dah selesai ke?

Tunggu dan lihat.. Katanya pihak pegawai Yayasan Terengganu nak pindahkan semua pelajar medic Uni Ain Syam ke Mansurah bagi mengelakkan mereka untuk tinggal di Kaherah.. Apekebodohnya mereka ini, demi politik sanggup bersusah payah dan melakukan kerja2 yang sia2.. Dah la kos untuk memindahkan pelajar2 ni dari satu U ke U lain makan banyak kos. Dahtu ambil masa plak.. Teruknya lah mereka ni. Nama adik2 dah naik dkt Uni Ain Syam tp nak tukar ke Mansurah. Tak ke gila babi namanya..

1 komen mengomen :: Isu ni dah selesai ke?

  1. ish.
    Ayat last skali. Terkedu sekejap

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers