Jalan2 di Kota Kaherah

Salam perantau.. hehe..

Aku nak citer sket pasal suasana dekat Kaherah ni..

Sori, gambar tak dpt nak upload..

Sesampainya aku di mesir,
Pasport ku ditahan seketika, bukan sebab aku pendatang asing mahupun pengganas. Tetapi sebab pegawai imegresen tersebut malas dan terus menutup kaunter..
Aku dah dapat cerita sebelum sampai bahawa pekerja2 di Mesir ni ikut suka hati dia je, nak balik awal ke lewat..

Takut jugak aku pasport kena tahan. Rupanya diorang yang malas.

Lepastu aku dibawa menaiki Tremco (Bas/van) yang disewa khas.. Keistimewaannya adalah mempunyai kerusi ditempat laluan yang boleh dilipat dan dibuka.. Serta ada micropone untuk korang sembang2 dalam kenderaan tersebut..

Dalam perjalanan ke Rumah Terengganu, apa yang aku tengok adalah keberanian dan skil pemanduan yang hebat dikalangan rakyat Mesir. Tiada trafic light namun perjalanan tetap berjalan lancar.. Mengalahkan pemandu F1. Masing2 laju, namun tiada kemalangan dilaporkan.. Kah3..

Apa yang penting, Berani, Kereta anda mempunyai hon yang kuat dan break yang mantap..
Tiada undang2. Polis hanya sebagai pemerhati.. Jalan sehala kadang2 menjadi dua hala.. bergantung kepada kesukaan dan keselesaan pemandu dan kemana arah tuju. Tidak menjadi satu kepelikan andai memandu di lorong yang bertentangan. Itu perkara biasa.. huhu..

Setiap kereta harus malah boleh jatuh kepada wajib mempunyai kemek atau kesan geseran pada mana2 bahagian kereta. Jika tiada ia dianggap ganjil.. Haha..

kadang2 pemandu arab ni ikut sesuka hati nak berhenti dimana.. Ada jugak yang tiba2 boleh mengundur kerena tersilap jalan walaupun dalam jarak 1kilometer.. Jangan terkejut.. Haha..

aku ada satu kisah menarik, dimana seorang Ust ni pernah sekali dia ke Univesti Al-Azhar dengan senior lama dia. Baru sekali pegi. Lepastu dia rasa macam dah pandai berdasarkan pengalaman pertama tersebut. Lalu dengan bijak pandainya dia pun mengajak kawan2nya yang baru tiba untuk berjalan2 di Al-Azhar.. Bila naik kereta pemandu tanya nak pergi mana? Dia kata "Ala Gambi" Pemandu tu pun terus berhenti kat tepi. Ust ni kata, "lak2.. amam" (Maksudnya. Bukan2, depan lagi). Pemandu tu tanya lagi nak pergi mana? Ust ni kata "Ala Gambi" Pemandu tu pun terus berhenti kat tepi.. Ust ni pelik.. Huhu.. dan perkara yang sama dilakukan 2,3 kali "lak2.. amam" Haha.. aKU pun tak tahu samaada ust tersebut sampai ke tidak tempat yang dituju. haha..

Korang nak tau apa maksud "ala gambi" tu? hehe.. berhenti kat tepi.. Ust ni igtkan 'ala gambi' tu nama tempat. Sebab dia ikut senior dia sebelum ni, sampai dekat azhar senior cakap la "ala gambi" sebab nak turun.. Huhu... itulah moral of the story, jangan memandai2 jalan kat mesir ni kalau tak tahu... Kui3...

dekat Hayyu Asyir ni plak terkenal dengan "Suk Sayyarah" Pasar Kereta. Dekat jer dengan umah terengganu. Dalam 20meter jer dh sampai. Mmg boleh tengok dari surau atau tingkap bilik. Setiap hari Jumaat dan Ahad. Pasti penuh dengan kereta. kawasan yang seluas 4padang bola sepak boleh penuh dengan kereta. Macam pasar tani. Memang meriah. Dan cara jual beli pun mudah.. Tengok2, setuju, ada surat/geran. Janji duit mesti dibayar cash dan korang boleh la bawak balik kereta tersebut.. Nak kereta buruk, baru, import local, semua ada. Kembara, kenari, kancil, wira, waja, wolkwagen, subaru, ferari.. Macam2 ada.. hehe..

Cerita pasal makanan. fuh.. Makan kat sini memang best. Tetapi lagi best bila anda ditipu pasal makanan. Hari pertama aku sampai telah berjalan2 di sekiter Masjid Al-Azhar. Dalam perjalanan kami singgah di restoran GAP tak silap aku. Untuk makan "Tokmiah'' atau "Syawarma" Kebab..

Memandangkan kami ramai, lalu memilih untuk duduk di bahagian atas berhawa dingin. Dia kata xde cas dikenakan. Lalu kami memesan "To'miah" dan "Syawarma". Kami mintak yang kecil. Pelayan tu kata xde. Terpaksalah order yang besar dan mahal. Hampeh punye pelayan. Setelah makan sampai, rupanya tak cukup. Lalu ust senior, Ust Zul pun turun bawah untuk pesan satu lagi. sekali tengok ade jer yang kecik. Penipu betul..

Lepas habis makan tu, kira2 sekali lagi terkujat sebab, tempat kami makan tu kena cas 8geneh. Huhu.. Hampes betul arab ni.. Sabo jer la..

Minum yang best kat sini adalah asir(perahan) asir yang mula2 aku minum asir asob(air tebu) perghh.. Pekat dan manis.. Memang puas ati la.. Sebelum ni ust2 sebior kata 50kirsha je(50sen la) skang dah naik 1geneh(singgit kita senang cakap, tp nilai dia berapa sen jer) huhu..

Memang syok. Dahla.. aku sambung len kali plak. Nak g jalan2 kat Azhar, cari kitab dan barang keperluan.

0 komen mengomen :: Jalan2 di Kota Kaherah

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers