A journey to Egypt

Bismillah,

Sambungan daripada haritu, sebenarnya aku geram pasal line xbrapa clear n tak dapat nak upload gambar2.. huhu..

oK, Tepat jam 10 kami masing2 membawa diri dengan rasa pilu dan terharu untuk meninggalkan keluarga dan dalam masa yang sama Allah memilih kami untuk pergi ke bumi anbiya' demi untuk mengutip seberapa banyak ilmu yang ada disana. Kata abg2 senior, kutiplah ilmu kerana disini terlalu ramai ulama' umpama padang pasir yang luas, seluas itulah ilmu yang ada disini. MAsyaAllah..

Setelah melalui 3 scanning bagi memastikan tiada yg membawa durian, jamban dan sebagainya. Tensyen jugak rasa, asik la scan.. Muak lak rasa.. Yang kawan aku sorang ni dia lupa yg sebarang cecair melebebihi 100ml tidak dibenarkan dibawa masuk dalam kapal tebang. MAka si makcik polis tu tanpa belas kasihan terus membuang ubat gigi atau cream yg dibawa.. kah3.. kesian abu jihad..

Setelah tiba di balai melepas, kami pun duduk sebentar tunggu kengkawan yang lain mengscan diri mereka sambil diraba2 oleh encik polis.. hui3.. marah aku..

Lepastu naik la train untuk ke next station, aduiyai.. canggih dah, tp xde aircond plak.. nasib baik kejap jer. Mujur aku tak pakai jaket..

Sampai tu terus kami cari pintu C22, dimana kapal selam kami parking..

Budak2 ni dah bising tanya.

"eh, kapal ni ke kita naik?"

Aku pun jawab, kapal ni la.. mana ada dh kapal lain..

Biasa la tu, macam kita naik bas la, beli tiket lain. Tapi bas yang kita naik lain..

Sebab kapal tu Kapal Jet Airways, tiket kitorang Gulf Air.. Apapun memang best naik Jet Airways drpd naik kapal Gulf Air.. Lagi luas dan selesa.. huhu..

Makanan pun sedap..

Aku duduk dengan Zahani dan aiman. ulwan duk sorang blakang aku. Kamal, Muzani and hakim duk kat sayap. Akhowat 3org. Tu pun setelah ditukar dan ditimbang dengan sistem bater. baru dapat tukar tempat duduk, kesian akhowat sbb kena duk tepi org laki. Pakcik tu plak taknak tukar.. Huhu.. Hampehnyer org.. Tapi takpelah mmg itu hak dia sbb beli tiket utk kerusi tu. Cuma tiada pertimbangan dari sudut agama.

Lalu Kapten pesawat pun membacakan doa sebelum terbang ke Bahrain. Tapi sebelum tu kami lebih mendahului dengan membaca doa secara berjamaah.

Apa yang penting betulkan niat, bahawa perjalanan dan tempat yang dituju adalah untuk menuntut ilmu kerana Allah taala. Bukan sebab lain.. Astaghfirullahalazim..

Oklah, berhenti disini. Sebab ada daurah kat dewan Darul IMan. Kitab Tasawuf Allazi Nuriduhu, Tulisan Syeikh Rohimuddin Annawawi, dan akan disampaikan oleh Sheikh sendiri. Wallahua'lam.

4 komen mengomen :: A journey to Egypt

  1. Salam..

    Alhamdulillah, selamat pun sampai..Moga selalu2 lah ambil kesempatan utk mengambil serta menceduk ilmu2 ulama' hebat di sana..

    emh, ana ada kenalan dari pimpinan2 di sana...cubalah belajar dari mereka dan rajin2lah belajar..(",)

  2. Emh..boleh minta tolong..(",)..minta tolong baca artikel ni dan sebar-sebarkan..

    http://hairulnizammathusain.blogspot.com/2009/09/kenapa-keluarga-penuntut-terengganu.html

    Syukran.

  3. Owh pasal ni ke? Ana dah tau. Yang tulis tu sahabt lama ana. Dan kawan yang kena tu kawan2 ana jugak.. yang pergi bawah yayasan terengganu..

  4. emh..sebabkan itulah ana harap benda ni disebar2kan..cam banyak je yg dah terganggu....takut nnt ada yang tak faham, lalu mereka terpengaruh..jadi kenelah sebar2kan..:)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers