Kamal memasak la plak...

Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah sekian lama aku menanti, akhirnya ia muncul hari ini...

Apa yang muncul? hehe..

Sebelum tu, alhamdulillah ku ungkapkan kepada Allah s.w.t kerana memberikan aku kekuatan dan peluang untuk menghabiskan puasa enam di bulan syawal.

Sabda nabi s.a.w. : "Man sooma ramadhan, summa atba'aha sittatu ayyam min syawwal, ka siami dahr"
Maksudnya : "Barangsiapa yang berpuasa sebulan di bulan ramadhan, kemudian diikuti enam hari di bulan syawal, seperti berpuasa sepanjang tahun."

Alhamdulillah,

Jadi alkisahnya, penantian aku adalah untuk merasa air tangan Ust Kamal Hafizullah, (bukan air tangan kat tapak tangan tu, ade jugak kena lempang karang, huhu).

Harini aku dgn Ust Muzani pose, jadi kami tak masak. Makanya kami pergilah ke rumah Ust Fahmi untuk melepakkan diri disana. Tujuan utama untuk mencari pasport yg Ust Fahmi sorokkan. Kami taknak bg dia balik Malaysia.. (kesian kuarga dia, dah 4 taon tak jumpa, huhu)

Jadi kami sepakat, (Ust Fahmi punya idea) suruh Ust Kamal masak, sbb tak pernah selama aku hidup kat atas dunia ni tengok Ust Kamal masak. Walaupun duduk sebilik, sekatil.. (Oit, aku duk katil bawah yer, dia duk katil ateh, jgn fikir negatif.. huhu.. aku difitnah.. tolong2)

Harini memang rekod, buat pertama kalinya, dapur rumah Ust Fahmi berasap. Berkebuk dapur, macam duk atas awan la plak rasanya. Putih jer.. hehe..

Mula2, masak nasi. Punya la lama dia cuci beras, siap guna sabun lagi (hehe.. melampau ah tu.. saje je aku menambah bg sedap) haha..

Lepeh tu nak hidupkan api plak. Dapur umah ust ni dah la season. Maka, terpaksalah membantu. Hajat nak bior je dia masak sorang2 (mcm dalam citer survival tu) tapi kesian plak.. Asik panggil tuan rumah jer..

Akhirnya nasi masak, walaupun dah jadi arang.. (gurau jer) Kamal masak tak hangit tau.. hehe..

Lepeh tu wat sambal dgn telur goreng.. fuh.. hebat jugak Ust Kamal ni.

Aku yang berpose, cuma tengok jer..

Finally, the result is masaklah nasi goreng pattani oleh kamal. Wah3..

Best2.. memang sedap.. dah terer la Ust Kamal skang.. Sejak duk mesir ni walaupun pertama kali memegang senduk. Tapi berkat menyebut senduk, membuatkan dia mahir dalam memasak. haha..

Sekadar gurauan. Tenkiu Ust Kamal kerana sudi memasak untuk kami yang menyambut hari raya ni.. yea...

0 komen mengomen :: Kamal memasak la plak...

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers