Kisah Di Bahrain

Alhamdulillah, Jet Airways yang kami naiki selamat mendarat di bumi Bahrain. Ketibaan kami disambut dengan pemandangan indah kota raya Pulau Manama. Kelihatan kereta-kereta mewah dijalanan. Cukup mengagumkan. Negara padang pasir, walaupun tidak banyak bangunan pencakar langit, tetapi bandar yang cukup bersih. Wallahua'lam andai ditempat lain dikota ini kotor.

Namun itulah, ponarama yang kami lihat di Bahrain. Kereta-kereta mewah perkara biasa. Aku tercari-cari juga dimana dan kemana kereta-kereta buruk, namun pelik. Tidak ada satu pun kereta buruk seperti di Malaysia. Lalu aku tercari-cari lagi, kemanakah kenderaan beroda dua yang selalu berpeleseran di jalan-jalan di Malaysia. Tidak ada juga.. Kagum!!

Itu yang dapat aku simpulkan..

Setelah melaporkan diri di kaunter Gulf Airways, kami diberi seorang satu kad transit hotel dan resit untuk kami menginap di Hotel Delmon. Setelah urusan selesai. Kami tercari2 kemana arah tuju.. Setelah menunggu sahabat2 lain siap menguruskan pasport, pengawal disitu menghalau kami..

"Excuse me sir.. please dont seat there. Just go now..."

Hahah.. kena halau..

"Just go straight n go down.. Go to hotel"

Huhu..

Maka kami pun memblahkan diri dari situ..

Sampai di luar airport. Kami mati kutu, bukan kutu atas kepala.. tak tau nak pg mana. Mana hotelnya? Tak nampak pun? Huhu...

Lalu kami tunggu seketika.. Walaupun panas terik. Nak wat camner..

Mujur ada Akak senior tu..

Kesian melihat dia bersendirian, aku menuruti langkahnya untuk bertanyakan arab2 atau driver disitu dimanakah hotel yang kami akan pergi.

Akhirnya lalu sebuah bas..

Setelah bertanya, lalu mereka menyuruh kami menaiki van yang disediakan dan aku yakin mmg dia seorang pekerja gulf air sbb kat baju dia ada lambang burung..

Alhamdulillah, kmai pelanggan yang tiba awal dihotel. Terus kami chek in di kaunter.

Wah! 5minit lepastu baru kami sedar yang hotel ini dipenuhi oleh orang Malaysia.

Mujur kami tiba awal..

Setelah kunci diberi. Aku sedikit pelik sebab pelayan hotel tersebut bagi 9kunci bilik. Sedangkan kami hanya 11orang. Akhowat 3 orang duduk sebilik, manakala kami dapat sorang sebilik dan kunci masih ada lebih satu. Setelah masuk bilik masing2, memang terkejut sbb setiap bilik ada dua katil, manakala bilik aku ada 3katil. Wah! Mewah ni...

Namun kami buat tak tau jer. Setelah sepakat. Semua setuju 6orang duk bilik aku, 2orang lagi duduk bilik masing2, sbb nak memudahkan pergerakan kami. Kerana waktu disini berbeza. Waktu lebih awal dari Malaysia.

Selepas solat asar, kami berehat2 namun tidak mandi sbb telah dinasihatkan oleh senior bahawa cuaca dan air disini berbeza takut ada kesan sampingan kepada kita orang malaysia.

Dan yang paling menghampehkan, air paip disini masin..
Rasa air laut yang dicampur clorin..
Kalau nak masak tak payah letak garam, terus bubuh jer bahan2 lain.. Haha..

Setelah makan malam dengan lahapnyer.. Hua3..

Kami duk bersembang sekejap, sekali lagi dihalau oleh pelayan kerana ramai lagi orang nak makan. Dan meja pula terhad. Terus ke bilik masing2 dan kami sempat mengadakan usrah.

Banyak perkara yang dibincangkan, dan pasti disentuh tentang niat. Apa tujuan kita musafir ini.

Tidak lain tujuannya adalah Allah. Mengapa Allah, sbb tiada benda/perkara yang paling bernilai diatas muka bumi bagi umat Islam ini hanyalah redha Allah.

Lalu mengapa mahu mendapat redha Allah perlu ke Mesir? Tidak boleh ke di Malaysia?

Perbezaannya tentulah, disini ramai ulama' dan masyaikh yang tidak terdapat di Malaysia. Dan sememangnya Universiti Al-Azhar telah melahirkan ramai ulama' dan cendikiawan Islam.

Selain itu kami dapat menimba pengalaman di negara lain selain dapat mempelajari bahasanya.

Nabi s.a.w. pernah bersabda : "Belajarlah walau sampai ke negeri cina."
"Belajar itu fardu bagi setiap orang Islam"

Ok, berbalik kepada kisah dihotel.

Usai usrah. Kami terus melelapkan mata. Oleh kerana keletihan 7jam lebih dalam penerbangan.

Namun satu kejadian yang berlaku, bilik kami dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu. Kamal pergi membukanya. Namun Allah masih memelihara kami. Sebelum membuka pintu, terlebih dahulu diintai melalui celah lubang. Terkejut! Kerana yang mengetuk seorang perempuan. Dan kami yakin perempuan itu seorang pelacur berdasarkan pakaian dan gerak tubuh.. Huhu..

Astaghfirullahalazim.. Patutlah selepas makan malam td aku tengok ramai golongan ni. Ingatkan pelancong, rupanya pelencong.. Nauzubillahiminzalik..

Kamal terus menelefon rakan2 yg lain. Takut2 terkena perkara yang sama. Dan alhamdulillah semuanya selamat.

Esoknya kecoh la kami ni pasal kejadian malam td. Kui3..

Usai solat subuh berjamaah, kami membaca ma'thurat dan kami sekali lagi mengadakan usrah. Kali ini mengguanakan kitab Fiqh Sirah, karangan Dr. Syed Ramadhan albuti..

Kena plak tajuk pernghijrahan pertama dalam islam. Dan sesuailah dengan fatrah kami ketika itu. MasyaAllah..

Setelah selesai kami terus bersiap2 untuk sarapan dan berangkat ke Airport..

1 komen mengomen :: Kisah Di Bahrain

  1. alahai..minum je air paip yang masin tu..macam x biasa je masa tamrin2 ni..huhu

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers