Pinjaman yang menyusahkan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Posting ni adalah respon daripada komen Ukhti Athirah berkenaan isu terbaru yang berlaku kepada Penuntut-penuntut Terengganu di bawah Tajaan Yayasan Terengganu.

Untuk baca kisah sebenar boleh tengok di blog Ust Ubai.

Sebenarnya perkara ini telah aku ketahui sebelum keberangkatan ku Ke Mesir. Ada Ust disana tanya apa perkembangan terbaru sahabat2 aku yang pergi ke Mesir di bawah tajaan Yayasan Terengganu. Aku kata tak tahu sebab tak dapat nak berhubung. Lalu dia bagitau bahawa kawan2 aku ni kena culik. dan tak tahu kemana. Sampailah 2,3 hari lepas khabarnya mereka berada di semenanjung Sinai.

Isnin petang tu Aku dan sahabat2 selamat sampai di bumi anbiya' ni. Dan disambut dengan penuh mesra oleh Unit Sambutan Mahasiswa Baru KPT (Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu)

Dan alhamdulillah, aku bersyukur sangat2 sebab pemergianku bukan dibawah mana2 tajaan. Tetapi FAMA (Father dan Mama) hehe... Kami disambut dengan penuh rasa ukhuwwah.

Abang2 senior yang tahu kami sedang kehausan terus memberikan air mineral tanpa perlu diminta. Setelah itu terus membawa kami ke Surau untuk Solat Zohor kerana waktu itu hampir masuk waktu asar. Alhamdulillah, kami dapat solat jamak takdim qasar dengan selesa dan aman.

Usai solat, kami dibawa menaiki tremco/bas menuju ke Kompleks Darul Iman. Dalam perjalanan kami diberikan sedikit taklimat dan penerangan daripada USMB iaitu Unit Sambutan Mahasiswa Baru yang bernaung di bawah KPT. Penerangan disampai oleh Pengarah pgoram, Setiausa dan Naib Presiden 2 PMRAM.

Kebetulan kami sampai, PMRAM sedang mengadakan Haflah Aidilfitri 2009 @ HATI. Dan kami terus dijamu dengan Mee Bandung. Semua barang2 kami telah selamat diuruskan oleh abang2 senior dan unit amal. Terharu dan bahagia rasanya. Sampai sahaja kami disambut dengan penuh hangat, ucapan ahlan wasahlan, dan pelukan mesra menyambut ketibaan kami. Seperti golongan muhajirin disambut oleh golongan ansar.

Kemudian kami dibawa ke bilik penginapan masing-masing, dan alhamdulillah cukup selesa. Terima kasih kami ucapakan kepada semua pihak yang telah bersusah payah menyambut kami dari lapangan terbang sampai kami selamat sampai di rumah penginapan. Terutama kepada Pengarah USMB Ust Hafizuddin.

Kisah tentang sahabat2 aku yang diculik tu aku malas nak tulis, korang bacalah kat blog Ust Ubai yer. Dan memang itulah hakikat yang berlaku. Masa aku sampai 3hari lepas, Yang tinggal hanya bagasi2 mereka yang diculik dan aku dapat lihat kopiah kawan aku, Bukhari masih berada dalam galeria Ululabab dkt dengan rumah terengganu. InsyaAllah mereka akan tiba disini malam ini insyaAllah.

..sebelum diculik selama 10 hari. Pihak USMB diugut agar tidak turut sama menyambut mahasiswa/wi baru di airport. Believe it or not?!

Sepanjang diculik, kebajikan mahasiswa/wi baru tidak terjaga. Saya tak bohong. Tak percaya, sudah!


9 Syawal 1430 H - Mahasiswa/wi baru persendirian seramai 10 orang disambut oleh USMB dengan aman, damai dan harmoni tanpa sebarang ugutan



Dari kiri belakang : Aiman, Aku, Ulwan, Jihad, Kamal, Muzani
Depan : Zahani dan Hakim.

Wajah-wajah ceria mahasiswa baru yg selesai menunaikan solat dengan tenang sedang rakan-rakan mereka tajaan Yayasan Terengganu sudah berkali-kali solat di akhir waktu akibat ketidakcaknaan UMNO dalam keghairahan bersiar-siar. Jangan marahkan mereka yg baru, mereka masih bingung dengan dengan waktu solat di Mesir.

Sebagai penutup, hayati kata-kata keramat ini "UMNO tidak pernah serius menangani isu akidah, inikan pula isu ibadah?! Isu akhlak? Jauh sekali..."


Pasal isu ni,
Korang nak baca kat Blog Ust Hairul Nizam pun takpe.
Nak tengok gambar2 kami yang baru tiba dekat Blog Fadilatul Sheikh Fahmi pun boleh.

Khulasah atau kesimpulan daripada aku, lebih baik pinjam dengan ceti haram ataupun along. Sesungguhnya pinjaman daripada Yayasan Terengganu bukan untuk menyenangkan atau membantu pelajar2 tetapi menyusahkan oleh kerana politik melampau yang diamalkan oleh si pencacai UMNO ni. Tidak ketinggalan ISMA. Bukan semua yer. ada jugak yang baik tapi sebahagian daripada mereka.

3 komen mengomen :: Pinjaman yang menyusahkan..

  1. Assalamualaikum...

    Alhamdulillah, nta selamat..syukur. Ana agak risau dengan situasi sahabat2 apabila berada di sana sebab banyak dah ceritanya. Kalau mulanya dah lain, takut kat tengah tak dapat selamatkan. Mudah2an Allah melindungi nta dan sahabat2 yang lain, dan kalau boleh, cubelah khabarkan dan betulkan fahaman2 yang dah tersalah faham tuh..

    Insya Allah, ada beberapa pimpinan PMRAM yg ana kenal dan sahabat2 yang kenal ana, ana dah minta tolong pimpinan ni jaga molek2..mereka semua dah sampai sebelum raya ari tu.. Dan ana yakin, nta lebih faham mana yg perlu dilihat dan yang mana benar..

    Barakallahu fik..

    siiru a'la barakatillah..

    wslam..

  2. Waalaikumsalam,

    Alhamdulillah, kami semua selamat dan dalam keadaan sihat wal afiat. cuma ada sorang dua sahabat yg selsema.

    InsyaAllah, kami tahu pilih jalan yang mana. Walaupun baru di Mesir tidak bererti kami tidak tahu siapa PMRAM, siapa dia ISMA dan lebih2 lg UMNO.

    Dan Alhamdulillah, ramai dikalangan pimpinan PMRAM, KPT merupakan senior2 kami. InsyaAllah mereka akan sentiasa menjaga kebajikan kami.

    Jazakumullahukhair jazak.

    Doakan yang terbaik buat kami disini. Moga2 niat kami untuk menggapai redha Allah tidak pernah sedetik pun berubah..

    Wasalam.

  3. salam...
    sedikit pembetulan fakta...jamuan hari raya mase adik sampai ari tu,bukannye anjuran KPT..tapi PMRAM.program itu diberi nama HATI @ Haflah Aidilfitri 2009...
    semoga Allah sentiasa mudahkan permusafiran di bumi anbiya' ini...amen

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers