Andai Sempurnanya Iman semudah itu.. Bah 2.

Ibu semakin pelik dengan perangai anak kesayangannya itu. Mengapa dan untuk apakah kanak2 diusia 10tahun, yang telah diakandungnya dalam perut (mestilah dalam perut, takkan kat kepala lutut kan? hehe..) bertanyakan soalan sebegitu?

Adakah dah buang tebiat anak aku yang sorang ni? Mengapa dia berperangai pelik semenjak dua tiga empat dan lima dan enam menjak ini? Hairan.. atau ajal sedang menghapiri. Sebab kata orang kalau perangai seseorang tu pelik, alamatnya ada sesuatu akan berlaku..

Ibu semakin dihantui perasaan resah dan gelisah. Teringat sewaktu amin menyerahkan nat tayar kepadanya 3hari lepas.

"Ni nat tayar bas mana amin ambik ni? Nak buat apa? Cuba bagitau kat ibu.." Namun jewapannya sekadar senyuman manja dari amin. Hmm..

Sempat amin membalas "Ibu, jangan lupa tau tolong bersihkan sampai berkilat, nanti dah siap ibu bagi dekat amin tau, amin nak simpan" sambil membuat aksi mencuci baju yang sedikit lucu. Tergelak dalam hati. Entah daripada mana dia meniru aksi tersebut.

Namun dalam hati ibu "Ish.. pelik betul amin ni. Lebih baik buang aje nat kotor ni. Nak buat apa bagi dia main benda yang pelik2"

"Ibu.. Mana nat yang amin kasi semalam? Ibu dah basuh dan bersihkan belum..? Terkejut ibu dari lamunan. Wajah ibu berubah jadi sedikit cemas, kerana yang yang dimaksudkan telahpun dibuang.

"Err.. ada. lusa ibu bagi la ye sayang.." Balas ibu tenang.

"Ok.." jawab amin pantas.

"amin nak makan daging kambing ke? Nanti ibu belikan ye.." Ibu cuba menduga keinginan anak lelaki kesayangannya itu.

"Eh, bukan nak makan, amin nak cari iman yang sebahagian lagi."

Ibu tambah kaget. Nat tayar bas, kamben, Iman yang sebahagian lagi? Aduh.. Apa nak jadi dengan anak aku nih? dah merepek macam kerepak plak dia..

"Ibu... raya nanti kita jangan balik kampung Tok Ayah dengan Tok Mak je tau, kita balik kampung Opak dengan Aki sekali, dan amin nak ziarah semua saudara mara kita. Ibu bawak amin jumpa mereka semua tau." Belum sempat persoalannya terjawab, timbul pula soalan baru. Tiba2 amin nak ziarah semua saudara mara. Makin rungsing dan risau perasaan ibu.

Amin terus berlari kedalam bilik. Ibu faham benar kemana dia mahu pergi ketika ini. Azan asar kedengaran. Itulah rutin hariannya sejak 2tahun lalu, akan pergi ke surau walau ketiadaan ayah dirumah. sudah terbiasa solat berjamaah disurau.

Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana mengurniakan aku seorang anak yang baik. Semoga suatu hari nanti dia akan jadi permata dan pejuang agama-Mu. Hati kecil ibu berdoa.

Usai waktu pejabat. Kepulangan ayah disambut dengan pertanyaan dan aduan daripada Ibu.

"Abang, tengok2kanlah sikit amin tu, pelik sangat saya tengok dia sejak kebelakangan ni. Risau saya dibuatnya. Mula-mula nat tayar bas, lepastu bertanya pasal harga seekor kamben, nak ziarah semua saudara mara, sekarang pulak nak cari iman yang sebahagian lagi..."

"Hmm.. betul jugak cakap awak tu. Elok kita jumpa dengan guru kelasnya, Ustzh Nur (bukan terpengaruh cerita nur kasih ye.. Huhu) bertanya keadaan dia disekolah. Lepastu kita panggil Tok Imam datang rumah, tolong bacakan sikit doa penerang hati. Moga2 tiada perkara yang tak kita ingini."

Keesokkannya harinya Ibu pergi la berjumpa dengan Ustzh Nur Kasih (Tiada kaitan dengan cerita Nur Kasih ye. Aku tak tengok, ULANGan Aku tak TenGok pun kisah Si Adam, Aidil, Nur Amina, Alya dengan Katrina tu ok. walaupun akhirnya mereka berbaik semula. hehe..)

"Ustzh, kebelakangan ni, amin ada buat perangai pelik tak? Macamana pembelajaran dia?"

"amin ok je, budaknya baik, comel, rajin, cerdik, pintar, pandai, bagus, excellent, mumtaz, very good, nallarekkek, soleh, cerdas, cemerlang, gemilang, terbilang, satu Malaysia. Eh, selalu dapat nombor satu dalam peperiksaan. Dia macam biasa je, takde benda pelik pun yang saya nampak, kenapa puan?"

(amboi2, bodek terlebih la plak Ustzh ni, aku sekeh karang. Jack bukan main tinggi.. Nak duit raya cakap la.. Tau la dah nak raya haji ni.. Huhu..)

"Baguslah kalau macamtu, bukan apa Ustzh. Sejak kebelakangan ni saya tengok dia ni asik cakap nak cari Iman yang sebahagian lagi la, tanya pasal kambeng la, bawak balik nat tayar bas pakcik kedai aiskrim tu punya yang jual nasi lemak tepi sawah padi dekat kubur dekat simpang empat belah kiri simpang tiga tu ha.. Pelik betul saya dibuatnya, kadang senyum sorang2. Kentut la tu biasanya.."

"Hmm.. InsyaAllah, takde papelah puan. Biasalah tu, budak2. Imiginasi dia lebih sekit. Dalam usia sebegini kanak2 biasanya akan meniru atau cuba mencuba apa yang dilihat dan didengar."

"Mungkin jugak. Terima kasih la cikgu. Nanti datang la jemput kerumah, saya tau cikgu nak duit raya. Eh.. tak2, saya gurau je cikgu. Ada masa lapang, lepak2lah kat rumah saya, jangan sengan2. Kalau boleh bawak la buah tangan ke, nasi ayam ke, boleh saya jamu cikgu makan. Oklah cikgu, Saya mohon permisi dulu ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." balas Ustzh Nur pendek.

Keesokkannya Tok Imam dan Ustzh Nur datang kerumah untuk berbincang tentang masalah amin. Dalam rancak muqaddimah perbualan mereka. Tiba2 amin menjerit.

"Kakak mana boleh kawen, sebab kakak takde duit." ujar amin kepada kakaknya yang cun bak bunga kembar siam. (adeke? haha... sukati aku la)

Ibu, Ayah, Tok Imam dan Ustzh Nur terkejut mendengar jeritan amin dari ruang tamu.

Ayah segera mendapatkan amin, meninggalkan kakaknya sendirian diruang bacaan.

"Kenapa amin cakap macamtu dekat kakak?"

"Yela, kakak mana boleh kawen sebab kakak takde duit. Sebab kalau nak kawen kena buat kenduri. Tok Imam cakap masa kuliah haritu Nabi pernah bersabda Kendurilah walau seekor kambing. Jadi, kakak takde duit. Macamana nak buat kenduri?"

Tok Imam yang sedang lapar (bukan nama kampung Tok Imam Lapar kat Kuala Berang, Terengganu tu yer, huhu.. ni Tok Imam lain) terkejut kucing mendengar namanya disebut. Lants, secepat kilat mendapatkan amin.

Ibu terlebih dahulu mengajukan soalan. "Oh, jadi amin tanya pasal harga kambing sebab nak kawinlah ye? Sebab tu beriya-iya suruh ibu bawak pergi rumah saudara mara. sebab amin nak jemput mereka semua, macamtu?"

Amin mengangguk comel, seperti lagak orang dewasa fahamnya.

"Selama ni kan Ibu ajar amin mengikuti Sunnah Nabi Sallallahualaihi wasalam sepanjang masa? Dari bangun tidur sampai nak tidur balik. Bulan lepas, Tok Imam ada sebut kat surau. Tok Imam cakap Nabi pernah bersabda : Nikah itu sunnahku. Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka bukanlah dia dari golonganku."
(Sohih Muslim Hadis 1401)

Kali ini ibu benar2 terkejut. Tok Imam terkujat. Ayah terkujit dan Ustzh Nur pun turut tumpang sekaki dua. Kami saling berpandangan, kemudian kembali mahu menghuraikan permasalahan sebenar amin.

Tok Imam menepuk dahi amin. Eh, bahu.. silap tulis plak. "Oh, amin dengar kuliah maghrib tok ya. Pandai amin. (amin kembang kempis hidungnya.. )

Ibu tersenyum dengan pujian itu. Pujian untuk amin, bermakna pujian untuk ayah dan ibunya. Tetapi lantas ibu teringatkan tentang kata-kata amin tentang Iman yang sebahagian lagi.

"Cuba amin beritahu Ibu. Sebab apa amin cakap amin nak lengkapkan iman yang sebahagian lagi? ibu risau tau. takut2 amin belajar daripada mana2 Ust."

Amin tersenyum bangga, tiba2 angin sepoi2 bahasa meniup sebagai latar backgroundnya. menampakkan kecomelan dan kebanggaannya. "Oh, kan ibu selalu kata, kebersihan itu sebahagian daripada Iman, jadi mana yang sebahagian lagi?" Jadi amin berazam nak cari Iman yang sebahagian lagi. Biar iman amin sempurna."

Ibu dan ayah serta Ustzh Nur menoleh kearah Tok Imam. Kali ni mereka benar2 terkesima dan bingung dengan jawapan dan sekaligus persoalan daripada amin.

Amin menggaru-garu punggungnya yang gatal, eh.. silap lagi. Kepalanya yang tidak gatal (tersasul pulak) sambil menjawab "Tok Imam kata, Nabi pernah bersabda : Sesiapa yang dikurniakan Allah isteri yang solehah, maka Allah telah menjaga sebahagian agamanya. Maka awasilah sebahagian yang lainnya!."
(Mustadrak A'la Sohihain, Hadis 2729) sebab itu amin nak kawen.

Tok Imam menepuk bahu amin sambil menggosok kepala anak kecil itu. Amin jangan semudah itu memahami hadis. Hadis tidak boleh difahami begitu sahaja. Walaupun amin bijak, tetapi amin masih perlu banyak belajar. Kan lebih baik amin bertanya tok sahaja? Mungkin amin perlu tahu malu itu juga sebahagian daripada iman.
(Fathul Bari Hadis 24) Ada hadis lain yang mengatakan bahawa Iman itu ada beberapa bahagian. Setinggi-tinggi iman adalah "La ilaha illallah dan serendah-rendahnya adalaah mengalihkan benda yang ada dijalan yang boleh menyakiti seperti duri, paku dan batu" (Fathul Bari hadis 9)

"Jadi, amin silaplah ya?"

"Amin tak silap, tapi amin kena banyak belajar lagi"

Ibu memandang ayah lega. Kemudian berkata "Anak-anak zaman sekarang cepat betul membesar"

Tiba-tiba amin menjerit lagi. "Ibu! Mana nat yang Ibu sudah bersihkan tu?"

Terkejut Ibu "Amin nak buat apa pulak dengan nat tu.?

"Kan Rasulullah suruh beri mas kahwin bila berkahwin, walaupun mas kahwin itu cuma sebentuk cincin besi!
(Sohih Muslim hadis 1427/Sohih Bukhari hadis 5167) amin nak la nat tu."

Kami berpandangan semula.. Masing2 terkesima lagi..


1 komen mengomen :: Andai Sempurnanya Iman semudah itu.. Bah 2.

  1. ngaaaaa
    'thumbs up'
    dlm lawak2 masih terselit mesej yg ingin disampaikan..
    tahniah...

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers