Kisah Gunting dan Bunga..


Bismillahirrahmanirrahim..

Allahumma solli ala muhammad..

Imtihan Qobul datang menerpa lagi. Menerkam dan mencakar hati-hati yang baru mulai mekar subur di bumi anbiya' ini.

Walaupun pada mulanya hati ini sedikit merajuk dan seakan-akan layu bila angin menyapa. Namun akhirnya ia akur, angin yang bertiup kencang bukan mahu memusnahkan. Tangan yang memetik bukan mahu menjahanamkan. Tetapi sebagai tanda diri ini begitu disayangi, dihargai dan disukai oleh mereka-mereka yang cintakan keindahan dan kedamaian.



Ibarat manusia yang cintakan bunga, mereka akan mencari dan memetik bunga-bunga yang mereka sukai lalu mereka hiaskan dan suburkan dengan air dan baja.

Pada mulanya, bunga merasa sakit bila dirinya dipetik dan dicantas. Namun akhirnya ia sedar, disebabkan kecantikan dan haruman yang ada padanya maka ia terpaksa dilukai pada awalnya. namun itulah matlamat ia diciptakan, untuk menghiasi alam yang indah ini. Ia sedar hidupnya tidak lama meskipun tidak dipetik dan dituai. ia Redha.


Apalah erti hidup andai tidak berguna kepada sesiapa.? Begitu juga aku, bunga yang baru kembang mekar dijalan ilmu. Ilmu tidak mungkin mekar andai tidak dibajai dengan ujian, tidak matang andai tidak diamalkan.

Atas sifat kasih dan sayang empunya taman, dicantasnya bunga tersebut dengan gunting yang bernama Imtihan Qobul. Lalu ia datang menyapa,



"Wahai bunga, aku ingin mencantas mu."

Lalu aku bertanya kepada Imtihan Qobul. "Mengapa engkau dan tuan engkau mahu mengambil dan mencantas diriku?"

"Sudah pasti tuanku mahu engkau menjadi penghias dan penyeri dikamarnya"

"Siapa tuanmu?"

"Oh, tidak kau mengenali? Dialah Para Masyaikh Al-Azhari.. Dia mahu kau teruskan hidup di kamarnya, agar kau mendapat manfaat dan ilmu daripadnya. Lalu untuk itu aku perlu mencantasmu. Dia juga ingin melihat adakah kamu mampu bertahan seketika untuk disunting oleh aku. Andai kamu layu sebelum aku mencantasmu sudah tentu engkau tidak layak untuk bersama tuanku."

Oh, baruku sedar. Untuk bersama tuanku yang berilmu, aku harus menyakiti diri terlebih dahulu. Ia bukan melemahkan, malah menguatkan aku untuk terus hidup, bertahan dan bertahan untuk berbakti dan berjasa kepada tuanku.



Namun adakah aku mampu untuk bertahan? Dalam taman ini, beribu-ribu bunga yang baru kembang dan mekar. Mengapa aku yang terpilih? Sudah pasti aku antara yang terbaik daripada yang terbaik.

Namun hanya ada dua natijah yang perlu aku telan dan hadam. Andai aku gugur disaat aku dicantas. Tersungkur ditanah la jawabnya. Andai aku bisa lepas dan bebas dari kesakitan ini, bersama tunakulah jawabnya. Namun gunting tadi mengingatkan.



"Andai kamu pengsan disaat aku mencantasmu, tuanku tidaklah zalim untuk terus membuang dan membiarkan engkau bersendirian di atas tanah yang tandus lagi gersang ini. Dia akan menempatkan kamu dalam sebuah bekas, yang didalamnya terdapat ubat-ubatan seperti vitamin dan air untuk engkau meneruskan hidup. Andai didalam bekas itu engkau bisa tumbuh dan segar, tidak mustahil engkau akan menjadi peneman tuanku suatu saat nanti."



Bunga yang tadinya hampir layu dan malu akhirnya segar kembali. Aku harus tabah dan kuat. Kerana aku diciptakan hanya ada dua pilihan, hidup berbakti, atau mati tidak bererti. Lalu dia memilih untuk hidup berbakti, biarlah dia disakiti, asalkan hidupnya penuh erti.



Begitu jugalah Imtihan Qobul yang bakal aku lalui yang entahkan bila, dan bagaimana soalannya.

Semalam semasa trial, ramai yang aku lihat seakan-akan mengalah sepertimana juga aku pada awal2 perkhabarannya dulu.

Ada yang memberi pendapat dan cadangan kita perlu mengugut dan mendesak pihak pentadbiran al-azhar dengan berkata andai perkara sebgini dilakukan terhadap pelajar Malaysia. Maka ia, akan memberi kesan pada masa akan datang , iaitu pelajar dari Malaysia yang akan ke al-Azhar semakin berkurang.

Namun aku perlu sedar bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tidak membebankan seseorang dengan sesuatu yang dia tidak mampu. Begitu juga aku, begitu juga kita. Begitu juga untuk semua makhluknya.

Mentaliti kita cepat mengalah. aku termotivasi daripada kata Ust Hairul Nizam. "Saya sejak kecil memiliki satu sifat yang jarang ada pada orang lain. Itu saya tidak boleh melihat seseorang lebih hebat daripada saya. atau mudah faham hasad dengki dalam perkara ilmu."

Dan natijah daripada sifat itu, beliau sekarang sedang membuat Master dalam bidang Usul Fiqh di Universiti Al-Azhar. Yang mana rata-rata manusia tahu bahawa tempat yang paling payah untuk mendapatkan kelulusan master didunia adalah di al-Azhar. Dan dia sahut cabaran tersebut. MasyaAllah. Insan hebat seperti beliau.

Namun masalahnya aku termotivasi dengan kesabaran beliau sahaja, bukan pada semangat dan usaha gigih beliau. Aku masih memerlukan sokongan dan dorongan untuk mara kehadapan. Mengapa aku sebegitu? Namun itulah yang kita tidak nafikan, setiap manusia pasti ada kelemahan dan masalah yang sering berkonfrontasi didalam diri.

Kita kenali ia usaha untuk melawannya sebagai MUJAHAD.

Bebalik kepada soal Imtihan Qobul. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa itu Imtihan Qobul?
Mengapa ia diadakan? Mengapa yang yang takut untuk menghadapinya terutama pelajar Malaysia.

Persoalannya, diamanakah status Sijil Tinggi Agama Malaysia disisi Universiti Al-Azhar?

Kerana syarat kelayakan pelajar Malaysia untuk memasuki Universiti tertua didunia ini adalah dengan mengenggam segulung sijil bernama STAM. Namun itulah hakikat yang perlu ditelan dan dikunyah oleh mulut2 pelajar tahun satu pengajian Islam samada mengambil pengkhususan dalam bidang Usuluddin mahupun Syariah.

Kedudukan mereka tidak pasti. Walaupun nama dah muqayyad atau disahkan boleh memasuki kuliah seperti pelajar2 tahun satu sebelum ini. Namun mereka terpaksa juga menghadapi Imtihan Qobul. Dimana, natijah atau kesan daripada keputusan itu akan membawa kepada dua. Andai lulus Imtihan Qobul ini, bolehlah memasuki kuliah seperti biasa, andai tidak lulus maka terpaksa memasuki maahad lughah selama setahun.

Maka disana berlaku pembaziran atau mengambil masa yang lama semata-mata kerana tidak lulus ujian tersebut. Dan perlu mengambil ujian atau Imtihan Qobul sekali lagi pada tahun hadapan yang juga belum pasti.

Sedangkan duit telah dihabiskan ribuan ringgit untuk sampai ke Mesir.

Inilah yang menghantui pemikiran dan jiwa pelajar-pelajar tahun satu daripada Malaysia.

3 komen mengomen :: Kisah Gunting dan Bunga..

  1. Assalamualaikum...

    Emh..(",)..Jangan cepat mengalah..Dan jangan cepat menyerah segala2nya tanpa faham maksud berusaha..Serta titipkan satu ubat di hati bahawa setiap kekuatan mukmin itu doa..maka, jangan lupakan juga tawakal..Ingatlah janji Allah dalam firman Nya surah At-Tagabun ayat 13..

    "(Dialah) Allah, tidak ada tuhan selain DIA. Dan hendaklah orang-orang mukmin bertawakal kepada Allah"

    Semoga Allah membantu nta dan adek2 ana yg ana tidak putus2 doakan mereka dapat balik semula ke malaysia untuk berbakti pad agama...

    wassalam..(",)

  2. Waalaikumsalam w.b.t, Syukran Ukhti.

    Aiwah, betul sgt2, Doa itu silahul mukmin.

    Telah berfirman tuhanku : Berdoalah kepada-KU Nescaya akan-KU perkenankan.

    Memang syaitan akan sentiasa berusaha dan bermain2 dalam hati manusia supaya manusia berputus asa dan berpaling drpd rahmat Allah.

    Moga2 ana kekal tabah dan kuat dalam menghadapi ujian ini. Ni pun baru sihat sikit. Sakit datang bertanya khabar lagi.. hehe..

    Mungkin silap makan makanan arab ni, yela.. kita nampak makanan tu macam bersih. Tapi taktau macamana diorang proses makanan tu sebenarnya. Ikut sedap je makan. masa makan sedap la, lepastu tanggung la sakitnya. hehe..

    Pengajaran, kena pilih makanan yang berkhasiat dan bersih. Jangan makan makanan tepi2 jalan dan tengok sape yg menjualnya.

    InsyaAllah, ana akan berusaha seboleh mungkin dan tak cepat putus asa. Masa awal2 aritu frust jgk, tapi sekejap je. Jangan layan sangat perasaan tu. Yakin kita boleh buat.

    Tiada halangan hanyalah peluang. Kalau kita tengok sebenanya Imtihan Qobul ni satu peluang kpd pelajar2 supaya lebih tekun dan bersedia. Ia memberi kesedaran kpd kita ilmu itu perlu diamal dan sentiasa diulang2 baru ia membekas dihati.

    Macam Ust Hairul sebut haritu, menuntut ilmu ni sesuatu yang lama, maka perlu sabar. Dan ilmu itu perlu sentiasa diulang2 baru kita cepat ingat. Macam cikgu la, dia ajar tiap2 hari subjek yang sama. Kalau 20tahun jd cikgu, benda tu dah ada dalam kepala, takyah bawak buku dh. Bwk nota ringkas jer.

    Macam belajar sejarah, kita bukan main susah nak igt tarikh, tahun dll. Tp dia selamber jer sebut. haha.. sbb dah tiap2 hari sebut.

    Sebab tu kunci ilmu adalah belajar, nak hadam dan matangkan ilmu, kena amalkan (mengajar, berpesatuan dll)

  3. Owh, tak sihat sebab salah makan ek. Emh, teringat sahabat ana pernah berpesan, klau nak makan, kita baca doa makan dan selitkan salah satu doa dalam mathurat yang mulanya dengan" Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi....."...

    dari maksud doa itu, " dengan nama Allah," Maka setiap pekerjaan, mulakanlah dengan nama Allah, "yang dengan namanNYA akan terhalanglah segala sesuatu di bumi dan di langit,untuk menimpakan bencana" Maha Suci Allah, maha kuasa Allah yang berupaya menghalang segala sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh hamba2 dan makhluk2NYA, yang memudaratkan atau memberi kegembiraaan.."dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui" moga permintaan kita hamba2NYA di dengari dan dari setiap sesuatu, DIA maha mengetahui...


    Saje nak kongsikan, mmg pernah pensyrah ana kata, mesir ni agak kotor sikit, maaf, tapi ini hakikat, cumenya, amalkanlah doa di atas mudah2an segala2 yg memudaratkan, dihalang olehNYA yang Maha Berkuasa..(",)

    Benar, ilmu ini, kita tak boleh nak buat suka2 nak belajar, suki2 nak tinggalkan. Kalau kita dah ambil, kita kene teruskan, jgn mudah putus asa..Itu sahaja, jgn mudah putus asa.


    Teringat satu peristiwa ana masa kat kampus zaman degree dulu. Ana jenis nekad, kalau ana nak failkan, ana akan failkan. Adalah satu paper ni, ana jadi blur, kepala jem, last2, ana nekad, biarlah fail pun, rezeki Allah, ana tak fail, dan sepanjang2 ana mengambil degree, ana belum pernah lagi merasa perkataan fail subjek berbanding sahabat2 ana yg lain, banyak kali mengulang. Alhamdulillah..Dan itulah lintasan hati ana semasa pertama2 sekali masuk tahun 1, "Aku taknak cacatkan skrol ijazah aku dengan repeat paper"...(",)..."Allah bersama dengan sangkaan kita"...


    Pasanglah niat sebelum anta memulakan pelajaran, dan sentiasalah ingat apa yg nta niatkan, mudah2an, Allah bersama-sama dengan sangkaan nta..:)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers