Kemeriahan Mengorbankan Kambiang dan Untiang.. hehe..

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah,

Setelah Hari Raya pertama AidilAdha tidak dapat mengorbankan mereka, maka KPT atau Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu mengadakannya pada keesokkan hari. Atas alasan safarah/kedutaan sudah buat majlis pada hari tersebut dan KPT tidak boleh buat pada hari yang sama.

Namun aku bersyukur dan sangat berterima kasih atas kemudharatan yang diberikan sebab pada raya pertama aku tak perlu gaduh2 untuk menyembelih dan dapat solat dengan tenang dekat Suq Sayyarah, walaupun tak tenang sebab jalan raya basah, hujan lebat sebelum solat/selepas subuh. Lepas tu dapat pergi dengar Khutbah oleh Presiden PMRAM Ust Abd Mu'iz di Masjid Musa, Hayyu sabi', lepastu dapat pulak pergi beraya ke rumah Ust Zahari. Dekat jer dgn Masjid Musa di Hayyu Sabi'. (Jimat dah sarapan) Fuh, kena Soto memang best. Syukran kpd USt Zahari.

Lepastu, balik pula ke Hayyu Asyier, beraya ke rumah Ust Rafzan dan Ust Rozi, Makan nasi minyak.. (Jimat lg duit makan tengahari) hehe.. Syukran USt.
Lepastu, sedang elok jer, siap2 untuk solat Jumaat. Kesian aku tengok mereka2 yang terlibat dengan korban haritu, ada jugak yg tak pergi solat Jumaat rasanya. Walaupun mereka boleh jama' kerana musafir. Namun rugi rasa tidak dapat merayakan sayyidul ayyam di Masjid.

Lepas balik dari Solat Jumaat, rehat2. Tido. Dekat nak asar bangun. Solat, tengok keadaan kambing2 dan unta kesayangan. Lepastu pergi raya rumah Mantan YDP KPT plak. Ust Shafizi. Fuh.. Sedap. Yang penting free. Kui3.. Bukan takde duit yer. Tp dah org jemput buat apa nak membazir beli kan? Selama ni pun aku masak kat umah jer. Jimat duit, sedap pun sedap. hehe..

Jadi projek sembelih menyembelih bermula jam 6.30 pagi, seudah ramai yang mengerumuni kambiang2 dan untiang. Dengan harapan mereka takut dan gementar. HEhe..

Kambing pertama yang dikorbankan adalah kambing... Err.. sape ek? Lupa la plak. Kambing Dr. Anas kot. tak pasti.. Huhu.. kena rujuk kamus b.arab bahasa inggeris dulu.. (ape kaitan?.. haha)

Jadi malas nak tlis secara detail, nanti ada plak yang terasa. kui3.. Korang layan jelah gambaq ni. Ada banyak lagi gambar, setakat yg mampu diedit dekat 90helai, yang dapat diupload yg kat bawah ni la. Len kali aku upload lagi. yer.. Zass...


Mantan YDP Ust Syafizi buat muka comel, yang sebelah tu Ust Fahmi. Senyum sokmo. Kalamnya penuh dengan ilmu, macam kitab berjalan. hehe..


Inilah unta kesayangan kami, namanya Mamud. Oh.. Mamud sudah tiada lagi. huu~


Kambing, namanya ape ek? Lupa plak.. Michael rasanya. Banyak sangat kambing sampai lupa. Huhu.. Antaranya Betty, Stone, Michael, Mimi (Dr. lukpi punya), Maria, Jack, tanyalah Bukhari sebab dia menghafal nama2 mereka. hehe.. Sempat lagi kambiang ni bermanja dengan USt Manan. Huhu.. Dengan aku sikit pun taknak.. waa... Takpe2. siap ko nanti aku kerjakan.


Aku sedang khusyuk menanggalkan baju mamud. huhu..


Senyum kegembiraan kerana akhirnya dapat jugak aku membogelkan(bogel?) kasaq sangat bunyinya.. Tanggalkanlah.. hehe.. (ceh.. wat alim warakkdun wabarkun betul budak nih, cabut2 la kopiah tu, huhu.. karang kotor kena darah.. sape yg susah, aku jugak yg kena basuh nnt. Huhu)

Sedang mencabut topeng yang dipakai oleh Micahel. kui3..
Sampai kulit telinga pun aku lapah. puas hati.. haha.. Satu2nya kepala kambing yang dilapah masih mempunyai telinga. Kah3. Rugi tak ambik gambo, kameraman dah naik atas solat masa aku siap lapah. Wuhuu.. namun aku sangat seronak dapat mentogelkan kepala michael.
Yea.. akhirnya dapat jgk membalas dendam sebab dia taknak bermanja dengan aku tadi, nak dgn Ust Manan jer. haha..


Mamud yang sudah tiada kepalanya.. Sudah dikerjakan oleh aku. Buat sup. Amek otak dia. haha.. (ee...) baru ni ada org arab bagi otak. Tak pernah aku makan otak, last2 buang camtu jer. Ingatkan nak buat hiasan dinding. awet dulu, kemudian buat model rokok. Konon2 kanser rokok la.. Huhu.. tapi tak jadi.


Mereka2 yang kiat bekerja.. Syabbas.. Diketuai otai lama Ust Aziz.


Ini pula gambar mereka2 yang malas, asyik bergambar jer. huhu.. tak nak tolong aku pun. Takpe2.. Tau la nak tumpang populariti/mencapab kegelameran adik Ikramuddin ni yg telah mengahafaz 30juzuk pada umur 13 taon. Sama macam aku. kui3... Sekadar gurauan di pagi raya. Renung2kan dan selamat beramal.

Berilah komen membina, kurang2 pun satu perenggan. Hehe..

3 komen mengomen :: Kemeriahan Mengorbankan Kambiang dan Untiang.. hehe..

  1. wah. panjang nye leher unta sungguh kagum.

    haha sungguh busuk hati anda revenge terhadap kepala kambing. sila insaf segera

    btw, selamat hari raya aidiladha!

    *3 perenggan komen saye. bagus tak? :p

  2. Ye, kepala unta a.k.a mamud sangat panjang. Sangat susah menyembelihnya. Huhu...

    Saya bukan busuk hati, sekadar mengubati hati yang dengki. hahaha..

    terima kasih kerana sudi mengomen, btw.. anda nampaknya selalu ponteng kelas bm masa sekolah dulu. haha..

    Perengan dengan semuka anda tidak kenal. huhu..

  3. menarik la, kreatif...mesti banyak membaca ni, sebab banyak pengaruh-pengaruh dan anasir-anasir tidak sihat dalam gaya penulisan (komen membina ni)...puji dulu, baru kutuk...heeee

    xde la, okey la,..saya suka baca penulisan ustaz ni..xpegi belajar mesir pun xpe...dpt tgk gambar dan melihat 'kemeriahan' belajar di Mesir di sini.

    Well, keep up the good writing, be a prolific one...
    One day!

    Insya-Allah

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers