Urat ke aurat yg kena tutup?

Perlindungan adalah suatu perkara yang diperlukan oleh manusia. Mengapa aku cakap macam tu? Kerana perlindungan,melindungi,dilindungi adalah suatu fitrah yang wujud,ciptaan tuhan yang dikurniakan kepada kita manusia. Yang kecil dilindungi oleh yang besar. Yang muda dilindungi oleh yang tua. Kadang-kadang,keadaan boleh berubah bilamana seseorang semakin tua dan meningkat usia,keupayaan mereka dalam melindungi diri semakin berkurang. Risiko mereka mendapat bahaya semakin meningkat. Oleh yang demikian,mereka mengharapkan kepada yang muda iaitu anak-anak,saudara-mara mereka untuk melindungi mereka daripada marabahaya. Wah. Serius aku kali ni.

Merenung luar jendela.


Sebenarnya apa yang aku cakapkan di atas adalah mukadimah. Isi yang akan aku ketengahkan sekarang adalah tentang sejenis perlindungan yang Allah wajibkan ke atas kaum wanita iaitu kewajipan menutup aurat. Kewajipan menutup aurat yang disyariatkan Allah kepada kaum wanita juga adalah sejenis perlindungan.

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (al-A’raf: 26)


Islam sememangnya tidak menetapkan pakaian apakah yang patut dipakai ,tetapi Islam menetapkan cara panduan,garis panduan bagaimanakah Muslimin dan Muslimat seharusnya memakai pakaian. Antara garis-garis panduan yang disyariatkan adalah seperti menutup aurat untuk Muslimin dan Muslimat,tidak menzahirkan tubuh badan bagi Muslimah,iaitu tidak nipis dan ketat,warna yang tidak menarik perhatian lelaki,kerana wanita sememangnya sentiasa menjadi perhatian lelaki,dan yang terakhir,tidak terlalu berwangi-wangian.


Apa yang disyariatkan Islam ini adalah sebagai perlindungan terutamanya kepada Muslimah. Ini kerana,terdapat pelbagai faedah yang dapat diperolehi kepada siapa yang mengamalkannya. Sebagai suatu contoh,lelaki tertarik kepada wanita yang berwangi-wangian,oleh kerana itu,Islam melarang mereka berwangi-wangian.


Walaubagaimanapun,umat Islam sendiri tidak sedar dan tahu mengenai perlindungan yang disyariatkan Islam ini. Ini kerana mereka tidak nampak. Kenapa mereka tidak nampak. Tanyalah mereka sendiri.


Selain itu,ada yang mengatakan bahawa Islam mengongkong kehidupan wanita. Ini sememangnya tidak benar kerana Islam melindungi wanita dengan pensyariatan tudung. Ada juga yang bertudung,tapi oleh kerana fesyen,'tudung' mereka tidak dijadikan suatu perlindungan dari terdedahnya aurat dan menunaikan yang wajib,tetapi sekadar alat untuk berhias yang sekaligus menyebabkan ada di antara mereka yang menjadi mangsa fesyen. Ini benar,dan ianya terjadi. Dan ia menyebabkan kita geli hati.


Kesimpulannya,jika kita lihat pada zahirnya,menutup aurat adalah suatu kewajipan dan syariat daripada Allah dan ia sememangnya membawa banyak faedah kepada mereka yang mengamalkannya. Sebagai suatu perbandingan,lihat gambar di bawah. Yang tertutup lebih selamat dari yang terdedah.



Yang tertutup.


Yang terdedah

Sejuta Lemon Terima Kasih kepada penulis asal, sahabat baikku Ust Mohd Hafiz Abdul Karim. Kui3.. Tenkiu pih.. sedap posting terbaru. Hehe.. Sedap jgk aku 'Kopi'

0 komen mengomen :: Urat ke aurat yg kena tutup?

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers