Nak Tubuhkan Parti Pakatan Rakyat. Laksanakan ini dulu

Dipetik dan dicopy daripada Penarik Beca

Berita di bawah disiarkan oleh Harakahdaily pada 2/4/08, tak sampai sebulan selepas Pakatan Rakyat menang di lima negeri pada 8/3/08. Saya harap ia tetap relevan dengan apa yang berlaku sekarang.

PAS memperjuangkan hisbah sejak sebelum 1990, iaitu sebelum PAS memerintah Kelantan. Seingat saya, hanya kerajaan Terengganu 1999-2004 di bawah PAS yang kelihatan mengambil daya usaha mengenai hisbah. Yang lain, saya tak nampak. Tak nampak tak bermakna tak ada. Lagi pun, banyak yang kita tak nampak.

Ah, tak payahlah ulas banyak-banyak. Baca sajalah:
Kerajaan Pakatan Rakyat perlu tubuh badan Hisbah
Wed | Apr 02, 08 | 7:28:02 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Semua kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah lima negeri mesti menubuhkan badan Hisbah untuk memastikan ketelusan yang disandarkan kepada sistem yang dipercayai, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.

"Bukan pengisytiharan harta Exco-exco sahaja yang boleh meningkatkan keyakinan umum terhadap kerajaan-kerajaan tersebut, tetapi yang lebih penting lagi ialah kepada siapa harta diisytiharkan dan adakah perisytiharan itu disiasat oleh badan yang bebas," kata beliau ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim tentang keputusan untuk mengisytiharkan harta Menteri Besar serta Exco-exco kerajaan negeri itu serta keluarga mereka.

Beliau berharap badan tersebut yang dipanggil ombudsman oleh umum akan ditubuhkan dengan segera oleh kelima-lima kerajaan negeri yang berkaitan.

"Kita tidak mempersoalkan kejujuran sesiapa. Tetapi hukum alam seolah-olah menetapkan kejujuran sahaja tanpa sistem yang memelihara kejujuran itu boleh menyebabkan individu-individu yang jujur juga terperangkap dengan situasi yang mereka hadapi," jelas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sebab itulah, satu sistem yang memelihara dan memastikan kejujuran individu yang berkaitan mesti diwujudkan melalui badan hisbah tersebut.

"Dengan adanya badan hisbah, Menteri Besar, Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan boleh mengisytiharkan harta mereka kepada badan itu.

"Bukan setakat isytihar sahaja, tetapi boleh disiasat jika badan itu berpendapat ada keraguan yang mesti dijelaskan dan seterusnya mengambil tindakan susulan," katanya.

Jika harta-harta diisytiharkan kepada Menteri Besar sahaja, katanya, ia tidak memadai untuk dilhat sebagai ketelusan yang selama ini dituntut oleh rakyat.

"Kita jangan lupa, rakyat mengundi kita kerana sudah jemu dengan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh Barisan Nasional (BN).

"Mereka bertindak mengundi PR kerana mengharapkan ketelusan dan satu anjakan dalam pengendalian kuasa yang mereka amanahkan.

"Kita mesti buktikan bahawa tindakan mereka itu berbaloi. Worth it," kata Mahfuz.

aminmenulis :

aku sokong sangatlah apa yang diperkatakan, agar PAS atau Pakatan rakyat melaksanakan apa yang telah dicadangkan dahulu selepas kemenangan dalam PRU12 supaya mewujudkan Badan Hisbah disetiap negeri Pakatan Rakyat.

Bagi menjamin ketelusan dan keadilan dalam pemerintahan PR.

0 komen mengomen :: Nak Tubuhkan Parti Pakatan Rakyat. Laksanakan ini dulu

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers