Rasulullah menangis..


Malam itu.. Seperti malam-malam biasa. Kompleks Rumah Terengganu yang berhadapan dengan Kompleks Rumah Selangor kelihatan tenang dan damai...

Angin bertiup kencang membelah malam yang hening.. Anjing tidak menyalak seperti malam-malam sebelumnya. Suasana tenang, entah mengapa.. mungkinkah malam lailatul qadar?

Ah, mana mungkin! Syawal sudah berlalu, lagikan pula Ramadhan yang mungkin sudah dilupakan..
Namun dalam kedamaian dan keheningan malam itu, masih ada insan-insan yang tekun bertalaqqi dan memurojaah kitab kuliah masing-masing.

Masih ada yang gagah dan bermujahadah untuk pergi bertalaqqi dengan Habib Umar Zain dirumah Pahang yang hanya jarak 100meter dari rumah terengganu. 100 meter.. Bukanlah sesuatu yang jauh pada pandangan mata..


Namun andai tidak mampu bermujahadah melawan hawa nafsu, surau yang berada di tingkat 2 yang hanya beberapa meter itupun tidak mungkin dijejaki..

Hebatnya penangan nafsu dan syaitan yang sentiasa hasad dan dengki melihat manusia melakukan kebaikan..

Namun malam itu aku rebah dan kalah dengan kepenatan, setelah pulang dari Masjid Al-Azhar maghrib tadi, kelas Syeikh Sa'ad Jawish di Hayyu Sab'ie tidak aku hadiri. Alangkah lemahnya diri ini, baru diuji dengan kelaparan dan kepenatan sudah kalah..

Dengki aku dengan mereka2 yang kuat bermujahadah dan tidak letih2 menuntut ilmu. Aku lihat betapa bersungguh Ust Syukri untuk menghadiri kelas2 talaqqi Sheikh Yusri walaupun dalam keadaan jasmani yang kurang menyihatkan..

Aku dengki pada sahabat2 Ust yang terus istiqamah menghadiri daurah dan halaqah ilmu disana sini..

Isnin pagi..
Kami dinasihatkan tidak pergi kemana-mana. Tunggu sehingga mendapat arahan seterusnya..

"Ana nak antum semua siap2, pukul 12 kita berkumpul dekat bawah" Pesan Ust Syukri dan mungkin juga YDP. Entah.. berita yang aku dapat kurang jelas.. Benarkah program ini akan dilaksanakan? Tiada taklimat pun? Hanya dengar2 begitu sahaja..

Rupanya, Program Kembara Jejak Realiti kini menjadi realiti... Setelah tertangguh akibat dan natijah dari Imtihan Qobul, sudah hampir seminggu ia tertangguh dari tarikh yang sepatutnya.
Kami mempersiapkan diri, angin diluar begitu kencang, sejuk terasa hingga ke tulang..

Aku sekadar mengenakan jaket kelabu yang kelihatan lusuh bersama sehelai rida' hitam yang sentiasa menjadi peneman dimana sahaja aku berada. Rida' yang cukup berjasa, dengannya aku menahan kesejukan, dengannya aku mengalas tika bersembahyang, dengannya aku menyelimuti diri andai tertidur di kamar duniawi..



Pendaftaran berlangsung meriah, aku rasa sangat bresyukur kerana dapat menghadiri program-program sebegini. Terima kasih kepada PMRAM yang telah berusaha supaya Kembara Jejak Realiti ini diadakan. Program yang diadakan semata-mata untuk mempertautkan ukhuwwah diantara pelajar-pelajar Malaysia..


Allah s.w.t. telah berfirman "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka perbaikilah atau damaikanlah diantara mereka.."

Ya Allah sungguh nikmat berukhuwwah itu, bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Disini aku mengenal dengan lebih rapat siapa itu PMRAM. Disini aku mengenal sahabat-sahabat baru yang tidak pernah kutemui sebelum ini. Namun atas dasar aqidah dan persaudaraan Islam, kami dipertemukan, hati ini tertaut penuh mahabbah.

Rasa cinta itu semakin lama semakin mendalam.

Sepanjang 2 hari majlis berlangsung, ramai teman2 baru aku temui, dari Sabah Sampai ke Sarawak, Dari Utara Sampai ke Selatan.. Masyaallah, di Malaysia mungkin kita tidak pernah dan akan bertemu. Namun disini, kita dipertemukan dengan asbab. Ukhuwwah Islamiah dan dalam usaha Menuntut ilmu demi mencari redha Allah.

Aku sangat terkesan dalam Slot bersama Ust Hanafi (YDP Kedah) yang bertajuk Islam Kini "Rasulullah menangis"..

Andai Rasulullah melihat keadaan kita hari ini, pasti Rasulullah akan menangis.. Sekali lagi air mata ini tertumpah bila terkenangkan Nabi kecintaan umat dilangit dan dibumi Sayyidina Mustaffa Sallallahualahiwasalam..

Pernahkah kita bayangkan, sedang kita melakukan aktiviti harian kita, sedang kita bermain komputer, mendengar muzik, bermain bola, tidur dan sebagainya. Tiba-tiba seseorang mengetuk pintu bilik kita dan memberi salam. "Assalamualaikum.."


Lalu setelah menjawab salam dan membuka pintu. Insan yang ada dihadapan kita adalah Rasulullah sallallahualaihiwasalam. Tidakkah kita berasa malu dan segan? Pernahkah kita terfikir sebegitu? Air mata jatuh bercucuran lg, esak tangis berselang seli, nafas turun naik.. Aku meraung sekuat hati.. Namun aku tahan dari terkeluar dari mulut yang hina ini, hanya menjerit didalam hati..


Tidakkah kita berasa malu dengan Rasulullah? Dalam keadaan bilik kita, diri kita dan segala apa yang ada disekeliling kita tidak selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Nabi?

Ya allah, sungguh tidak layak aku bersama Rasululullah s.a.w tercinta, walaupun pada hakikat aku tersangatlah rindu dan cinta kpd Nabi Sayyidina Mustaffa Sallallahualaihiwasalam..

Andai hendak dibandingkan aku dengan Rasulullah pasti jaraknya seperti bumi dengan Matahari..

Ya Allah, Aku banyak melakukan dosa, andai mampu aku melihat hati ini pada pandangan hakiki pasti ia seperti minyak tar yang beku. Hitam, pekat.. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku Ya Allah.

Mengapa kita melaung sekuat hati, mengutuk kekejaman Israel laknatullah ke atas bumi Palestina yang jaraknya beribu batu dari negara kita Malaysia? Sedangkan saudara kita yang paling dekat tidak kita ambil peduli? Dimana sikap kita melihat pengeboman dan pembunuhan di Pattani? dimana sikap kita melihat saudara seaqidah kita dibunuh dan dizalimi saban hari?



Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja disekeliling kita.. Yang dekat kita tidak mampu mengapa mahu pergi yang jauh terlebih dahulu?

BUkan Nabi pernah bersabda "Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya"

Bukankah Nabi pernah bersabada "Barangsiapa yang tidak mengambil tahu tentang orang Islam, maka mereka bukan dari kalangan mereka"?

Andai Rasulullah ada masa ini, pasti Rasulullah menangis.. menangis melihat keadaan umat Islam kini.. Hanya sekadar pemerhati melihat saudara-saudara mereka dibunuh.. Inikah ummat yang aku sangat kasihi? Inikah ummat yang aku sebut2 di akhir hayatku "ummati,ummati,ummati..?

Apa peranan kita wahai pemuda-pemudi? Tidak perlu tanya kalian.. tanya aku sendiri? apa peranan yang aku lakukan? Adakah hanya sekadar menulis posting disini? Adakah hanya melayari internet setiap hari?

Benarlah sabda Nabi s.a.w. : "Pada akhir zaman, ummat slam sangat ramai, namun ia umpama buih2 dilautan, banyak namun bita tiba di pantai, ia hancur dan hilang tidak berguna lagi"


0 komen mengomen :: Rasulullah menangis..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers