Tawakkal dahulu baru Usaha?

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahirabbil alamin, Allahummasolli ala muhammad.

Semalam(Khamis mlm Jumaat) telah berlangsung Ceramah Motivasi Kecemerlangan Di Dewan Darul Iman, Hayyu Asyier, Kaherah. Alhamdulillah, program yang dianjurkan oleh Biro Akademik Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu yang tujuannya tidak lain adalah untuk memberi pendedahan tentang cara2 membaiki dan memandu kereta.(Kui3..) Pgoram motivasi, mestilah nak menaikkan motivasi kan? Selain mahu mendedahkan kepada peserta bagaimana untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

Namun hakikat yg ada pada aku, walaupun sudah berpuluh2 program motivasi aku sertai, aku masih tidak bermotivasi. Rotibasi adalah.. Huhu.. Masih juga tidak cemerlang seperti pelajar yang cemerlang. Program yang menampilkan artis terkenal (Ecece.. bergurau lah pulak) Motivator kurang terkenal, sebab tak seluruh dunia kenal mereka.

Motivator pertama Dr. Nur Farhana bt Abd Ghani (Pelajar Perubatan Tahun 2, Uni. Kaherah) dan Motivator kedua Ust Muhammad Abdul Malik b Abd Karim (Timb. S/U PMRAM). Dan dipengerusi mejakan oleh seorang yang bisu lagi tidak pandai berkata2. Sungguh memalukan beliau yang tidak suka bercakap dikhalayak ramai. Kerana terlampau malu, maka teballah muka beliau menjadi Emcee(MC). Walaupun telah ditolak berkali2 agar menggantikan beliau dengan orang lain yang lebih layak dan berbakat, Alasan beliau yg utama adalah kerana beliau tidak mahu terlepas kelas Syeikh Syed Syaltut di MAsjid Al-Azhar malam itu, namun pihak penganjur tetap berkeras dan mengugut mahu mencampak beliau ke sungai nil malam itu juga.

Disertai provokasi dan pentomen daripada teman2 beliau yang mahu beliau juga menjadi MC. Berbagai tohmahan dilemparkan, lalu beliau dengan berat dan sedih menerimanya. Majlis yang sepatutnya menjadi program akademik itu telah diporak perandakan oleh beliau sehingga menjadi pertandingan berbalas pantun. Kui3.. Hampes betul MC nih.. Setahu aku beliau bukanlah juara pantun mahu seorang yang suka berpantun. Muka kerana tertekan tidak dapat pergi talaqqi, menyebabkan otak beliau sedikit gila dan meroyan, mujur tanjung rambutan jauh. Kalau tak aku rasa dah kena hantar masuk sana. Huhu..

Namun ada jugak pantun yang menggamit gelak tawa peserta,

Abu Seterika Main Bola (Nama pemain mesir paling terkenal)
Mesir Kalah Sunyi Sepi,
Rakyat Mesir gila bola,
Pelajar Malaysia suka bertalaqqi.

Kerana andai ditanya mana-mana pelajar Malaysia disini, mereka juga pasti akan gembira dengan berita kekalan ini. Kerana kefanatikan rakyatnya terhadap bola, kerja2 atau urusan seharian pasti akan terganggu. Jalan2 pasti dipenuhi dengan bendera Mesir, sana sini membicarakan bola, bola, bola.. Jalan menjadi teramat sesak. Kelas2 atau kuliah mungkin dibatalkan kerana pelajar2 tidak hadir atau Sheikh dan Lecturer tidak dapat hadir kerana kesesakan lalu lintas. Malam menjadi riuh dengan kereta yang berkonvoi sambil memalu kompang dan gendang, tidak dilupa hon yang sudah menjadi teman rapat pemandu2 disini. Maka apabila menang, kegilaan itu semakin bertambah berkali ganda. Dunia bagaikan mahu luluh dan gugur, pecah denagan sorakan dan teriakan kegembiraan menggila rakyat mesir. Huhuhu..

Namun..
Majlis berlangsung meriah dengan Motivator pertama, Dr. Nur Farhana yang sudi berkongsi tips2 bagaimana cara belajar yang berkesan. Salah satunya mestilah kita mengenal siapa kita sebenarnya. Ada seorang sahabat aku nih, ditinya soalan siapakah beliau oleh Dr tersebut. Lalu beliau menjawab secara terperinci ketinggian, pangkat dan darjat beliau. Hehe.. Siapakah beliau? Rahsia..

Manakala ada akhowat yang begitu mengenali dirinya. Katanya "Saya seorang manusia, hamba Allah, seorang anak kepada kedua ibu bapa, seorang adik kpd abg dan kakak, seorang kakak kepada adik, seorang kawan kpd teman, seorang bakal ibu kpd anak2 dan bakal isteri kepada seorang suami. (huhu.. mmg sangat mengenali diri beliau) Syabbas bette..

Dan katanya lagi, (Dr) beliau rajin menulis sama seperti pengerusi majlis. Huhu.. Aku sangat setuju, kerana Dengan menulis kita akan menggunakan banyak deria. Mata untuk melihat, otak kiri dan kanan untuk berfikir, telinga untuk mendengar alunan kalamullah, Hidung untuk menghirup oksigen, Tangan untuk menulis dan yang paling penting biasanya ia dagtang daripada hati. Jika hati itu bersih, maka hasilnya akan baik, jika sebaliknya begitulah jadinya.

Aku rasa majlis seakan pertandingan pantun peringkat antarabangsa, kerana setiap kali MC memegang microphone pasti ada pantun yang terkeluar dari gigi beliau. Sungguh membosankan. Bagi aku la. Rasa macam bodoh la plak. huhu.. (jgn marah)

Kemudian slot bersama Ust Abd Malik yang sangat menceriakan keadaan. Dengan loghat klatenya, beliau seorang yang ceria. Walaupun dipanggil last minit menggantikan Ust Hanafi (YDP Kedah).

Antara pengisian yang dapat diambil, untuk mendapatkan semangat belajar, kita perlulah mendekatkan diri kpd Allah. Kerana Allah lah yang menguasai segala sesuatu. Yang memberikan apa yang kita inginkan. Jika, sekiranya kita ingin memperoleh kejayaan dalam peperiksaan atau hidup, perlulah meminta kepada pemilik asal-Nya iaitu Allah. Dan sebagai pembakar semangat kita adalah al-Quran.

Bacalah al-Quran, terutama kita berada dalam awal bulan Zulhijjah, dimana Ulama' membahaskan ayat satu dan dua Surah Al-Fajr

Yang dimaksudkan dengan malam yang sepuluh itu adalah 10 malam awal bulan Zuhijjah.

Sabda Nabi s.a.w “ tidak ada hari-hari yang lebih baik di sisi Allah untuk dilakukan amalan kebaikan yang selain sepuluh hari terawal dalam bulan dzulhijjah “ para sahabat bertanya adakah jihad fisabilillah ( didalam hari yang selain sepuluh terawal dzulhijah ) tidak boleh menandingi amalan ( selain daripada jihad ) yang dilakukan pada hari sepuluh terawal tersebut.” Nabi bersabda” jihad pun tidak boleh menandingi melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”(Hr Bukhari)

Disunatkan memperbanyakkan zikir pd sepuluh hari tersebut. Firman Allah s.w.t:

"Dan mereka menyebut nama Allah pada hari yg tertentu" (28: al-Hajj)
Hari2 tertentu adalah sepuluh zul hijjah yg terawal menurut kebanyakan para ulama.

Dan yang paling penting adalah tawakkal kepada Allah.

Dalam perbincangan dengan sahabat2, ada yang menyentuh soal tawakkal dan usaha.

"Faiza azamta fatawakkal alallah" : Barangsiapa yang berazam maka hendaklah dia bertawakkal kepada Allah.

Iaitu menyerahkan segala-galanya kepada Allah setelah berazam dan berusaha.
Maka dalam setiap usaha kita, jangan tunggu sampai ia selesai baru hendak bertawakkal, seolah2 usaha itu datang dari kita, qudrat itu datang dari kita semata2. Tetapi dalam usaha itu kita terus bertawakkal dalam kata lain usaha dan tawakkal itu seiring dan saling bergandingan. Kerana dalam kita berusaha kita menyerahkannya kepada Allah. Kerana natijah atau hasilnya selepas itu Allah yang akan menentukan. Dan sudah pasti suka atau tidak hasilnya nanti adalah yang terbaik untuk kita. Kerana Allah lebih mengetahui setiap hikmah dan kejadian yang berlaku. Maka hendaklah redha.

Jadi tawakkal sahaja tidak menjadi. Seperti Kisah seorang badwi dengan untanya. Sampai di Masjid dia tidak menambat untanya. tetapi hanya bertawakkal kepada Allah tanpa usaha untuk menambatnya, maka unta itu terlepas. Maka itulah natijahnya. Andai kejayaan yang kita impikan tidak disertai usaha doa dan tawakkal.

Maka, bicara soal usaha. Aku berenti disini la dulu. Nak usaha plak untuk IMtihan Qobul hari Isnin dan Selasa ini. Mohon doa dari kalian, moga2 semua pelajar Malaysia yang baru lulus dengan cemerlang dalam imtihan ini. Aminn..

Dikesempatan ini juga aku mohon jutaan kemaafan kepada semua yang mengenali diri aku andai ada tersilap dan khilaf dalam muamalah kita selama ini samaada secara sedar ataupun tidak. Bukan asbab imtihan qobul ni aku mohon kemaafan, tapi kerana aku tidak pasti bila aku akan pergi mengadap ilahi. Moga2 Allah panjangkan umur kita semua dan sempat bertaubat kepada Allah atas dosa2 yang kita lakukan. AMin..

Kepada Ibu, Ayah dan Keluarga tercinta di Malaysia. Doakan anakmu berjaya disini, walaupun aku tahu doa kalian tidak pernah putus dari menyebut namaku. Aku juga begitu. Salam sayang dan rindu dari anakmu di bumi anbiya'. Assalamualaikum.

Renung2kan dan selamat beramal.

P/s: Pengerusi / MC yg tidak bertauliah tersebut adalah aku. kui3..

1 komen mengomen :: Tawakkal dahulu baru Usaha?

  1. Salam,
    Semoga dipermudahkan...

    All the best ^_^v

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers