Mindset yang perlu diperbetulkan, Azam baru bukan untuk tahun baru saja..

Bismillahirrahmanirrahim, akhirnya kia berjumpa lagi. agaknya berapa hari dah ek aku tawaquf blog ni? huhu.. tak sampai setahun pun rasa.. Ish3.. Itu menandakan, aku masih hidup lagi. Alhamdulillah. Jodoh kita masih panjang. Sepanjang sungai nil yang mengalir. Panjang jugak cerita aku nak tulis. Tapi pendek je aku rasa, sebab nak jimatkan masa.

Bicara tentang tahun baru, mesti akan timbul isu yang tak pernah lapuk, seringkali bila tiba tahun baru, pasti orang akan bertanya..

Apa Azam baru kau tahun ni? Tak beli baju baru ke?, semangat baru dan serba serbi yang baru la.. Azam tahun ni dah tercapai belum?

Muak rasanya bila ditanya soalan-soalan sebegitu.

Sedar atau tidak kita sebenarnya telah terpedaya dengan budaya yang entah datang dari mana, seolah2 membuat kebaikan itu apabila tiba pada waktu-waktu tertentu. Bermaaf-maafan hanya di hari raya, hari lain tak payah mintak maaf la. Membersihkan kawasan rumah, kubur dan sebagainya bila ada kempen kebersihan, adanya ahli yang terkena penyakit seperti denggi. Berhati-hati ketika memandu hanya kerana adanya Ops Sikap.

Islam mengajar kita supaya memuhasabah diri setiap masa dan ketika. Sentiasa mengingati mati agar kita sentiasa memperbaharui iman dan niat kita.

Sebab itu, kita diajar untuk bermuhasabah setiap kali sebelum tidur, memaafkan kesalahan orang lain pada hari tersebut dan memasang niat untuk bangun keesokkan harinya untuk melakukan sesuatu yang baik (ibadah sbgai contoh niat untuk bangun solat subuh berjemaah) walaupun kita tidak bangun keesokkan subuhnya, namun niat untuk melakukan ibadah itu sudah dikira dan ditulis oleh para malaikat sebagai amal yang soleh, dan lebih-lebih lagi apabila kita melakukannya ia akan dikira sebagai satu lagi ibadah. Kerana kita tidak pasti adakah kita akan dihidupkan kembali keesokkan harinya.

Itulah yang dianjurkan oleh Islam. Bukan menunggu masuknya tahun baru, barulah mahu mengubah gaya hidup, pemikiran dan serba serbi kepada yang baru. Adakah kita pasti, detik jam yang akan datang milik kita? Seolah-olah kita yakin tahun hadapan milik kita.

Sekadar renungan, muhasabah diri ini. Tidak menjadi kesalahan untuk kita memperbaharui niat, azam dan sebagainya sempena tahun baru. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Nabi S.a.w bersabda : Sesungguhnya amalan seseorang itu berdasarkan niat masing-masing.. " Namun, adalah lebih elok kita sentiasa memperbaharui segalanya agar kita tidak terlambat atau menyesali waktu yang berlalu begitu sahaja sebelum sempat ia direalisasikan.


Dan bersegeralah memohon keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Dijanjikan kepada orang yang bertaqwa. (Iaitu) orang yang membelanjakan (hartanya) di waktu senang dan susah, orang yang menahan perasaan marahnya dan mengampuni kesalahan manusia. Dan Allah Taala itu suka kepada orang yang berbuat kebaikan. Dan orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji atau menzalimi dirinya, lalu mereka mengingati Allah, mereka terus memohon keampunan dari Allah atas dosa yang mereka lakukan dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahuinya. Mereka itu balasannya adalah keampunan dari Tuhannya serta syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal”

[ali-imran:133-136]

Aku pun dahulunya seperti mereka-mereka yang menyambut tahun baru dengan azam baru, semangat baru dan segala yang boleh diperbaharui. Namun akhirnya aku sedar, mengapa perlu menunggu untuk melakukan kebaikan atau penambahbaikan 364 hari lagi?

Sebagai contoh azam kita pada tahun ini adalah untuk rajin belajar, untuk mencapai sasaran cemerlang dalam peperiksaan, kita perlu mengulangkaji 10 jam sehari. Kebetulan tahun ini hanya satu semester atau 6 bulan sahaja. Selepas daripada itu adakah kita perlu juga mengulangkaji 10 jam sehari, walhal kita tidak perlu melakukan sedemikian kerana Masih ada komitmen yang lebih penting. Jadi, adakah kita mahu menunggu tahun hadapan baru menukar dengan azam yang lain?

Jadi sekadar renungan, dan rasa mahu menulis sedikit, dengan peluang yang ada.

Sama-samalah kita renung kembali kehidupan seharian kita. Adakah melakukan kebaikan itu perlu menunggu?

Yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk dan lemah itu datangnya dari diri ini sendiri. Allahummasolli ala muhammad.

Study setiap hari, bukan bila tiba imtihan sahaja.. Ilmu untuk diamal, bukan dicurahkan dalam peperiksaan.

1 komen mengomen :: Mindset yang perlu diperbetulkan, Azam baru bukan untuk tahun baru saja..

  1. Ni bubuh gambar Abang Areh ni sbb guna intenet Abg Areh ke? :)

    Azam tiap2 hari... jadi muslim sejati. Mudahnya ucap.. nk amal? Huh!

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers