Selamat Tinggal, Tawaquf BLoG.. Semoga BerjumPa Lagi.

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam buat nabi junjungan tercinta. Allahumma solli ala muhammad.

Buat Ibunda dan Keluarga Tercinta yang ternanti2 untuk membaca posting terkini anakanda tersayang. Ampun dan maaf dipinta kerana tidak dapat mengemaskini blog seperti biasa. Kerana ketiadaan internet di KOmpleks Asrama Darul Iman yang sudah dipotong dan tidak mahu disambung oleh Pegawai. (Kemana duit tu pergi Wallahua'lam.) InsyaAllah, ada masa dan ketika blog ini mungkin dikemaskini.

Takziah juga buat Ustaz Syukri Harun yang baru kehilangan Ibunda tercinta Jumaat lepas dan Ust Harun Jusoh yang kehilangan Isteri tercinta. Ust Syukri merupakan mudir KOSTAQ a.k.a murabbi saya sejak dari tingkatan satu sampai tingkatan 3. Manakala USt Harun Jusoh yang merupakan ayah kepada USt Syukri seorang aktivitis / orang lama dalam PAs Terengganu saya kenal ketika kami berkerjasama dalam menjayakan Retreat Pimpinan PAS Negeri Terengganu pertengahan tahun ini. (semoga Allah panjangkan Umur Ibunda tercinta Hjh Norizah bte Haron, Ayahanda Hj Salleh bin Farmin dan seluruh ahli keluarga dan saudara mara di seluruh dunia.)

Dalam usaha menyahut cabaran daripada USt Hairul Nizam kepada seluruh Mahasiswa/wi Malaysia di Al-Azhar Satu Hari 10 Jam Study. Blog ini perlu ditawaquf atau mungkin ditamatkan. Faktor ketiadaan internet juga menyebabkan saya malas untuk menghapdate. Fatrah atau musim peperiksaan sudah mula memunculkan wajah, maka pembelajaran dan pengulangkajian perlu dilakukan dengan lebih serius dan fokus.

Jutaan Terima KAsih kepada Ust FAhim, Ust Akasyah, PokCik dan USt ISmail yang telah menyambut kedatangan kami ke Dumyat baru2 ini. Layanan baik dan mesra kalian sangat mengharukan kami. Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian disana. DAn Allah jua yang mampu membalas segala kebaikan kalian. BAru kami tahu susah senang tinggal di muhafazah. Penuh cabaran dan dugaan yang mendatang dalam usaha menuntut ilmu. Terasa jauh berbeza dengan kami di Kaherah. Walaupun suasana tidak setenangan dan sesegar bumi Dumyat kami tidaklah diuji sebegitu. Jika hendak dibandingkan dengan kerenah pegawai yang tidak profesional ini, yang entah kadang2 membuatkan diri hampir 'gila' rasa mahu sahaja campakkan dia dalam sungai nil, rendam biar kena renjatan elektrik belut. Namun ia sekadar khayalan yang mungkin tidak menjadi kenyataan. Semoga PEgawai tersebut sedar dan bertindak profesional seperti pegawai negeri2 lain. Pening lagi melayan kerenah arab.


JUtaan kemaafan dipinta andai diri ini ada mengguris hati kalian yang membaca. Aku insan biasa, bukan malaikat, bukan juga ahli ibadah bukan juga ulama'. Namun setiap manusia mahukan kebaikan dan yang terbaik buat dirinya.


Sekian sahaja dari saya. Moga kita dipertemukan lagi andai panjang umur dan ada Jodoh, Atau mungkin sahaja ini posting terakhir. KEpada yang sudi membaca dan melewati blog ini. Jutaan terima kasih diucapkan kerana blog ini bukanlah dicipta untuk tujuan ilmiah sekadar ruang untuk hamba meluahkan rasa dan mencoretkan apa yang terlintas di fikiran dan sebagai satu wasilah buat keluarga tercinta disana mengetahui hal dan situasi anakanda disini. Jauh dari bumi Malaysia.

Sekian dari hamba yang mencari keampunan dan keredhaan Tuhan-Nya. Doakan yang terbaik buat kami disini. Wasalam.

Warkah ini ditulis oleh :
Muhammad Al-Amin bin Hj Salleh,
Pelajar Tahun 1, Syariah Islamiah,
UNiversiti Al-Azhar,
Bilik Exco, dekat Koperasi,
Kompleks Asrama Darul Iman,
Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir.
Pada 7 Dec 09, jam 11 pagi.

p/s : Terima KAsih buat Ust Abdullah HAris yang sudi meminjamkan laptop dan juga Broadbandnye. Hehe.. InsyaAllah, boleh pinjam lagi lepasni. Kepada USt Manan yang tengah menunggu sampai tertidur, mintak maaf ana pohon. Haha..

1 komen mengomen :: Selamat Tinggal, Tawaquf BLoG.. Semoga BerjumPa Lagi.

  1. Assalamualaikum ya akhi...

    Emh..Sesungguhnya setiap manusia telah dibekalkan dengan masa yang sama, 24jam dan terpulang pada setiapnya untuk mengaturkan masa mengikut kesesuaian mereka...


    (",)...Doalah agar diberi keberkatan waktu. Ada kala kita lupa untuk meminta agar Allah mencukupkan dengan memberikan keberkatan. Setiap apa jua, harta, masa, kehidupan hatta ilmu, pintalah agar ianya diberikan keberkatan supaya kita dapat memberi manafaat kepada sesiapa sahaja. Bak kata ustaz hasrizal, hidup kita utk mmberi..

    Teringat pesan Imam hasan al banna...Tanggungjawab itu melebihi masa, dan seorang pejuang tidak akan mensia2kan masanya..

    Tidak perlulah dipadam. Anggaplah blog ini sebagai rumah percutian. Setiap yg punya blog ada pendapat masing2 ttg blog mereka, ada yg jadikan rumahnya yg kedua, ada yg menjadikan ianya maktabah, ada yang menjadikannya sebagai kotak rahsia...Itulah setiap kepelbagaian pendapat..dan ana, ana cadangkan akhi jadikanlah ianya sebagai rumah percutian, bila ada masa, singgahlah ke rumah nta...Sesungguhnya pasti ada sahabat nta yg akan rasa kesunyian jika blog nta ditutup...(",)...

    "Buat seseorang yang aku mulai kenal lewat 1 Ramadhan 1430H. Semoga Allah berikan yang terbaik buat kita. Moga dipertemukan lagi dilain waktu dan ketika yang telah Allah rancang dan tetapkan."

    dan pasti seseorang yg dinyatakan di atas akan merasa kehilangan...(",)..

    Wassalam...

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers