Menginsafi 1431Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim,

Siapalah aku untuk berkata-kata tentang kebaikan. Teringat kata-kata Ust Shukri semalam. "Sedapnya mendengar sesuatu yang baik daripada orang yang baik." kerana bilamana ahli maksiat berkata-kata sesuatu yang baik, ia ada hijab dan tidak mudah untuk terus sampai kepada pendengar. Semoga Allah ampunkan dosa2 ahli maksiat seperti aku.

Hari ini, hari terakhir bagi tahun 1430 Hijrah, bermakna semakin dekat kita kepada kiamat. Sedih terasa setahun berlalu begitu sahaja, terasa seperti diri ini tiada apa-apa yang boleh dibanggakan. Dapat belajar ke mesir boleh dibanggakan? Bagi aku ia bukan sesuatu yang dibanggakan tetapi satu beban, beban untuk memikul tanggungjawab menyebarkan agama Allah.

Terlalu berat aku rasa, sesak dada bilamana memikirkannya. Akulah yang akan mengislah ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat suatu hari nanti. Namun, adakah aku mampu untuk memikul tanggungjawab itu?

Bertambah sedih bilamana aku membelek dan menerawang ke blog2 dan facebook sahabat dan kaum kerabat. Sedih melihat perangai yang pelbagai. Pakaian mereka, pergaulan mereka. Aku tidak kata aku yang terbaik, tapi aku mahu semuanya sama-sama baik, bukan aku seorang saja. Bagaimana agaknya aku mahu mengislah mereka, sedangkan diri aku masih belum di islah. Bukannya mudah untuk mengislah diri seperti apa yang dikata, perlu betul2 mujahadah, iman setebal tisu macam aku lebih2 lagi.

Hari ini, aku menyertai Jaulah Maqam Auliya' di sekitar Kaherah. Sebelum itu, marilah sama-sama kita menyedekahkan al-Fatihah buat wali-wali dan mereka yang hampir kepada Allah. Al-Fatihah.

5 buah tremco gerak bergandingan, sebuah untuk mutazawwijin, manakala 4 buah lagi untuk peserta ikhwah. Sebuah tremco mampu memuatkan 15 orang. Bermakna, hampir 70 orang peserta Jaulah kali ini, rasanya yang teramai penyertaan berbanding jaulah2 sebelum ini yang dianjurkan oleh Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu.

Namun bukan itu yang menjadi ukuran, tetapi adakah kita mengambil iktibar dan menginsafi sejarah ulama'2 dan auliya' terdahulu. Aku terduduk, bilamana selesai memberi salam solat sunat ba'diah zohor di Masjid Sultan Hanafi. Terduduk dan terfikir, betapa hinanya diri ini hendak dibandingkan dengan sahabat2, ustaz2 lebih2 lagi tidak terbanding dengan auliya' ini. Tanpa sedar air mata mengalir laju, teringkat kata-kata Ust Nazrul semasa di maqam pertama yang kami lawati, Maqam Al-Imam Syeikh Solah Jaafari, yang hampir setiap hari aku lalui tikamana hendak ke kuliah.

"Untuk melihat nabi, ulamak mengatakan perlu membuang 70hijab dalam hati, antaranya hasad, dengki, takabbur dan banyak lagi. Syeikh Ali Jum'ah pula mengatakan bahawa perlu membuang 70 ribu hijab dalam hati barulah dapat melihat nabi. Dan mereka ini telah membuang hijab dalam hati mereka. Al-Imam Solah Jaafari hampir setiap hari bertemu dengan nabi secara sedar. Bagamaimana? Wallahua'lam. Karamah para auliya'." Kata-kata Ust Nazrul masih segar dalam ingatan.

InsyaAllah, ada kesempatan akan aku edit dan paparkan video2 yang aku sempat rakam kalam daripada Ust Nazrul dan Ust Hairul Nizam sepanjang perjalanan jauhlah kali ini.

Jadi sekadar renungan buat diri takut terlupa. Tiada kudrat mahu menulis lagi. Rasa mahu istirahat. Walaupun sikit, moga2 ada manfaat. Wallahua'lam.

p/s : Terasa mahu saja aku meninggalkan dunia yang penuh dengan dosa. Terus menuju kepada Pencipta. Pening melihat dan memikirkan dunia yang saban hari membuatkan hati jadi mati, nafsu jadi ratu. Namun, sudahkah aku layak untuk bertemu dengan-Nya? Allahumma solli ala muhammad.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api.

0 komen mengomen :: Menginsafi 1431Hijrah

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers