Last Paper + Maarad Kitab

0 komen mengomen
Salamullahialaikum semua,

1. Sekadar nak maklumkan harini hari terakhir exam fasa 1. Mohon doanya agar dipermudahkan untuk menjawab soalan.

2. Kepada USt Syuk yang dikasihi. Selamat kembali ke Tanah Air, semoga cepat juga kembali ke Mesir ni.

3. Kaherah International BookFest dah masuk hari yang ke-4. Belum sempat pergi lagi. Huhu.. Nak beli kitab.


4. Terjumpa Ust Farid Ravi @ Pensyarah KUIS yang manginap kat Villa Terengganu. Dia datang sini semata-mata nak pergi BookFair ni.


5. Penat dan sakit bahu, tolong angkat kitab Ust Fahmi dr rumah lama ke Rumah Tok Imam. Huhu...

Minum Clorox kalau nak hati kita putih dan bersih?

2 komen mengomen
Bismillah walhamdulillah, wassolatu wassalamu ala Sayyidina Mustaffa Muhammad S.A.W.


Senyumlah.. senyum tu kan sedekah.. Kiut pakcik ni senyum. Macam orang yang tengah baca ni.. :)


Kalau post sebelum ni cakap pasal apa atau kenapa Ilmu susah sangat nak masuk dalam hati kita ni kan? Dah baca dan study banyak kali tak ingat2 jugak. Belajar dalam kelas susah nak faham. Bila jawab periksa blank and blur..

Sebab sebelum kita nak menuntut ilmu atau sebelum mula pengajian, kita tak pasang niat dalam hati, "Aku belajar ni kerana nak amalkan ilmu, nak faham dan nak tingkatkan pengetahuan aku untuk kenal Allah, sebab apa Allah ciptakan sesuatu begini dan begitu, Allah haramkan itu dan ini, lepas aku tahu ni, InsyaAllah aku nak cuba amalkan"

Hakikatnya..

Ramai dikalangan kita dah pasang niat, belum pun mula kuliah, mula sekolah dah pasang niat. "Aku belajar ni sebab nak jadi pandai, nak dapat kerja yang best2, gaji mahal, nak biar orang pandang aku ni seorang yang hebat, bijak, nak itu dan ini, semuanya kerana dunia dan kemegahan."

Jadi, orang menulis ini adalah salah seorang yang termasuk dalam golongan ini. Astaghfirullahalazim, selama ini hanya tertipu dengan bisikan nafsu dan syaitan. Telah diracun fikiran umat Islam oleh kuffar laknatullah. Kerana sistem pembelajaran kita yang silap, permulaan belajar sepatutnya kenal Allah, kenal apa itu Islam. Ini tak, mula-mula belajar kenal ABC, 123. Sampai al-Quran pun tak reti baca.

Kecik-kecik dah tanam dalam kepala otak, dah besar nanti nak kerja apa? Apa cita-cita kamu bila besar nanti? Nak jadi doktor? Askar? Engineer? Huh.. Tak sikit pun nak terapkan yang kita belajar kerana nak dapat redha Allah. Nak berkhidmat untuk Islam, Cita-cita nak mati Syahid Fisabilillah.

Walaupun orang akan kata, budak2 mana faham lagi. Memanglah mereka tak faham sepenuhnya, tetapi apa yang disebut akan direkod secara automatik dalam memori dan minda anak-anak kecil ni. Bila semakin dewasa, apa yang telah disetkan dalam minda mereka masa kecil, Allah, Syahid, Islam akan semakin jelas. Oo.. Allah, ni la yang dulu selalu cikgu sebut masa tadika. Dan gambaran itu semakin jelas bila ilmu tentang Allah, Islam, Ihsan, Iman dipelajari diperingkat yang lebih tinggi.

Cuba fikir balik, memang betul. Walaupun umur kita dah belasan/puluhan tahun, tapi kita masih ingat beberapa peristiwa dan pelajaran yang kita belajar masa kita kecik dulu. Kerana masa kanak-kanak ini, hati masih bersih, belum dicemari dengan maksiat.

Kata Hukama "Belajar diwaktu kecil ibarat mengukir diatas batu, kekal hingga akhir hayat. Belajar semasa dewasa seperti mengukir di atas pasir, ia yang akan hilang bila ditiup angin"

Maka kita Belajar semata-mata kerana dunia, bukan Ikhlas kerana Allah. Belajar kerana nak kerja yang best, gaji besar, nak hidup senang, seolah2 semua itu kerana hasil usaha kita semata-mata. Tidak yakin bahawa rezeki itu Allah sudah tetapkan bagi setiap makhluk di atas muka bumi ini. Hatta udara yang kita hirup saat ini Allah sudah tetapkan, takkan berebut antara satu sama lain.

Dalam bab Ilmu, bukan kerana kepandaian kita, kita dapat cemerlang dalam peperiksaan, bukan kerana kita itu dan ini. Tetapi kerana Maha Pemurah dan Pengasih-Nya Allah, yang telah beri kita ilham untuk menjawab soalan2 tersebut. Kita tak sedar tangan, mata, aqal fikiran, seluruh anggota yang kita guna untuk tulis, fikir jawapan tersebut adalah milik Allah s.w.t. Allahuakbar, Astaghfirullahalazim. Tanpa kita sedari kita mensyirikkan Allah secara senyap. Kita sangka semua itu adalah atas usaha kita, hebatnya diri kita, walhal semua tu bukan kita punya pun, berlagak je lebih. Tapi berapa ramai yang sedar, yang menulis ni pun baru tersedar. La ilaha illAllah. Jahilnya aku..

Nabi s.a.w. pernah bersabda kepada sahabat " Sesungguhnya aku hanya menyampaikan, tetapi Allah lah yang memberikan kefahaman dalam sesuatu ilmu/perkara tersebut"



Marilah sama-sama kita muhasabah kembali bersama al-faqir yang dhoif ini. Benarlah Firman Allah s.w.t. agar kita saling ingat mengingati antara satu sama lain, saling tegur menegur, kerana teguran itu memberi manfaat kepada orang yang beriman.


"Wazakkir, fainna zikra, tanfaul Mu'minin"


Sedarlah bahawa Iman kita sentiasa bertambah dan berkurang. Berbeza dengan Iman para Malaikat yang tidak pernah kurang dan bertambah. Iman para Nabi yang sentiasa bertambah dan tidak pernah berkurang. Maka, memerlukan nasihat dan teguran. Mungkin ketika ini Iman kita sedang bertambah, maka kita nasihati sahabat kita. Mungkin selepas ni, tiba-tiba Iman kita turun, maka Sahabatlah yang akan menegur kita.

Selepas solat Isya' tadi, seperti semalam. Untuk tidak melepaskan peluang selama hampir seminggu keberadaan Ust Di Kaherah bersempena Festival Buku Antarabangsa/Maarad Kitab. Kami menjemput Al-Fadhil Ust Suhaimi Daud untuk memberikan sedikit tazkirah dan taujihat kepada kami. Beliau lebih suka untuk memetik bebera
pa hadith dan hikmah yang terdapat dalam Kitab Hikam karya Agung Imam Ibnu Atoillah As-Sakandari. Bukan kerana terpengaruh dengan cerita Ketika Cinta Bertasbih, tetapi kerana beliau lebih suka membicarakan tentang hati.

Kata beliau semalam ketika diminta untuk mengadakan kelas pengajian Al-Hikam setiap hari selepas subuh selama hampir 2 Minggu keberadaan
beliau di Mesir, "Dalam masa yang singkat ini, mungkin saya tidak dapat habiskan semua tajuk dalam Kitab Hikam Karya Ibnu Atoillah, kerana terdapat 264 matan, dan saya baru mengajar di surau kampung saya 164 matan, dan memakan masa 7tahun. Beerti, 1 matan memakan masa 3bulan untuk disyarahkan. Maka dalam masa yang singkat, mustahil untuk menghabiskan semua" Huhu.. MasyaAllah, kami hanya tergelak mendengar.

Maka, untuk membersihkan hati kita, perlulah sentiasa melazimi berzikir mengingati Allah. Kerana dengan mengingati Allah itu hati kita akan menjadi tenang. Ingatlah pesanan Nabi Muhammad s.a.w. :


"Perbaharuilah Iman kamu. Lalu sahabat bertanya : Bagaimana wahai Rasulullah? Sabda Nabi s.a.w. : Perbaharuilah dengan mengucap La Ilaha IlAllah (Tiada tuhan selain Allah)"



Para Ulama membahaskan, adakah cukup sekadar mengucapkan kalimah La Ilaha IllAllah di mulut semata2?

Ada dikalangan mereka mengatakan cukuplah sekurang-kurangnya 10kali selepas solat Maghrib dan 10kali selepas solat subuh bagi orang awam. Manakala sebahagian yang lain mengatakan, tidak cukup sekadar mengucap dibibir mulut sahaja tetapi perlu menghadirkan rasa didalam hati dengan sebenar-benarnya maksud La Ilaha IlAllah. Kita yakin betul2 bahwa tiada Tuhan selain Allah.


As-Syahid Syed Qutb ketika akhir hayatnya sebelum digantung, datang beberapa orang Ulama upahan. Mereka mengatakan kepada As-Syahid Imam "Kamu sudah hampir kepada ajalmu, ucaplah La Ilaha IllAllah." Lalu As-Syahid menjawab : Sesungguhnya bukan hanya bibirku mengucapkan La Ilaha IllAllah, tetapi hati dan seluruh jasadku aku telah serahkan segala-galanya diatas kalimah La Ilaha IllAllah.


Nabi s.a.w. bersabda : "Sesiapa yang mati mengucap kalimah La Ilaha IllAllah, nescaya akan masuk syurga."

Persoalannya yakinkah kita di akhir hayat kita nanti akan berakhir dengan kalimah La Ilaha Illah ini? Sedangkan kita jarang sekali menyebut dan mengingati Allah?

Kisah seorang wali Allah yang membela seekor burung, diajarnya sejak kecil burung tersebut untuk menyebut kalimah La Ilaha IllAllah, maka sepanjang hayat burung tersebut, orang tidak pernah sekali pun mendengar suara/bunyi kicauan burung tersebut kecuali La Ilaha IllAllah. Tapi diakhir hayatnya. Ditakdirkan ia mati dimulut seekor kucing, ketika kepalanya sudah terlalu hampir untukmasuk kedalam mulut kucing itu, barulah terdengar suara/bunyi burung tersebut berkicau, menjerit ketakutan. Cuba bayangkan, burung yang sepanjang hayatnya hanya menyebut kalimah La Ilaha IlAllah pun diakhir hayat tidak dapat mengucap, bayangkan kita yang jarang-jarang sekali. Mungkin bukan kalian, tetapi diri yang menulis ini.

Minum clorox bukan penyelesaiannya, tetapi menamatkan riwayat hidup kita. Hehe.. Berzikir dan bertaubatlah. Kerana hanya itu yang bisa membersihkan hati kita yang kotor, gelap dan penuh dengan dosa dan maksiat. Kerana kebaikan itu seperti air yang mengalir didalam sebuah bekas, bila air bersih masuk akan terkeluarlah segala kekotoran didalamnya.


Hati tu macam Hard Disk

1 komen mengomen





Bismillah, walhamdulillah, Allahumma solli ala muhammad.

Hati Ibarat Hard Disk, cantik diluar enak dipandang, namun bukan itu yang menjadi nilaian, apa yang menjadi ukuran adalah apa yang ada didalamnya. Besar mana ia dapat menampung sesuatu maklumat, dan adakah ia berfungsi dengan baik atau tidak? Kalau besarnya 1000Gigabite sekalipun, kalau rosak, takde gunanya. Kalau besar sekalipun, tetapi diisi dengan benda-benda yang tidak elok, takde faedah jugak.


Biarlah hati kita sebesar pendrive 2Giga, tetapi diisi dengan perkara-perkara yang baik, dan berfungsi dengan baik. Itu lebih berharga dari sebuah HArdDisk yang besar tetapi rosak dan penuh dengan perkara-perkara tidak elok.




Ilmu itu cahaya, maka Cahaya Allah tidak akan dapat menembusi hati serta memberi hidayah kepada orang yang melakukan maksiat.


Usai solat Isya' di Dewan Solat KPT (Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu), kami dihujani mutiara ilmu dari Al-Fadhil Ust Suhaimi Daud, yang baru tiba daripada Malaysia petang tadi.

Cantik kupasan beliau, tepat mengenai sasaran. Sesuai dengan fatrah yang sedang kami hadapi, beliau membicarakan tentang matlamat utama kita menuntut Ilmu. Mungkin kalau sebut pasal ni, kita malas dah nak baca atau dengar. Takde lain dah kalau matlamat menuntut ilmu, mestilah nak dapat redha Allah kan?

Namun sudahkah kita sampai kepada tahap tersebut? Fikirkan kembali..



Mengapa ramai dikalangan kita yang belajar tapi tidak mengamalkan ilmu, termasuk juga orang yang berkata ni? Jawapannya tidak lain adalah kerana hati. Kerana hati kita tidak betul2 Ikhlas menuntut ilmu kerana Allah, kerana nak beramal dengan Ilmu, kerana nak tahu dan kenal Allah, kerana nak faham apa yang haram dan apa yang halal, apa yang salah dan apa yang baik.



Maka, tidak boleh tidak mestilah ada persediaan sebelum menuntut ilmu. Persediaan yang bagaimana? Adakah Persediaan kena study dulu sebelum masuk kelas? Bukan, tapi persediaan hati kita, sudahkah kita siapkan hati kita, kita bersihkan hati kita daripada kekotoran maksiat, najis-najis dosa, bahan kumbahan hasad dengki, sisa-sisa ujub, riyak, takabbur dan sebagainya.



Nabi s.a.w. bersabda : "Dalam jasad itu ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah seluruh jasadnya, jika buruk, buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati"

Maka, tidak dapat tidak perlu kita bersihkan hati kita dari sebarang kekotoran, kerana Cahaya Allah tidak mungkin dapat menembusi kedalam hati yang gelap dengan dosa dan maksiat.



Seperti air hujan yang turun dari langit. Allah turunkan kepada manusia dalam keadaan bersih untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian. Jika air hujan itu jatuh kedalam sungai, maka jadilah air sungai, kalau jatuh kedalam laut, akan jadi air laut. Maka, kalau jatuh kedalam loji najis jadilah air najis. Hakikatnya air yang sama jatuh daripada langit, namun seandainya jatuh pada tempat yang kotor, jadilah ia kotor.


Air dalam mangkuk ni hakikatnya air pair yang bersih, tapi sebab duduk kat tempat yang kotor, sape nak buat minum kan?

Begitu juga ilmu, Ilmu itu bersih, namun bila jatuh kedalam hati yang kotor, fasad dan rosak. Maka rosaklah ilmu itu. Natijahnya, sekarang ini kita lihat ramainya mereka-mereka yang belajar agama tetapi tidak beramal dengan ilmu, bercakap mengikut hawa nafsu. Hukum Allah dipermain-mainkan, mereka menjual agama kerana dunia yang terlalu sedikit nilaiannya disisi Allah.

Tidak kurang juga mereka yang berilmu, tetapi tidak beradab, tiada akhlak. Kata seorang Saudara Baru, "Nasib baik aku kenal agama Islam itu terlebih dahulu, kalau aku kenal orang Islam dulu daripada Islam nescaya aku takkan masuk Islam". Sampai macam tu sekali, sebab apa? Sebab orang Islam sendiri tidak mencerminkan ajaran Islam. Orang Islam sendiri yang memburukkan dan tidak yakin dengan hukum-hakam serta ajaran Islam.

Berbalik kepada menuntut Ilmu, kenapa diantara kita belajar dalam kelas yang sama, guru yang sama tetapi ada yang tidak lulus dalam IMtihan, ada yang faham sedikit, ada yang faham banyak. Semuanya berbalik kepada hati. Jadi, sama-sama kita fikirkan kembali, renung sejenak hati kita..

Pepatah Melayu pun ada kata "Rambut sama hitam tapi hati lain-lain"
"Kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya" Maka kalau Nak Melentur Manusia, Biarlah dari Hatinya.


Kalau makan hati macam makan jantung pisang kan sedap.. Hehe..

Tukar balik tajuk, Beradablah...

1 komen mengomen

Ust ni Tazkirah macam kanak-kanak la..

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillahirabbil alamin, wassolatuwassalamu ala asyrafil anbiya'i wal mursalin, wa ala alihi wasohbihi ajmain.

Amma ba'du,

Pertamanya, lapangkan fikiran anda dan setkan dalam minda bahawa orang yang berkata-kata ini bukanlah seorang ulama', ust mahupun motivator. Anggaplah aku orang biasa-biasa sahaja yang mahu berkongsi sedikit rasa dan bahasa. Ibarat setitik air di tengah lautan.

Dah lama tak mengupdate aktiviti harian kat sini, antara sebabnya merasakan diri ini tidak layak untuk berkata-kata, kerana setiap kata itu dirasakan seolah-olah membawa keburukan dan dosa. Maka lebih baik diam, kerana semakin banyak bercakap semakin banyak salahnya, makin bertambah dosa.

Aku bukanlah seorang yang suka bercakap, lebih kepada mendengar dan membaca. Walaupun hakikatnya aku sering masuk pertandingan debat dan bahas. Namun bukanlah bermakna aku seorang yang pandai bercakap.

Ramai orang kata aku ni kalau cakap tak jelas, kalau bahasa terengganunya 'bolok' atau tidak 'dok butir'. Kalau dalam keluarga, yang selalu tegur Ayah, dan suka mengejek Kak Ngah. Hehe.. Ayah selalu tegur, kalau nak cakap pelan-pelan/satu-satu. Baru orang mudah nak faham. Tapi, sampai sekarang aku rasa aku cakap sama je. mungkin ada la perubahan sikit. Sebab suara aku ni kalau slow memang kurang jelas, kena cakap kuat baru jelas. Nak wat camne kan? Itulah aku.. hehe..

Tapi ada lebihnya jugak, sebab kalau tersilap cakap orang tak dengar/faham. Haha.. Selalu je camtu.. Dalam proses islah la, aku suka stail Ust Ismail Kamus, kalau dia ceramah/mengajar dia akan sebut patah demi patah perkataan.

Tadi, lepas solat Isya' ada la sorang sahabat merangkap Ust aku ni cakap. Dia terasa hati sebab selama hampir setahun dia cakap/mengajar/tazkirah. Rupanya, ramai orang tak suka dengan cara penyampaian dia. katanya Ust tu tazkirah tak best dan sebagainya. Huhu.. Ramai? Tak taulah, berapa orang. Cuma, dia kata kenapa la diorang tak tegur secara face to face/direct? Kenapa nak mengata belakang? Takde ruang atau saluran dah ke untuk menegur?

Sekiranya betul (maklumat yang saya dapat, tentang isu ni, ada orang yang mengatakan sedemikian) seperti apa yang dikata maka bertaubatlah, kalau salah atau silap faham atau tidak wujud pun, maka anggaplah ini sebagai tazkirah drpda al-faqir untuk diri al-faqir penulis blog ini sendiri agar beradab dalam muamalah.

Kalau ada kurang/kelemahan, sama-samalah kita baiki. Kan itu lebih baik, sama2 senang hati, sama-sama dapat manfaat.. Tak gitu?


"Wahai orang yang beriman, bertolong-tolonglah dalam mengerjakan kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa dan keburukan"

Kalau aku pun, mungkin sedih jugak duduk tempat dia. Sebab apa, selama ni kenapa tak tegur? Dah nak hampir setahun baru dia tahu. tu pun mulut ke mulut. Seolah-olah sia2 je cakap selama ni. Bukan nak condem sapa-sapa. Sekadar teguran membina. Sama-sama kita Islah sahabat-sahabat ke arah kebaikan.

Hmm.. Aku sekadar cakap kat dia, sabar jelah, manusia memang macamtu. Takde manusia yang sempurna, dan tak semua orang akan puas hati dengan kita. Dan aku pun pernah merasa sedemikian. Dan mungkin sebab tu jugak, aku jadi kurang berminat untuk berucap dikhalayak ramai.

Rata-rata aku tengok orang Islam terutamanya, tidak beradab termasuklah aku. Samaada adab kita sesama Islam dan dengan bukan Islam. Dan dalam konteks ni, adab kita dalam menegur seseorang.

Sebagaimana kisah cucu kesayangan Rasulullah sallallahualaihiwasalam, Sayyidina Hassan dan Hussin dengan seorang tua yang salah ketika mengambil wudhu'. Walaupun mereka masih kecil, mereka tidak terus mengatakan , "Eh, Pakcik! salah amik wudhu' macam tu. Begini caranya." Tapi apa yang mereka buat adalah melakonkan semula cara wudhu' yang betul. Begitu indah rasanya Islam mengajar dalam menasihati seseorang yang melakukan kesilapan.

Kita lihat harini, orang non-Muslim lebih beradab atau berakhlak berbanding orang Islam sendiri. Sebab apa ek?

Padahal Islam mengajar "Addeenu nasihah" (agama itu nasihat). Dan dalam Islam sendiri diajar akhlak. Akhlak kita dengan Allah, akhlak sesama manusia dan akhlak dengan alam.

Aku nak cakap apa sebenarnya ek? Jadi sama-samalah kita renung sejenak Firman Allah s.w.t sebentar..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلاَ نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ

يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلاَ تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلاَ تَنَابَزُوا بِالأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (الحجرات : 11 )

Surah al-Hujurat : 11

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olokkan), dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada wanita (yang mengolok-olokkan). (al-Hujurat : ayat 11 )



p/s : Sebelum nak kondem org cermin dahulu diri kita. Bukan tak boleh kritik, tapi biarlah kritikan yang membina dan beradab. Sesuai dengan title kita sebagai Mahasiswa/wi Azhari/ah.

Sultan Johor mangkat

0 komen mengomen



Jenazah Almarhum Sultan Iskandar dibawa masuk ke kenderaan di Hospital Pakar Puteri untuk dibawa ke Istana Besar, Johor Bahru, sambil diperhatikan oleh kaum kerabat dan petugas istana, malam tadi. – utusan/Raja Jaafar Raja Ali


JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda berusia 77 tahun.

Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.

Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.

Orang memang suka menghukum..

1 komen mengomen
Kisah ini disebuah kelas, dalam sebuah sekolah yang terletak dalam sebuah Bandar, dalam sebuah negeri, negeri tu dalam sebuah Negara, Negara tu pulak dalam sebuah benua, Benua tu pulak dalam sebuah planet, lepastu mestilah planet tu dalam sebuah galaksi, galaksi tu dalam sebuah alam. Wallahua’lam.

Anak Murid : Ustaz, Dengar kata Ust dulu pergi belajar kat Mesir betul ke?

Ustaz : Haah, betul la. Saya baru je balik sini bulan lepas. Bukan apa, Sekurang-kurangnya ada jugak orang kita yang belajar kat sana mendalami ilmu agama.

AM : Buat apa la belajar jauh-jauh sampai ke Mesir tu Ust? Dekat sini dah takde tempat nak belajar lagi ke? Saya dengar ramai yang belajar kat sana tak lulus. Sampai 10 tahun tak habis-habis. Kalau saya lah kan, dekat-dekat sudah. Belanja pun kurang.

Ust : Eh, kamu ni Mat, pernah ke kamu belajar kat sana? Sampai nak hukum-hukum orang tak lulus ni? Kamu tu pun takat belajar tingkatan 3 je.

Kamu tahu bahasa arab? Kamu tahu baca kitab arab? Kamu tahu suasana kat sana macamana?

Am : Yela Ust, tapi kan. Ramai orang cakap, pelajar kat sana ramai yang tak lulus. Belajar jauh2, tapi nanti tak lulus. Apa orang kata nanti Ust?

Ust : Alah, belajar dekat-dekat sini pun, kalau malas, tak lulus jugak. Tak gitu? Orang sekarang memang suka menghukum, bukan nak meneliti dulu.

Belajar kat sini pun ramai je yang tak lulus. Cuma orang yang tak tahu dan tak ambik tahu.

Sebab orang menghukum, mana-mana lepasan Mesir / Az-Azhar wajib pandai hukum2 agama.

Walhal bukan semua orang mampu untuk menguasai sesuatu ilmu.

“Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, maka akan diberi kefahaman oleh Allah dalam urursan agama.”

Setiap orang diberi kelebihan masing-masing. Ada yang mahir dalam bidang ni kurang dalam bidang ni. Ramai orang boleh bawak kereta, tapi tak ramai yang mampu bawak/pandu kereta formula One. Hakikatnya kereta jugak.

Am : Betul juga cakap Ust tu.

Ust : Itulah kamu, sepatutnya fikir dulu sebelum cakap. Saya ni dulu pun belajar kat sana. Kamu pandai-pandai je nak hukum.

Mesir itu suasananya lain dari yang lain. Tak sama dengan tempat kita ni. Nak ke kuliah je, hampir sejam perjalanan pergi balik setiap hari. Bahasa pulak bahasa arab, bahasa arab pasar.

Kamu, kalau saya cakap bahasa arab biasa dah tak faham, inikan lagi bahasa arab pasar. Memang susah.

Am : Haah kan. Tapi Ust, kenapa sampai 10 tahun tak habis2 belajar? Kalau dekat2 sini 4 tahun dah habis. Macam abang saya.

Ust : Itu sebabnya, kamu kena tahu kenapa mereka tak lulus-lulus sampai 10tahun.

Kat sana itu berbeza dengan kita. Sistemnya berbeza. Cuaca, bahasa, gaya hidup semuanya berbeza.

Para pensyarahnya baca kitab arab, tapi mengajar dalam bahasa pasar. Contoh, kamu orang Selangor, belajar bahasa Melayu tapi diajar dalam loghat Kedah. Mudah ke nak faham? Kan payah tu.

Macamtu jugak diorang.

Contoh belajar Feqah dah la, belajar hampir semua bab dalam kitab, dalam setiap bab banyak pulak khilaf dan percanggahan pendapat di antara Imam-Imam dan Ulama’, banyak huraian dan pengertian bagi satu-satu bab. Tapi bila periksa hanya keluar dua soalan dan dua tajuk.

Markahnya 100. Satu soalan 50 markah. Boleh ke awak jawab?

Bab Taharah, awak daripada Tingkatan satu dulu dah belajar, sampai sekarang pun banyak yang tak faham2 lagi, nak hafal? Kirim salam jelah.

Baru Ilmu Feqah, Ilmu-ilmu lain lagi? Hadith, Al-Quran, Tafsir, Nahu, Balaghah.
Kat sini senang la,separuh jawapan dalam ABC, jawapan dah ada, separuh lagi secara bertulis. Soalan pulak dah boleh jangka setiap tahun akan keluar yang mana, ada banyak pilihan.

Memang sepatutnya mereka yang belajar di Al-Azhar mahir dalam bab2 hukum hakam.. Itulah mentaliti yg bagus, memberikan tekanan kepada sesiapa yang belajar di Azhar untuk mahir dalam segenap bidang Ilmu. Kerana tekanan itu kadangkala penting untuk kita melonjak lebih tinggi. Semakin ditekan semakin tinggi anjakan yang akan berlaku.

Namun jangan kerana mereka tidak lulus 5,6 tahun. Kamu menghukum mereka dengan pelbagai tanggapan. Perlu selidik dahulu baru menghukum.


AM : Haah la Ust, belajar Bahasa Melayu pun ada jgk kawan2 saya yang tak lulus. Inikan pulak bahasa asing. Hehe..

Ust : Saya rasa bertuah sebab antara orang yang Allah pilih untuk belajar di bumi anbiya’ Mesir ni.

AM : Sebab apa ust?

Ust : Sebab, Ilmu kat Mesir ni takkan sama dengan tempat lain. Kena betul-betul mujahadah/bersungguh-sungguh baru dapat ilmu tu. Bukan mudah nak sabar dengan kerenah arab mesir ni.

Nak-nak bila musim sejuk. Ya Allah, dengan sejuknya sampai solatep tingkap sebab taknak bagi angin masuk.

Pagi2 kalau nak pergi talaqqi lepas subuh, senyuknya sampai berair spek mata. Kabus tebal, hanya 2,3 meter je nampak. Kalau tak betul2 lawan nafsu. Mmg takkan pergi.
Ada kawan Ust tu, jatuh motor sampai berdarah. Sanggup teruskan perjalanan ke kelas.

Walaupun orang kata, Mesir ni pembelajaran dia tak sistematik. Tapi itulah pengajaran yang paling mahal. Kena banyak sabar, mujahadah, terlalu banyak ujian. Tak macam tempat lain. Mudah2 je nak dapat ilmu.

AM : Fuyyo.. Kitorang kat sini, kelas tambahan pun dah malas nak pergi. Huhu..

Ust : Lebihnya Mesir ni, terlalu banyak kelas pengajian secara talaqqi. Setiap hari memang takkan putus-putus kelas pengajian. Daripada pagi sampailah malam akan ada kelas. Sampai tak terkejar yang mana satu.

Cuma, nasihat senior-senior. Tak perlu pergi semua. Cukup 1,2 kelas dan syeikh yang kita mudah faham. Kita istiqamah. Cukup la. Yang penting berkualiti dan sentiasa mulazamah/hadir kelas tersebut. InsyaAllah, ada keberkatan.

Syeikh2 yang mengajar pun bukan orang biasa. Semuanya nasab sampai kepada Nabi dan para Sahabat alaihimussolatuwassalam.

Am : Oo.. Baru kami tau macamtu rupanya. Dah, Ust berapa taun ek belajar kat sana?

Ust : Saya kejap jer, 5 tahun.

Am : 5 Tahun Ust kata sekejap? Lama tu..

Ust : Awak sekarang Tingkatan 4 bermakna dah 18 tahun awak hidup. Awak rasa kejap ke lama awak hidup?

Am : Kejap je.

Pagi Imtihan Yang mendebarkan..

0 komen mengomen

Woi! bangun2! Exam!!!

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, bangkit dari tidur dalam keadaan sihat wal afiat, petang semalam hampir-hampir nak demam lepas balik dari Kuliah Syeikh Dr. Yusri di Al-Azhar, cuma selsema dan batuk2 sikit, mungkin kerana cuaca sejuk menerkam diri yang kurus lg tidak berlemak ini... huhu~ Bila agaknya nak berisi sikit nih @ gemuk?

Cuma sedikit geram kerana subuh ni dikejutkan dengan kehadiran pepijat (binatang yang hisap darah tu..) Ish.. Geram betul!! Dah banyak kali bunuh, bersihkan, wat operasi lalang, rumput rampai, jemur. Masih ada jugak benda alah tu, walaupun bukan katil/tilam aku yg ada tp sbb tertidur atas tilam org lain, aku yg kena.. Huhu.. Aku ni dah la tak banyak darah, sesedap rasa je dia hisap. Kalau hisap je takpe, ni gatal2 rasa. Hampes betul..


Pagi yang sejuk lagi mendebarkan, sempat lagi aku update blog. Hehe..
Ingatkan nak call ibu dgn ayah pagi ni, mohon restu. Walaupun ada orang kata lambat, biasa la. Ibu dgn ayah dah tau, anak dia yang sorang ni akan call sebelum nak masuk dewan pekse biasanya.. Tapi dah maklum dah minggu lepas jadual pekse..


Berkongsi jawapan itu mengeratkan ukhuwwah. Kua3.. jangan buat macam nih..

Jadi, petang nanti kul 1.30 (pukul 7.30ptg waktu Malaysia) baru start imtihan Tafsir Ayat Ahkam. Sampai la kul 4.30 petang. Huhu.. Preparation banyak mana la sangat. Mintak-mintak boleh jawab dan apa yang dibaca dan dihafaz masuk. aminn(X100)~

Jadi kepada semua yang baca ni, tolong la doakan ye. Moga2 ada doa antara kalian yang Allah qabulkan. Aminn... Semoga kami disini dipermudahkan untuk menjawab soalan dan Allah tidak menghijab kami dari melihat jawapan kerana dosa-dosa kami. Aminn..


Senyap2 sudah..

Jadi kepada sahabat-sahabat Usuluddin, Ust Kamal, Ust Jihad, Khairuddin dan Ust Faiz yang exam pagi ni kul 9.30 selamat menjawab lah ye. Semoga Allah permudahkan urusan dan mudah menjawab soalan nanti.

Dan kepada sahabat-sahabat Syariah petang nanti Ust Muzani, Ust Bukhari, Ust Azuwan, Ust Abdullah Amir, Ust Azidi, Ust Ulwan, Ust Hakim, Ust Aiman, Ust Abd Mu'iz, dan Ust Zahani. Serta seluruh warga KPT dan Mahasiswa/wi Al-Azhar dan juga Perubatan di Mesir. Selamat menjawab peperiksaan. Salam Mujahadah.


Arghhh!! Aku sorang je tinggal. Huhu..~ Biar lambat asal dapat jawab.

Kerana Akhlak Pencuri Masuk Islam

0 komen mengomen

NEW YORK (CNN) — A potential victim became a compassionate counselor during a recent robbery attempt, changing the would-be criminal’s mind — and apparently his religion.

Mohammad Sohail said he gave his would-be robber a new Muslim name -- Nawaz Sharif Zardari.

Surveillance video shows storekeeper Mohammad Sohail holding a robber at bay with a shotgun.

Storekeeper Mohammad Sohail was closing up his Long Island convenience store just after midnight on May 21 when — as shown on the store’s surveillance video — a man came in wielding a baseball bat and demanding money.

“He said, ‘Hurry up and give me the money, give me the money!’ and I said, ‘Hold on’,” Sohail recalled in a phone interview with CNN on Tuesday, after the store video and his story was carried on local TV.

Sohail said he reached under the counter, grabbed his gun and told the robber to drop the bat and get down on his knees.

“He’s crying like a baby,” Sohail said. “He says, ‘Don’t call police, don’t shoot me, I have no money, I have no food in my house.’ ”

Amidst the man’s apologies and pleas, Sohail said he felt a surge of compassion.

He made the man promise never to rob anyone again and when he agreed, Sohail gave him $40 and a loaf of bread.

“When he gets $40, he’s very impressed, he says, ‘I want to be a Muslim just like you,’ ” Sohail said, adding he had the would-be criminal recite an Islamic oath.

“I said ‘Congratulations. You are now a Muslim and your name is Nawaz Sharif Zardari.’”

When asked why he chose the hybrid of two Pakistani presidents’ names, the Pakistani immigrant laughed and said he had been watching a South Asian news channel moments before the confrontation.

Sohail said the man fled the store when he turned away to get the man some free milk.

He said police might still be looking for the suspect but he doesn’t intend to press charges.

“The guy, you know, everybody has a hard time right now, it’s too bad for everybody right now in this economy,” said the storekeeper.

Sumber asal di sini

___________________________________________________________________

Akhlak Islam boleh menarik minat hatta seorang pencuri. Pintu hidayah boleh terbuka hatta ketika mencuri. Maka ingatlah wahai sahabat, ajaklah manusia kepada kebenaran dengan keindahan Islam. Islam itu indah, kitalah yang menjadi agen penyebar keindahan tersebut.

Saya teringat kisah seorang imam di sebuah negara barat, yang menyebabkan pemandu bas yang sering dinaikinya memeluk Islam, hanya kerana beberapa sen terlebih yang dipulangkannya.Rupanya si pemandu sengaja memberi duit lebih dari sepatutnya untuk menguji si imam akan akhlak Islami. Betapa beberapa sen itu boleh menjadi perbezaan antara seseorang itu kita tunjuki hidayah kepadanya atau memburukkan lagi imej Islam padanya.

Jom, kita jadi agen keindahan Islam yang kita cintai…

Jom Jawab KuiZ Paling Susah..

0 komen mengomen

Jom berfikir sebentar..


Kita memiliki sebuah kerajaan yang memerintah.

Dalam kerajaan itu adanya ketua yang memerintah yang mana di Malaysia dipanggil Perdana Menteri.

Untuk membantu melicinkan pentadbiran, perlunya ada kementerian yang diketuai oleh Menteri dan dibantu oleh Timbalannya.

Dalam banyak-banyak kementerian, kementerian apa paling penting dalam menangani Isu Kalimah Allah yang heboh diperkatakan sebelum ini?
Pilihan Jawapan :
A : Kementerian Perumahan
B : Kementerian Pertanian
C : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
D : Kementerian Pelancongan

Jika jawapannya C. Mengapa tiada tindakan yang diambil oleh kementerian tersebut? Atau tindakan diambil tetapi lambat hingga menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini?


Sekiranya tidak tahu, talian hayat disediakan.
Anda boleh bertanya Blues untuk mencari Clues..

Soalan seterusnya..

Dalam banyak-banyak kementerian, Kementerian apakah yang paling Selamat?
A : Kementerian Pelajaran
B : Kementerian Pengangkutan
C : Kementerian Pertahanan
D : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Mesti senang je soalan ni nak jawab. Tapi kenapa enjin Jet Tentera Udara yang besar hampir menyamai sebuah/dua buah kereta boleh dicuri dari kementerian tersebut? Huhu~

Soalan ketiga..

Bila bertanya tentang kejadian Gereja di Bakar baru-baru ini.. Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan?
A : Kementerian Dalam Negeri
B : Kementerian Pertahanan
C : Kementerian Penerangan
D : Kementerian Kesihatan

Mengapa keadaan sebegini berlaku?

Isu Bumbung Stadium Sultan Mizan yang runtuh tahun lepas.. Siapakah yang bertanggunjawab untuk memastikan ia selamat digunakan?
A : Kementerian Sumber Manusia
B : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
C : Kementerian Luar
D : Kementerian Kerja Raya

Jadi, dimanakah fungsi2 kementerian-kementerian ini?

Hadiah disediakan untuk orang yang tidak menjawab kuiz ini. Oleh kerana anda semua telah menjawab samaada secara lisan mahupun didalam hati. Maka hadiah ditarik balik.. Wakaka..


Pening ORANG Hutan ni fikir, macamana boleh jadi macamtu agaknya? Ish3..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers