Ziarah Maqam Auliya'

Berita ni dah lama dah, tapi takpelah, kebetulan ada masa ni. Saje nak upload gambar jaulah sekitar Kaher'ah haritu, seramai 70 orang peserta daripada Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Ikhwah dan Mutazawwijin telah mengadakan Ziarah Maqam Auliya'.


Penerangan daripada Ust Nazrul di hadapan Maqam Syeikh Solah Jaafari. Al-Imam Syeikh dikatakan semasa hidupnya setiap malam bertemu Nabi s.a.w. secara yaqazoh di Masjid Al-Azhar. Dan Ini diceritakan oleh khadam kepada Syeikh.
Kata Ulama'
Untuk melihat Sayyidina Husain perlu buang 3 hijab dalam hati, dan Untuk melihat Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasalam perlu membuang 70Hijab dalam hati, manakala untuk melihat Allah perlu membuang 70 000 hijab dalam hati.

Depan Maqam Ibnu Hisyam. Kata Ust Nazrul. Al-Imam Ibnu Hisyam merupakan orang yang paling faqih dalam bidang nahu sehingga menghasilkan sebuah buku teka-teki dalam bidang nahu. Yela, bila dah abis mengaji kitab, takdak pa dah nak buat, dia buat teka-teki la plak.


Sempat bergambar kenangan dengan Ust Nazrul


Musyrif yang membawa kami tidak lain Ust Nazrul Nasir dan Ust Hairul Nizam.


Masjid Sultan Hanafi.


Masjid Sayyidah Nafisah


Dihadapan Maqam Imam Lais


Maqam Imam Lais





Dihadapan Maqam Assyahid Imam Hassan Al-Banna



Maqam wali Shoghir


Ust Hairul yang keletihan seharian berjalan bersama kami, walaupun terpaksa memikul kitab, laptop dan video camera dari pagi sampai ke maghrib, kemudian berkejar ke Masjid Azhar untuk bertalaqqi dengan Syeikh Syaltut. Allahuakbar. Sungguh istiqamah Ust dengan kelas Syeikh.


Ust Nazrul sedang memikirkan sesuatu



Maqam Sayyidah Nafisah. Ramai yang mengatakan bahawa, disini antara tempat yang afdhal untuk berdoa, dan kepada yang nak bertemu jodoh amat2 digalakkan.. hehe..


Maqam Imam Ibnu Sirin, pengarang Kitab Tafsir Ahlam (Tafsir Mimpi). anda pendapat mengatakan ini hanya maqam al-Imam Ibnu Sirin sahaja bukan kuburnya. Wallahua'lam.


Tremco2 yg mengangkut kami ke maqam para Auliya',,


Maqam Syeikhul Islam, Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani.

Masjid Imam Ahmad Ibnu Attoillah Assakandari


Depan maqam As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Buat pertama kalinya, pelajar Malaysia/orang awam dibenarkan bergambar didepan maqam ni.

1 komen mengomen :: Ziarah Maqam Auliya'

  1. "Depan maqam As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Buat pertama kalinya, pelajar Malaysia/orang awam dibenarkan bergambar didepan maqam ni."

    Alah... ana dah bergambar dulu tahun2 lepas sebelum nta...kui3x

    Kita bukanlah org yg pertama... KiTA hanya penerus perjuangan.huhu

    Amin smart...:)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers