Hati tu macam Hard Disk






Bismillah, walhamdulillah, Allahumma solli ala muhammad.

Hati Ibarat Hard Disk, cantik diluar enak dipandang, namun bukan itu yang menjadi nilaian, apa yang menjadi ukuran adalah apa yang ada didalamnya. Besar mana ia dapat menampung sesuatu maklumat, dan adakah ia berfungsi dengan baik atau tidak? Kalau besarnya 1000Gigabite sekalipun, kalau rosak, takde gunanya. Kalau besar sekalipun, tetapi diisi dengan benda-benda yang tidak elok, takde faedah jugak.


Biarlah hati kita sebesar pendrive 2Giga, tetapi diisi dengan perkara-perkara yang baik, dan berfungsi dengan baik. Itu lebih berharga dari sebuah HArdDisk yang besar tetapi rosak dan penuh dengan perkara-perkara tidak elok.




Ilmu itu cahaya, maka Cahaya Allah tidak akan dapat menembusi hati serta memberi hidayah kepada orang yang melakukan maksiat.


Usai solat Isya' di Dewan Solat KPT (Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu), kami dihujani mutiara ilmu dari Al-Fadhil Ust Suhaimi Daud, yang baru tiba daripada Malaysia petang tadi.

Cantik kupasan beliau, tepat mengenai sasaran. Sesuai dengan fatrah yang sedang kami hadapi, beliau membicarakan tentang matlamat utama kita menuntut Ilmu. Mungkin kalau sebut pasal ni, kita malas dah nak baca atau dengar. Takde lain dah kalau matlamat menuntut ilmu, mestilah nak dapat redha Allah kan?

Namun sudahkah kita sampai kepada tahap tersebut? Fikirkan kembali..



Mengapa ramai dikalangan kita yang belajar tapi tidak mengamalkan ilmu, termasuk juga orang yang berkata ni? Jawapannya tidak lain adalah kerana hati. Kerana hati kita tidak betul2 Ikhlas menuntut ilmu kerana Allah, kerana nak beramal dengan Ilmu, kerana nak tahu dan kenal Allah, kerana nak faham apa yang haram dan apa yang halal, apa yang salah dan apa yang baik.



Maka, tidak boleh tidak mestilah ada persediaan sebelum menuntut ilmu. Persediaan yang bagaimana? Adakah Persediaan kena study dulu sebelum masuk kelas? Bukan, tapi persediaan hati kita, sudahkah kita siapkan hati kita, kita bersihkan hati kita daripada kekotoran maksiat, najis-najis dosa, bahan kumbahan hasad dengki, sisa-sisa ujub, riyak, takabbur dan sebagainya.



Nabi s.a.w. bersabda : "Dalam jasad itu ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah seluruh jasadnya, jika buruk, buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati"

Maka, tidak dapat tidak perlu kita bersihkan hati kita dari sebarang kekotoran, kerana Cahaya Allah tidak mungkin dapat menembusi kedalam hati yang gelap dengan dosa dan maksiat.



Seperti air hujan yang turun dari langit. Allah turunkan kepada manusia dalam keadaan bersih untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian. Jika air hujan itu jatuh kedalam sungai, maka jadilah air sungai, kalau jatuh kedalam laut, akan jadi air laut. Maka, kalau jatuh kedalam loji najis jadilah air najis. Hakikatnya air yang sama jatuh daripada langit, namun seandainya jatuh pada tempat yang kotor, jadilah ia kotor.


Air dalam mangkuk ni hakikatnya air pair yang bersih, tapi sebab duduk kat tempat yang kotor, sape nak buat minum kan?

Begitu juga ilmu, Ilmu itu bersih, namun bila jatuh kedalam hati yang kotor, fasad dan rosak. Maka rosaklah ilmu itu. Natijahnya, sekarang ini kita lihat ramainya mereka-mereka yang belajar agama tetapi tidak beramal dengan ilmu, bercakap mengikut hawa nafsu. Hukum Allah dipermain-mainkan, mereka menjual agama kerana dunia yang terlalu sedikit nilaiannya disisi Allah.

Tidak kurang juga mereka yang berilmu, tetapi tidak beradab, tiada akhlak. Kata seorang Saudara Baru, "Nasib baik aku kenal agama Islam itu terlebih dahulu, kalau aku kenal orang Islam dulu daripada Islam nescaya aku takkan masuk Islam". Sampai macam tu sekali, sebab apa? Sebab orang Islam sendiri tidak mencerminkan ajaran Islam. Orang Islam sendiri yang memburukkan dan tidak yakin dengan hukum-hakam serta ajaran Islam.

Berbalik kepada menuntut Ilmu, kenapa diantara kita belajar dalam kelas yang sama, guru yang sama tetapi ada yang tidak lulus dalam IMtihan, ada yang faham sedikit, ada yang faham banyak. Semuanya berbalik kepada hati. Jadi, sama-sama kita fikirkan kembali, renung sejenak hati kita..

Pepatah Melayu pun ada kata "Rambut sama hitam tapi hati lain-lain"
"Kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya" Maka kalau Nak Melentur Manusia, Biarlah dari Hatinya.


Kalau makan hati macam makan jantung pisang kan sedap.. Hehe..

1 komen mengomen :: Hati tu macam Hard Disk

  1. salam.
    nice post.
    tima kasih coz post entry ni,ia mmbuatkn adik tawu tujuan sbnar utk adik study.

    adik akn cuba sdaya upaya utk menetapkn hati utk mndpt kredaan-NYA dlm study.

    tima kasih,ya abg~~


    p/s:sy pngkat adik,jd sy bhasakn diri sbagai adik. hehe.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers