Minum Clorox kalau nak hati kita putih dan bersih?

Bismillah walhamdulillah, wassolatu wassalamu ala Sayyidina Mustaffa Muhammad S.A.W.


Senyumlah.. senyum tu kan sedekah.. Kiut pakcik ni senyum. Macam orang yang tengah baca ni.. :)


Kalau post sebelum ni cakap pasal apa atau kenapa Ilmu susah sangat nak masuk dalam hati kita ni kan? Dah baca dan study banyak kali tak ingat2 jugak. Belajar dalam kelas susah nak faham. Bila jawab periksa blank and blur..

Sebab sebelum kita nak menuntut ilmu atau sebelum mula pengajian, kita tak pasang niat dalam hati, "Aku belajar ni kerana nak amalkan ilmu, nak faham dan nak tingkatkan pengetahuan aku untuk kenal Allah, sebab apa Allah ciptakan sesuatu begini dan begitu, Allah haramkan itu dan ini, lepas aku tahu ni, InsyaAllah aku nak cuba amalkan"

Hakikatnya..

Ramai dikalangan kita dah pasang niat, belum pun mula kuliah, mula sekolah dah pasang niat. "Aku belajar ni sebab nak jadi pandai, nak dapat kerja yang best2, gaji mahal, nak biar orang pandang aku ni seorang yang hebat, bijak, nak itu dan ini, semuanya kerana dunia dan kemegahan."

Jadi, orang menulis ini adalah salah seorang yang termasuk dalam golongan ini. Astaghfirullahalazim, selama ini hanya tertipu dengan bisikan nafsu dan syaitan. Telah diracun fikiran umat Islam oleh kuffar laknatullah. Kerana sistem pembelajaran kita yang silap, permulaan belajar sepatutnya kenal Allah, kenal apa itu Islam. Ini tak, mula-mula belajar kenal ABC, 123. Sampai al-Quran pun tak reti baca.

Kecik-kecik dah tanam dalam kepala otak, dah besar nanti nak kerja apa? Apa cita-cita kamu bila besar nanti? Nak jadi doktor? Askar? Engineer? Huh.. Tak sikit pun nak terapkan yang kita belajar kerana nak dapat redha Allah. Nak berkhidmat untuk Islam, Cita-cita nak mati Syahid Fisabilillah.

Walaupun orang akan kata, budak2 mana faham lagi. Memanglah mereka tak faham sepenuhnya, tetapi apa yang disebut akan direkod secara automatik dalam memori dan minda anak-anak kecil ni. Bila semakin dewasa, apa yang telah disetkan dalam minda mereka masa kecil, Allah, Syahid, Islam akan semakin jelas. Oo.. Allah, ni la yang dulu selalu cikgu sebut masa tadika. Dan gambaran itu semakin jelas bila ilmu tentang Allah, Islam, Ihsan, Iman dipelajari diperingkat yang lebih tinggi.

Cuba fikir balik, memang betul. Walaupun umur kita dah belasan/puluhan tahun, tapi kita masih ingat beberapa peristiwa dan pelajaran yang kita belajar masa kita kecik dulu. Kerana masa kanak-kanak ini, hati masih bersih, belum dicemari dengan maksiat.

Kata Hukama "Belajar diwaktu kecil ibarat mengukir diatas batu, kekal hingga akhir hayat. Belajar semasa dewasa seperti mengukir di atas pasir, ia yang akan hilang bila ditiup angin"

Maka kita Belajar semata-mata kerana dunia, bukan Ikhlas kerana Allah. Belajar kerana nak kerja yang best, gaji besar, nak hidup senang, seolah2 semua itu kerana hasil usaha kita semata-mata. Tidak yakin bahawa rezeki itu Allah sudah tetapkan bagi setiap makhluk di atas muka bumi ini. Hatta udara yang kita hirup saat ini Allah sudah tetapkan, takkan berebut antara satu sama lain.

Dalam bab Ilmu, bukan kerana kepandaian kita, kita dapat cemerlang dalam peperiksaan, bukan kerana kita itu dan ini. Tetapi kerana Maha Pemurah dan Pengasih-Nya Allah, yang telah beri kita ilham untuk menjawab soalan2 tersebut. Kita tak sedar tangan, mata, aqal fikiran, seluruh anggota yang kita guna untuk tulis, fikir jawapan tersebut adalah milik Allah s.w.t. Allahuakbar, Astaghfirullahalazim. Tanpa kita sedari kita mensyirikkan Allah secara senyap. Kita sangka semua itu adalah atas usaha kita, hebatnya diri kita, walhal semua tu bukan kita punya pun, berlagak je lebih. Tapi berapa ramai yang sedar, yang menulis ni pun baru tersedar. La ilaha illAllah. Jahilnya aku..

Nabi s.a.w. pernah bersabda kepada sahabat " Sesungguhnya aku hanya menyampaikan, tetapi Allah lah yang memberikan kefahaman dalam sesuatu ilmu/perkara tersebut"



Marilah sama-sama kita muhasabah kembali bersama al-faqir yang dhoif ini. Benarlah Firman Allah s.w.t. agar kita saling ingat mengingati antara satu sama lain, saling tegur menegur, kerana teguran itu memberi manfaat kepada orang yang beriman.


"Wazakkir, fainna zikra, tanfaul Mu'minin"


Sedarlah bahawa Iman kita sentiasa bertambah dan berkurang. Berbeza dengan Iman para Malaikat yang tidak pernah kurang dan bertambah. Iman para Nabi yang sentiasa bertambah dan tidak pernah berkurang. Maka, memerlukan nasihat dan teguran. Mungkin ketika ini Iman kita sedang bertambah, maka kita nasihati sahabat kita. Mungkin selepas ni, tiba-tiba Iman kita turun, maka Sahabatlah yang akan menegur kita.

Selepas solat Isya' tadi, seperti semalam. Untuk tidak melepaskan peluang selama hampir seminggu keberadaan Ust Di Kaherah bersempena Festival Buku Antarabangsa/Maarad Kitab. Kami menjemput Al-Fadhil Ust Suhaimi Daud untuk memberikan sedikit tazkirah dan taujihat kepada kami. Beliau lebih suka untuk memetik bebera
pa hadith dan hikmah yang terdapat dalam Kitab Hikam karya Agung Imam Ibnu Atoillah As-Sakandari. Bukan kerana terpengaruh dengan cerita Ketika Cinta Bertasbih, tetapi kerana beliau lebih suka membicarakan tentang hati.

Kata beliau semalam ketika diminta untuk mengadakan kelas pengajian Al-Hikam setiap hari selepas subuh selama hampir 2 Minggu keberadaan
beliau di Mesir, "Dalam masa yang singkat ini, mungkin saya tidak dapat habiskan semua tajuk dalam Kitab Hikam Karya Ibnu Atoillah, kerana terdapat 264 matan, dan saya baru mengajar di surau kampung saya 164 matan, dan memakan masa 7tahun. Beerti, 1 matan memakan masa 3bulan untuk disyarahkan. Maka dalam masa yang singkat, mustahil untuk menghabiskan semua" Huhu.. MasyaAllah, kami hanya tergelak mendengar.

Maka, untuk membersihkan hati kita, perlulah sentiasa melazimi berzikir mengingati Allah. Kerana dengan mengingati Allah itu hati kita akan menjadi tenang. Ingatlah pesanan Nabi Muhammad s.a.w. :


"Perbaharuilah Iman kamu. Lalu sahabat bertanya : Bagaimana wahai Rasulullah? Sabda Nabi s.a.w. : Perbaharuilah dengan mengucap La Ilaha IlAllah (Tiada tuhan selain Allah)"



Para Ulama membahaskan, adakah cukup sekadar mengucapkan kalimah La Ilaha IllAllah di mulut semata2?

Ada dikalangan mereka mengatakan cukuplah sekurang-kurangnya 10kali selepas solat Maghrib dan 10kali selepas solat subuh bagi orang awam. Manakala sebahagian yang lain mengatakan, tidak cukup sekadar mengucap dibibir mulut sahaja tetapi perlu menghadirkan rasa didalam hati dengan sebenar-benarnya maksud La Ilaha IlAllah. Kita yakin betul2 bahwa tiada Tuhan selain Allah.


As-Syahid Syed Qutb ketika akhir hayatnya sebelum digantung, datang beberapa orang Ulama upahan. Mereka mengatakan kepada As-Syahid Imam "Kamu sudah hampir kepada ajalmu, ucaplah La Ilaha IllAllah." Lalu As-Syahid menjawab : Sesungguhnya bukan hanya bibirku mengucapkan La Ilaha IllAllah, tetapi hati dan seluruh jasadku aku telah serahkan segala-galanya diatas kalimah La Ilaha IllAllah.


Nabi s.a.w. bersabda : "Sesiapa yang mati mengucap kalimah La Ilaha IllAllah, nescaya akan masuk syurga."

Persoalannya yakinkah kita di akhir hayat kita nanti akan berakhir dengan kalimah La Ilaha Illah ini? Sedangkan kita jarang sekali menyebut dan mengingati Allah?

Kisah seorang wali Allah yang membela seekor burung, diajarnya sejak kecil burung tersebut untuk menyebut kalimah La Ilaha IllAllah, maka sepanjang hayat burung tersebut, orang tidak pernah sekali pun mendengar suara/bunyi kicauan burung tersebut kecuali La Ilaha IllAllah. Tapi diakhir hayatnya. Ditakdirkan ia mati dimulut seekor kucing, ketika kepalanya sudah terlalu hampir untukmasuk kedalam mulut kucing itu, barulah terdengar suara/bunyi burung tersebut berkicau, menjerit ketakutan. Cuba bayangkan, burung yang sepanjang hayatnya hanya menyebut kalimah La Ilaha IlAllah pun diakhir hayat tidak dapat mengucap, bayangkan kita yang jarang-jarang sekali. Mungkin bukan kalian, tetapi diri yang menulis ini.

Minum clorox bukan penyelesaiannya, tetapi menamatkan riwayat hidup kita. Hehe.. Berzikir dan bertaubatlah. Kerana hanya itu yang bisa membersihkan hati kita yang kotor, gelap dan penuh dengan dosa dan maksiat. Kerana kebaikan itu seperti air yang mengalir didalam sebuah bekas, bila air bersih masuk akan terkeluarlah segala kekotoran didalamnya.


2 komen mengomen :: Minum Clorox kalau nak hati kita putih dan bersih?

  1. Salamullahi 'alaikum warahmatuhu wabarokatuh.

    Syukron atas perkongsian.

    Cuma, satu perkara. Maafkan ana jika ana tersilap, ada satu ayat yang ustaz bawa dalam post ini, ana beranggapan bahawa ustaz ingin menyatakan ayat dari Surah Az-zhariyat ayat 55 kalau tak silap ana. Jika betul, maka, mungkin di sana ada sedikit kesilapan, iaitu:

    "Wazakkir, Fa innazzikra tanfa'ul mukminin"
    dan bukanlah
    "Fazakkir...."

    Maaf sekali lagi jika ana salah faham dan sebagainya.

    Barokallahu fiik.

    Wallahu a'lam.

  2. Wasalam,

    Syukran atas teguran.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers