Tukar balik tajuk, Beradablah...


Ust ni Tazkirah macam kanak-kanak la..

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillahirabbil alamin, wassolatuwassalamu ala asyrafil anbiya'i wal mursalin, wa ala alihi wasohbihi ajmain.

Amma ba'du,

Pertamanya, lapangkan fikiran anda dan setkan dalam minda bahawa orang yang berkata-kata ini bukanlah seorang ulama', ust mahupun motivator. Anggaplah aku orang biasa-biasa sahaja yang mahu berkongsi sedikit rasa dan bahasa. Ibarat setitik air di tengah lautan.

Dah lama tak mengupdate aktiviti harian kat sini, antara sebabnya merasakan diri ini tidak layak untuk berkata-kata, kerana setiap kata itu dirasakan seolah-olah membawa keburukan dan dosa. Maka lebih baik diam, kerana semakin banyak bercakap semakin banyak salahnya, makin bertambah dosa.

Aku bukanlah seorang yang suka bercakap, lebih kepada mendengar dan membaca. Walaupun hakikatnya aku sering masuk pertandingan debat dan bahas. Namun bukanlah bermakna aku seorang yang pandai bercakap.

Ramai orang kata aku ni kalau cakap tak jelas, kalau bahasa terengganunya 'bolok' atau tidak 'dok butir'. Kalau dalam keluarga, yang selalu tegur Ayah, dan suka mengejek Kak Ngah. Hehe.. Ayah selalu tegur, kalau nak cakap pelan-pelan/satu-satu. Baru orang mudah nak faham. Tapi, sampai sekarang aku rasa aku cakap sama je. mungkin ada la perubahan sikit. Sebab suara aku ni kalau slow memang kurang jelas, kena cakap kuat baru jelas. Nak wat camne kan? Itulah aku.. hehe..

Tapi ada lebihnya jugak, sebab kalau tersilap cakap orang tak dengar/faham. Haha.. Selalu je camtu.. Dalam proses islah la, aku suka stail Ust Ismail Kamus, kalau dia ceramah/mengajar dia akan sebut patah demi patah perkataan.

Tadi, lepas solat Isya' ada la sorang sahabat merangkap Ust aku ni cakap. Dia terasa hati sebab selama hampir setahun dia cakap/mengajar/tazkirah. Rupanya, ramai orang tak suka dengan cara penyampaian dia. katanya Ust tu tazkirah tak best dan sebagainya. Huhu.. Ramai? Tak taulah, berapa orang. Cuma, dia kata kenapa la diorang tak tegur secara face to face/direct? Kenapa nak mengata belakang? Takde ruang atau saluran dah ke untuk menegur?

Sekiranya betul (maklumat yang saya dapat, tentang isu ni, ada orang yang mengatakan sedemikian) seperti apa yang dikata maka bertaubatlah, kalau salah atau silap faham atau tidak wujud pun, maka anggaplah ini sebagai tazkirah drpda al-faqir untuk diri al-faqir penulis blog ini sendiri agar beradab dalam muamalah.

Kalau ada kurang/kelemahan, sama-samalah kita baiki. Kan itu lebih baik, sama2 senang hati, sama-sama dapat manfaat.. Tak gitu?


"Wahai orang yang beriman, bertolong-tolonglah dalam mengerjakan kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa dan keburukan"

Kalau aku pun, mungkin sedih jugak duduk tempat dia. Sebab apa, selama ni kenapa tak tegur? Dah nak hampir setahun baru dia tahu. tu pun mulut ke mulut. Seolah-olah sia2 je cakap selama ni. Bukan nak condem sapa-sapa. Sekadar teguran membina. Sama-sama kita Islah sahabat-sahabat ke arah kebaikan.

Hmm.. Aku sekadar cakap kat dia, sabar jelah, manusia memang macamtu. Takde manusia yang sempurna, dan tak semua orang akan puas hati dengan kita. Dan aku pun pernah merasa sedemikian. Dan mungkin sebab tu jugak, aku jadi kurang berminat untuk berucap dikhalayak ramai.

Rata-rata aku tengok orang Islam terutamanya, tidak beradab termasuklah aku. Samaada adab kita sesama Islam dan dengan bukan Islam. Dan dalam konteks ni, adab kita dalam menegur seseorang.

Sebagaimana kisah cucu kesayangan Rasulullah sallallahualaihiwasalam, Sayyidina Hassan dan Hussin dengan seorang tua yang salah ketika mengambil wudhu'. Walaupun mereka masih kecil, mereka tidak terus mengatakan , "Eh, Pakcik! salah amik wudhu' macam tu. Begini caranya." Tapi apa yang mereka buat adalah melakonkan semula cara wudhu' yang betul. Begitu indah rasanya Islam mengajar dalam menasihati seseorang yang melakukan kesilapan.

Kita lihat harini, orang non-Muslim lebih beradab atau berakhlak berbanding orang Islam sendiri. Sebab apa ek?

Padahal Islam mengajar "Addeenu nasihah" (agama itu nasihat). Dan dalam Islam sendiri diajar akhlak. Akhlak kita dengan Allah, akhlak sesama manusia dan akhlak dengan alam.

Aku nak cakap apa sebenarnya ek? Jadi sama-samalah kita renung sejenak Firman Allah s.w.t sebentar..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلاَ نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ

يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلاَ تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلاَ تَنَابَزُوا بِالأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (الحجرات : 11 )

Surah al-Hujurat : 11

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olokkan), dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada wanita (yang mengolok-olokkan). (al-Hujurat : ayat 11 )



p/s : Sebelum nak kondem org cermin dahulu diri kita. Bukan tak boleh kritik, tapi biarlah kritikan yang membina dan beradab. Sesuai dengan title kita sebagai Mahasiswa/wi Azhari/ah.

1 komen mengomen :: Tukar balik tajuk, Beradablah...

  1. salam.
    hmm,btol2.
    org slalu ckp blakang2 if xpuas hati dgn kita.
    tp kita ni just manusia jea. xleh la nk tutup mulut diorg kn.
    apa yg kita leh buat is amek jea kutukan diorg tu as nasihat.

    selain bleh perbaiki diri dgn tegoran tu,kita leh gak dpt pahala if diorg kutuk kita.
    hehe.

    maaf if trsalah ckp.
    waallahualam.
    salam.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers