Sakit perut, Pasport tercicir dan tazkirah yg menginsafkan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Pagi tadi sebelum subuh bangun sakit perut, (tu pun nak citer jugak ke? huhu..) sukati la. Biar ibu, ayah kat sana tau dan menjadi sejarah dalam blog ni.. So, biasa la sakit perut kat sini. Kadang2 takut jugak bila terfikir, sebab baru beberapa jam lalu saudara kita dari kalangan azhari, Ust Hidayatussaufi meninggal dunia akibat masalah kesihatan dan antaranya jangkitan kuman pada usus. Nauzubillahiminzalik. Boleh baca disini. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham dan memberi kesedaran serta keinsafan kepada kita semua bahawa mati tidak mengira usia, waktu dan ketika.

Pagi tadi jugak, sedang menahan perut yang sakit Ust Abd Rahman datang menyergah kat bilik..

"Amin, dengar kata pasport enta hilang, betul ke?"

"Haa!! Pasport ana hilang? Enta tau mana? Jap ana g chek.."

Masa pun berlalu dan sambil mencari sempat Ust Deraman mencerita betapa penting pasport bila diluar negeri. Walaupun aku dah tau, tapi dia sekadar mengingatkan.

"eh, entau tau x, pasport ni ibarat nyawa enta kat sini. Kalau hilang, habisla enta.. dah la nak buat baru satu hal. Kat mesir ni macam2 boleh jadi.. Takut mabahit datang wat spotchek. Abisla enta.."

huhu.. Aku dah cuak tahap gaban sebab tak jumpa pasport aku.

Semalam memang aku perasan beg aku macam kosong jer. Dan semasa buat urusan kat Kuliah gambar yang aku kena bagi kat syuun hilang. Aku ingatkan tertinggal kat kompleks, pastu perasan kad bank pun hilang jugak.. Aduhai.. mmg sah la, mesti pasport aku pun hilang sekali. Tapi buat rilek je, sebab ingatkan tertinggal. huhu..

"Min, baik enta siap cepat. Pergi kedutaan, buat laporan dan urusan yang patut.. Jangan tunggu lama-lama, takut berlaku apa-apa, susah enta.."

Huhu.. aku semakin kecut perut walaupun muka masih bertenang dan macam takde perasaan.

Akhirnya..

"Ni ha pasport enta. Enta tau tak jumpa kat mana?"

"ha.. Alhamdulillah, fuh lega.. Jumpa kat mana?"

"Dalam tremco, ammu driver tu bagi kat kawan ana dari pahang. Dia jumpa ana td. Dia kata dah dua hari pasport tu hilang.. berat sungguh enta nih.."

Huhu.. cuai giler aku, sampai pasport pun aku tak perasan tercicir.

Aku ingatkan orang curi kad bank jer, sebab semalam pergi cari jubah dekat Husain.. Sampai kat kuliah tengok beg dah terbukak.. Huhu.. dan yang aku perasan gambar dengan kad bank jer. pasport ingatkan dah simpan..

Alhamdulillah, dah dapat balik.. Selamat daripada menjadi pendatang tanpa izin.. huhu..

Tadi lepas solat Isya', Ust Kamal Hafizullah memberikan sedikit tazkirah di Musolla Darul Iman, walaupun pendek tapi padat.. Aku tak tau kenapa, bila sampai kat mesir ni jadi speachless. Kalau bg tazkirah tu, tak sampai apa yg nak disampaikan.. ayat berterabur sekali, mengarut meraban.. Bak kata Ust Ulwan, kalau duduk depan bagi tazkirah akan terpamirlah kebodohan kita.

Tapi aku sokong kata2 Ust Ulwan dengan penambahan sedikit, biarlah kita kelihatan bodoh dihadapan kawan2 kita daripada kita bodoh dihadapan masyarakat nnt. Bila agaknya aku akan mula berbicara? Entah kenapa, kat sini aku lebih suka mendiamkan diri dan tidak mahu menonjol.. aku lebih selesa begitu. Mungkin belum sampai masanya lagi..

Aku ingin menulis artikel yang ilmiah, namun sampai ke saat ini, belum terhasil.. Doakan agar dipermudahkan.

0 komen mengomen :: Sakit perut, Pasport tercicir dan tazkirah yg menginsafkan..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers