Hayyu Asyier Mula "Huru Hara.." :)

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum semua,(sape semua tu ek? haha) walaupun tahu blog ini tiada manusia pembaca, harap2 salam ni dijawab oleh jin2 dan kuman2 screen komputer. huihui..

Bulan ini bakal menyaksikan Hayyu Asyir menjadi huru-hara, riuh rendah, gegak gempita dengan sorakan, denyut nadi dan teriakan kegembiraan. Kerana Hari Keluarga Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang sedang dan akan diadakan. Minggu ini Selangor memulakan langkah Hari Keluarga mereka.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan, yang pasti aktiviti riadah di Dataran Hayyu Asyir bagi ikhwah membuat suasana menjadi hangat dan meriah. Sorak menyorak antara penyokong kumpulan masing2 mengeratkan lagi ukuwwah diantara mereka.

Dan InsyaAllah, bakal menghangatkan lagi suasana adalah Terengganu. Walaupun aku bukan anak Terengganu, tapi cakap ganu tu macam orang Terengganu dah. hehe..

Hari Keluarga Dan Mahabbah Anak-anak Terengganu (HIKMAT) 2010 anjuran Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) bakal berlangsung esok. Semua ahli jawatankuasa sedang giat menyiapkan tugasan masing-masing dan yang paling letih pastilah Tuan Pengarah yang juga bakal Badan Pengurus PMRAM. Ust Solehuddin Mohd Safien.
Tak lupa buat Setiausaha(SU) Ust Ahmad Ulwan Hassim, sahabat seperjuangan sejak dari SMA(A)SZA.

InsyaAllah, kami semua bakal membantu seboleh mungkin untuk menjayakan HIKMAT kali ini.

Dengan tema yang Cukup Menarik

"We are Sibling, We are Family"

Dan antara yang menarik HIKMAt kali ini, sebuah lagu yang dicipta KHAS oleh Ust Amar Malaki @ Ust Ahmad Muzani Abd Rahman.

Program selama 3 hari 3 malam ini bakal menyaksikan pelbagai acara menarik seperti Perlawan PES 2010, Futsal, Sukaneka, Acara Dewan yang cukup padat serta pengisian-pengisian menarik.

Maka, kepada seluruh Anak-ANak Terengganu Di Mesir, Dijemput dan kami amat-amat mengalu-alukan kedatangan kalian pada program HIKMAT kali ini. Samaada mereka mendaftar sebagai ahli KPT ataupun Tidak, sama-sama dijemput. Baik Pelajar Pengajian Islam mahupun PERUBATAN, Persendirian mahupun Tajaan mahupun Ejen. Semua Dijemput Menjayakannya.

Ayuh beramai-ramai rapatkan Ukhuwwah.



"We are Siblings, We are Family"

0 komen mengomen :: Hayyu Asyier Mula "Huru Hara.." :)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers