Innalillahiwainna ilaihi rajiun.. Pelajar Perubatan Zagazig Kemalangan Lagi..

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Penat tapi seronok kadang2 geram dan bermacam2 rasa. Tak dapat nak luahkan dengan kata-kata. Apapun memang seronok walaupun keletihan kerana ahli kumpulan tak cukup untuk bermain semua acara, maka terpaksalah main untuk banyak acara sempena Hari Keluarga & Mahabbah Anak-anak Terengganu kali ni. Huhu..

Semalam dimulakan dengan Chess Berkumpulan, memang chiss la. Kalah.. Haha.. Tak pandai mana pun mana chess tapi minat la jugak. Dah takde sapa nak main, sume pakat tak reti. Terpaksalah masuk.



Habis game semalam.

Pagi tadi dimulakan dengan KUIZ, masuk lagi. Dalam masa yang sama pingpong takde orang nak main untuk wakil kumpulan. Adess.. Camne nih? Takpe, main kuiz dulu. Aku Ust Kamal & Dr. Malik. Yang best, Soalan yang senang kami tak dapat jawab, tapi soalan susah yang kami tak tahu & tembak je betul la plak. Haha.. Lawak betul.. Dapat No 2. Alhamdulillah.

Habis Kuiz, pergi men pingpong plak.. Haha.. Pandai main, tapi tak hebat pun. Kalah lagi 2 set dengan Ust Din Zagazig. Kuikui.. Lawan dengan otai mestilah kalah kan? haha.. Asik kalah je. Takpe, yang penting tak menyerah kalah.



Habis Pingpong, rehat. Tak larat dah. Jadi penyokong acara Pantun. Haha.. Memang pecah perut tak tahan tengok diorang berpantun pantin. Pantun plak nakal2. Memang tak leh blah la, best giler.. Ust Manan, Ust Areh, Ust Kamal Hafiz, Ust Syed. (Chayyok2) (Bleh kasi 5bintang la.. hehe) Dapat No 3.


Sana burung sini pun burung
Atas burung bawah pun burung
dimana-mana banyaknya burung
berapa hari HIKMAT berlangsung?

Anak sotong dalam laut
Anak laut dalam sotong
Dr faiz main tepi laut
Dimanakah tempat membeli sotong?


Lepastu solat Zohor, Tido kejap. KAco betul Ust Areh ni, baru nak tido dah panggil. huhu.. Acara Spontan plak.. Ni pun best.. Tadi mengantuk jadi segar balik. HEhehe..

Lepas acara spontan masuk plak acara Teka LAgu & Suara Siapa.
Pergh.. Susah jugak. Maklumlah, dengar jugak nasyid2 ni, tapi takdelah amik ihtimam sangat tajuk dan sape penyanyi. Bleh tahan dapat tempat ke-3. Huhu..
Tapi bab teka suara boleh kasi 3 bintang. 1 soalan je salah. (NAsib la dapat soalan susah) :)

Lepas spontan masuk plak Mini PArlimen. Hui3.. Acara paling tidak digemari. Debat.. Yang takde pemenang, semua setuju dengan Usul yang dibentang walaupun hangat. Haha..

Abis dekat maghrib. Rehat. LEpas Isya' sambung plak PES 2010 dgn Chess Perseorangan. Takde orang lagi nak main. Masuk plak Chess Perseorangan. Wawawa.. KOmfirm kalah. Kitorang (Ana VS USt Idham@Ketua Acara DEwan. Tapi kami men ngelat, hihi.. Ana dah kalah mudah dengan dia, tapi lepas pujuk rayu supaya jangan bagitau hakim, kami lawan sekali lagi. Kali ni kalah jugak, tapi sengit. Sejam lebih baru dikalahkan. Hua3.. Ketawa dengan riak, sikit je) Hehe..

Lepastu pusingan kedua. (Aku VS USt Rauf) Permulaan menyebelahi aku Namun akhirnya tersilap langkah dan tewas kepada USt RAuf, mungkin gara-gara termakan Biskut Mandolin. Hehe.. (Salahkan biskut plak) Kalah, kalah, dan terus kalah. NAmun tak mengalah. Itu yang kita mahu. Hihi..

Habis acara malam ni.

TAdi, tengah khusyuk main. Tiba2 dapat panggilan dari Dr. Abdul Hakim Suhimin muhafazah Zagazig. INgatkan dia nak tempat penginapan, rupanya nak maklum tak dapat hadir, sebab Accident lagi. Innalillahiwaiinailaihi rajiun. Alhamdulillah semuanya stabil dan hanya cedera ringan. Semoga cepat sembuh dan dapat sertai acara padang esok.

Ni berita yang diambil dari Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ)

16 februari 2010. Zagazig. Seramai 12 orang pelajar perubatan Zagazig telah terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira jam 5.15pm. Kemalangan berlaku apabila knderaan yang mereka naiki untuk menghadiri seminar perubatan di Kaherah telah merempuh pembahagi jalan lalu terbalik sejurus selepas pemandu van terbabit cuba mengelak dari melanggar sebuah teksi. Mangsa yang tercedera ialah pemamdu van iaitu Ammu Azim, Mohd Zulkarnain bin Mohd Nor cedera dibahagian tangan kanan, W.Arislan Nasrullah W.Omar, W.Muhammad Faiz W.hassan, N.Muhammad Fitri Nik Afendi, Syazwan Mohd Noor, kesemua mereka cedera ringan, manakala yang lain dilaporkan stabil.

Marilah sama-sama kita mendoakan semoga kesemua sahabat seperjuangan yang terlibat di dalam kemalangan ini diberi kesihatan sepenuhnya oleh Allah s.w.t agar mereka mampu untuk meneruskan perjuangan di bumi Anbiya ini Insyallah...

1 komen mengomen :: Innalillahiwainna ilaihi rajiun.. Pelajar Perubatan Zagazig Kemalangan Lagi..

  1. Dr. Wan Arislan pun ada?
    Innalillah..
    Moga semua baik2 aje..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers