Kemeriahan Malam Kesenian Islam sepatutnya hanya Ikhwah saja tapi..

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, Hari Keluarga & Mahabbah Anak-anak Terengganu HIKMAT 2010 hampir tiba ke penghujungnya malam ini. Sayang rasanya untuk menamatkan program yang cukup mahabbah dan ceria ini.

Bermacam2 ragam ahli-ahli Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu. Yang selama ini kita tak tahu rupanya mereka ada bakat tersendiri. Ada yang mahir dalam sukaneka, bernasyid, sajak, pentomen. Ada yang pantas berlari. Ada yang selama ni kita tengok serius rupanya lawak giler orangnya.

Sayang seribu kali sayang, tahun depan baru berjumpa lagi.

"Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah. Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah"

Dalam program kali ni ramai kenalan baru yang aku temui, selama ini tidak pernah kenal dan bertemu. Tapi alhamdulillah disatukan dalam program kali ini. Memang tepatlah dengan tema "We are Siblings We are Family"

Nak cerita sikit pasal Malam Kesenian Islam malam tadi. Pertama sekali lapangkan dada dan berbaik sangka. Program malam tadi sepatutnya hanya melibatkan Ikhwah sahaja. Maka tidak hairanlah bermacam2 ragam dan gaya dan aksi bebas berlaku.

Program malam tadi cukup meriah. Mengamit gelak tawa penonton. Pentomenlah yang paling mengamatkan suasana. selain Sajak, Nasyeed dan burdah. Aku sebenarnya pelik juga. Eh, diorang ni berlakon memang real giler. Tak malu sikit pun.. Huhu.. Sebab ape ek?

Sebab, Ramai Ikhwah rupanya yang tidak tahu sebenarnya mereka ditonton secara live oleh para akhowat melalui screen TV. Jadi, harap janganlah menghukum dan melabelkan mereka dengan pelbagai anggapan. Tidak salah rasanya mereka hendak berhibur sesama mereka selagi tidak bertentangan dengan hukum syara'.

Aksi bebas dan nakal itu biasalah dikalangan Ikhwah. Begitu juga akhowat kan.? Sesama mereka pasti ada adegan2 yang mereka anggap biasa tetapi bila orang lain melihatnya seolah2 mereka teruk. Maka jangan berburuk sangka. Mereka semuanya baik-baik dan kelakar + Nakal. Hehe..

Tapi ada jugak hikmahnya, kalau mereka tahu mereka ditonton pasti program jadi suram dan ramai perlu menjaga tatatertib. Program menjadi kaku dan terlalu formal. Lakonan tidak realistik dan kelakar. Walhal program ini untuk mereka bersuka ria dengan anggapan bahawa akhowat tiada yang memerhati.

Sebab sebelum2 ini bila program kesenian Islam Ikhwah, akhowat hanya mendengar suara sahaja sebab lumrah mereka minat kepada nasyeed dan hiburan alternatif sebegini. Maka diberi jugalah peluang untuk mereka mendengar. Tapi kali ini terbuka sedikit dengan diberi peluang untuk menonton secara live melalui kaca televisyen disebelah akhowat. Maka sudah diberi peluang jangan banyak andai atau tanggapan negatif kepada mereka.

Ayuh, Mantapkan Ukhuwwah Kuatkan Jamaah "We are Siblings We are Family".

0 komen mengomen :: Kemeriahan Malam Kesenian Islam sepatutnya hanya Ikhwah saja tapi..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers